Monday, 12 March 2018

REBUT PELUANG YANG DATANG

Saya sangat meminati Aamir Khan. Lebih tepat lagi, watak lakonan dan filem-filem arahan beliau.

TAARE ZAMEEN PAR

Sebuah filem arahan beliau sendiri yang diadaptasi daripada realiti kehidupan kita.

Ishaan, 8 tahun, seorang kanak-kanak yang mempunyai kehidupan yang penuh imaginasi. Sebenarnya, Ishaan adalah pengidap Disleksia, satu daripada kelainan upaya.

Permulaan cerita, ditunjukkan keluar nombor-nombor dari kepala Ishaan sedang menari-nari . Hahahahahah.... Ishaan dengan yakin, terus menuliskan nombor itu di atas kertas jawapan peperiksaannya. Padahal, jawapan itu salah! Hahahahah....

Tapi,  Ishaan ni sangat suka dan kreatif dalam bidang seni. Ishaan ada sebuah buku nota. Dalam buku tu, penuh segala macam lukisan yang sangat cantik. Penuh imaginasi. Hasil tangan Ishaan.

Tapi, mak ayah Ishaan ni rasa sangat kecewa dengan Ishaan. Sedangkan abang Ishaan, Yohaan, sangat cemerlang dalam akadekik, seorang atlet sekolah dan disayangi oleh guru-guru.

So, mak ayah Ishaan menghantar Ishaan ke sekolah berasrama. Tapi Ishaan tak suka dan sangat sedih.

Kemudian, ada seorang guru seni masuk ke sekolah Ishaan. Namanya Mr Nikumbh. Ni lakonan Aamir Khan.

Cikgu Nikumbh lah yang berjaya mengenalpasti bakat dan kebolehan Ishaan yang sebenar. So Cikgi Nikumbh pun pergi berjumpa  ibubaapa Ishaan di Mumbai dan terangkan keadaan sebenar Ishaan.

Hmmmm... sebenarnya, cikgu Nikumbh ni sendiri adalah pengidap Disleksia. Tapi beliau berjaya kerana diberikan peluang dan laluan yang sepatutnya untuk beliau.

.......

Dari cerita ni, saya dapat satu pengajaran.

KENALI DIRI DAN POTENSI

Setiap manusia adalah berbeza, unik dan istimewa. Dan setiap kita wajib diberi peluang dan mengambil setiap peluang yang ada serta manfaatkan sepemuhnya peluang yang diberikan.

Macam sayalah.

Dulu, tak tahu pun dalam diri ni ada jiwa guru. Jiwa guru tu maksudnya penyayang, penyabar, penyantun... hehehe....

Rupanya bila saya muhasabah balik, oh betullah! Saya boleh jadi seorang yang penyayang, penyabar dan penyantun. Tapi kena belajar dan terapkan dalam hati dan diri untuk.menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan penyantun.

Dulu,
Tak tahupun saya ni business-minded punya orang rupanya. Hahahah... padahal, saya datang dari business background family. Huhuhu.... pakcik makcik saya ada syarikat sendiri. Sepupu-sepapat ada bisnes homestay. Mak saya pulak, tukang jahit dan penjual kuih-muih tradisional.

Si Ishaan tu,apabila cikgu Nikumbh bagi peluang untuk dia persembahkan hasil seni dia masa acara besar sekolah, Ishaan sungguh-sungguh ambil peluang  dan lakukannya dengan betul! Sampaikan Mak Ayah dia terkejut  menangis!

Maka saya belajar sesuatu. Peluang tak datang berkali-kali, mungkin. Jadi, jika ada peluang, terus rampas dan lakukan dengan sepenuh jiwa, jadikan yang terbaik! Inshaa Allah. Niat yang ikhlas disokong dengan kegigihan, pasti berjaya. 😎💪

......

Okey, jom sambung menanda kertas jawi. Hihihi...

#diariustazah
#daretodream

PIL KALSIUM TERBAIK

Saja lah bak kongsi cerita tentang #vitaminkegemaransaya ni.....

Siang tadi,

Pegi buat skin analysis, bone check dan check lemak2 yang ada dalam badan ni di Shaklee Malaysia Home Office.

Lima bulan lepas, saya buay bone chek di Giant Klang Central, kat bahagian susu Anlene. Sebab masa tu ada nutritionist Anlene kat situ. Result kepadatan tulang saya masa tu 1.0 .... itu pun nutritionist 3 orang tu dah kata, Woww! U ahli sukan ke? Atau U memang minum susu? Sebab tulang tu OK!

Dan tadi, selepas lima bulan, saya check lagi tulang saya.

Resultnya? Saya pun impress!!! Nutritionist tu pon kata, waahhh! Tulang U sangat kuat! 1.02 bacaannya.

Katanya, biasa wanita seusia saya yang minum susu dua gelas sehari, bacaan osteo dia sekitar 1.0 je.

So dia tanya, daily intake OSTEMATRIX saya berapa caplet?

Saya jawab, ENAM .  (dengan muka cuak. Kot2 lah aku overdose). Huhuhu....

Dia kata, Oo masih ok jika 6 biji. 👍👍👍👍👍

So, kesimpulannya, saya akan konsisten 6 bijilah sehari #pilkalsiumshaklee ni  😘

.....

Sebenarnya kan,
Saya ada satu impian besar.

Ketika usia saya 50 tahun, saya nak kelilingi dunia bersama suami dan anak2, dengan keadaan tubuh badan yang sihat dan bertenaga.

Dan pada ketika itu, juga merupakan tahun giliran Haji untuk saya. So, saya rasa, saya patut kekal fit and steady untuk menunaikan Rukun Islam keLima itu ketika itu.

Untuk rakan2 seangkatan saya di luar sana, by 30s, tubuh kita dah tak serap kalsium tau! So kita kena ambil sumber kalsium daripada makanan dan suplimen kalsium.

Belilah apa2 sahaja jenama kalsium di pasaran, tapi pil kalsium terbaik adalah OSTEMATRIX SHAKLEE. 😎

Sekian.....

Aminah Syuhadah
Pengamal Tegar Ostematrix.

#diariustazah.

Sunday, 11 March 2018

DETOKS SHAKLEE

D E T O K S . S H A K L E E

Diriku yang baharu pada hari ketujuh!

#detoxshaklee adalah program detoks yang diatur dengan jadual pemakanan yang perlu diambil dalam tempoh 6 hari, disamping pengambilan vitamin-vitamin yang disarankan dalam program detoks ini secara konsisten.

Dan hasilnya, anda akan dapati diri anda yang baharu pada hari ketujuh 😎

Okey, saya terangkan kat sini, fungsi-fungsi LIMA vitamin yang akan membantu anda mengubah diri anda 360° selepas 6 hari detoks.

1. VIVIX

Mengandungi polifenol resveratrol. Antioksidan paling tinggi kerana mengandungi elderberry, anggun muscadine, lobak ungu dan polyganum cuspidatum. Membantu membaiki sel dan menggantikan sel baru dan dipercayai memberi kesan anti-penuaan.

So, you pastinya nampak lebih muda remaja pada hari ketujuh!!

2. ALFALFA

Kaya mineral kerana akar tunjangnya sedalam 6 meter ke dalam tanah. Membantu membekalkan pelbagai nutrien dan mineral kepada tubuh.

So, badan dapat nutrisi yang cukup, mineral yang cukup, sah2lah muka nampak muda remaja pada hari ketujuh!

3. HERB LAX

Menyokong kesihatan usus. Melembapkan usus dan membantu kelancaran proses penyahtinjaan.

Bila perut sihat, badan pun segar, muka pun banyak happy, so kompem you nampak muda pada hari ketujuh!

4. PEPPERMINT GINGER PLUS

Membekalkan herba semulajadi dan memberi kelegaan kepada sistem penghadaman.

Tiga hari pertama dalam program detoks, anda akan rasai perut kembung dan badan berangin. So ambillah peppermint ginger plus. Ia pastinya melegakan masalah bloating anda.

So, perut tak sakit, kepala tak sakit, muka pun happy. Apa lagi? Cunlah muka tu! Hahabab....

5. DTX

Organ paling utama yang bekerja dalam badan kita ialah hati.

Di hatilah tempat penyimpanan segala macam lemak dan kolesterol.

Sebab tu orang2 tua tak kasi kita makan organ dalaman haiwan. Hmmmm.... saya peliklah kalau orang suruh makan hati ayam untuk tambah darah. Mengarut betul! Huhuhu.....

DTX ni mengandungi herba2 dan sangat prihatin dengan kesihatan hati. So, jagalah hati  baik-baik. 😘😘😘 tapi kalau 'makan hati', eloklah disimpan sendiri dan banyakkan beristighfar, kerana amalan itu juga adalah suplimen untuk hati.........

......

Okey, sapa lagi nkak join saya buat detoks cara Shaklee ni? Direct www.wasap.my/6012361841 kerana saya akan kongsikan pelan pemakanan dan vitamin sepanjang program detoks ni berlangsung.

Aminah Syuhadah
Jom Detoks!

#sihatceria
#detoxshakleeway
#detokshaklee

Thursday, 8 March 2018

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

Allah telah menceritakan kesatuan yang dinikmati oleh Ashabul Kahfi. Segolongan kecil yang berusia cukup muda mensisihkan diri dari kebobrokan masyarakat yang serba karut.

Mereka berjaya mempertahankan iman dalam keadaan yang cukup menekan. Ayuh kita saksikan proses bagaimana mereka dikurniakan kesatuan oleh Allah.

⚫ Inisiatif Memelihara Iman.

Ashabul Kahfi melihat sendiri kesesatan yang mendominasi masyarakat mereka. Sedangkan mereka tiada upaya mencegahnya. Memandangkan mereka masih budak, tiada upaya ilmu dan tidak mempunyai daya pengaruh. Lantas Ashabul Kahfi mengambil inisiatif masing-masing tanpa dirancang. Mereka melangkah keluar dari negeri mereka demi memelihara iman.

⚫ Liqa' Fikri.

Setiap dari mereka diilhamkan untuk pergi menuju ke arah yang sama. Diringkaskan dari Tafsir Ibnu Kathir bahawa ketika dalam perjalanan, orang pertama dalam kalangan mereka singgah berehat di bawah pokok. Diikuti oleh orang keseterusnya dan keseterusnya.

Sehinggalah semua dalam kalangan mereka berehat di bawah pokok. Sedangkan ketika itu mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka senyap. Mereka belum kenal fikrah mereka antara satu sama lain.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun memecah kesunyian, lalu menerangkan sebab mengapa dirinya berada di situ.

"Sesungguhnya aku menyaksikan kaumku dalam keadaan batil. Sementara aku dilarang untuk mengabdikan diri kepada Allah"

Pengakuan tersebut disambut oleh seorang demi seorang dari mereka dengan ucapan:

"Demi Allah, aku juga begitu"

⚫ Ribat Hati.

Sejurus selepas masing-masing sedar bahawa fikrah mereka sama, manhaj hidup mereka sama dan langkah mereka sama. Maka ketika itulah Allah menggambarkan hati mereka diikat kemas. Ribat. Ikatan iman tanpa apa-apa kepentingan yang lain.

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ
"Dan Kami telah ikatkan hati-hati mereka lantas mereka bangkit berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami tidak sekali-kali menyeru selain dari Dia" - al-Kahfi 14.

⚫ Syarat Bersatu.

Hari ini ramai yang menyeru agar berukhuwwah tanpa sebarang syarat yang kukuh. Ibarat cek kosong yang terdedah kepada penipuan. Apa yang telah terpapar dalam kisah Ashabul Kahfi, mereka mencapai darjat ukhuwwah tertinggi setelah berkongsi iman yang sama serta manhaj hidup yang sama.

Iman yang tidak disertakan dengan kepentingan duniawi. Iman yang jujur, tidak menipu. Berterus terang terhadap keyakinan masing-masing. Tidak memperguna antara satu sama lain. Itulah sebenar-benar ukhuwwah.

⚫ Satu Fikrah Satu Amal.

Walaupun sesi perkenalan Ashabul Kahfi hanyalah sebentar. Hanya beberapa ketika berkongsi fikrah di bawah pokok. Namun demikian, Allah mengikat hati mereka dan melangsungkan ukhuwwah mereka lebih dari 300 tahun lamanya.

Iman jika dikongsi akan kekal berbuah manis. Sementara hubungan yang berpaksikan kepentingan dunia dan material akan luak dan menjadi punca perbalahan sesama manusia.

Abdul Mu'izz Muhammad
2 Mac 2018.

FITNAH BERLAKU TANPA MENGIRA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

AJARAN SABAR NABI YA'QUB & NABI YUSUF.

Setelah abang-abang Nabi Yusuf menjalankan makar, mereka kembali dalam keadaan menangis palsu teresak-esak di khalayak ramai untuk menagih simpati. Menyatakan kononnya betapa sedihnya mereka. Sedangkan merekalah pelaku onar yang sebenar.

Walaupun taktik mereka lapuk dan kelihatan kebudak-budakan lagi memualkan, ia kekal efektif sampai bila-bila dipraktikkan oleh pelaku fitnah.

Nabi Yusuf yang menjadi mangsa, dibuang dan dibiarkan bersendirian tanpa pembelaan sewajarnya. Sementara ayah mereka, Nabi Ya'qub menangis keseorangan hingga buta kerana menanggung kesedihan seorang diri.

Kesedihan orang-orang yang soleh diajukan kepada Allah. Mereka tidak memerlukan simpati manusia dengan sandiwara yang menjentik emosi.

Sementara abang-abang Nabi Yusuf yang jahat mengiklankan tangisan buaya mereka. Guna untuk memperdaya serta mengeksploit emosi orang ramai.

Jika difikirkan apalah salah Nabi Yusuf yang hanya mahu ikut bermain bersama abang-abangnya. Gara-gara iri hati dan merasa terancam, abang-abang Nabi Yusuf sanggup cuba membunuh adik mereka sendiri. Apatah lagi setelah adik mereka menyaksikan peristiwa yang tidak disaksikan oleh mereka.

Inilah panduan Surah Yusuf, yang mengajar kita mengenali akalan jahat manusia. Sememangnya fitnah memakan masa yang cukup lama untuk dizahirkan bahawa fitnah adalah fitnah. Bahkan selalunya pelaku fitnah pandai menzahirkan watak baik dan sayu di pandangan mata manusia.

Persoalannya, adakah kita mampu bersabar seperti Nabi Yusuf dan Nabi Ya'qub bersabar?

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
"Maka kesabaran yang baik itulah sikapku. Dan Allah jualah Tuhan yang diminta pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan" Yusuf - 18.

Monday, 5 March 2018

HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE

Pernah dak jumpa buku ni?

Saya pernah baca buku ni 3 tahun lalu, di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

Best buku ni. Sebab saya adalah FB dan IG lover. Hahahha....

Isi dalam buku ini sebenarnya bantu kita nak bina diri kita sebagai influencer. Menjadikan diri kita sebagai pengaruh besar kepada orang lain. Tak kiralah dari sudut penulisan, berpakaian atau pemikiran.

So sebagai pengguna tegar laman sosial, bagus jugak baca buku2 begini. Sekurang-kurangnya, saya dapat pengaruhi stalkers fb dan followers ig saya melalui penulisan. Hihihi...

Buku ni,

Mengajar kita bagaimana nak tarik orang untuk menghayati cara kita berfikir.

Lebih2 lagi korang yang buat bisnes atas talian ni. Sebelum jual barang, kena jual diri dulu. Jual idea dan pandangan. Biar orang nampak siapa diri kita. Kira macam self-branding la.

Buku ni ajar jugak cara bagaimana nak tangani komplen, macam mana nak elakkan perbalahan (jika ada provokasi), dan bagaimana kita nak kekalkan perhubungan dengan penuh harmoni.

Kalau korang perasan, dulu, penulisan saya di FB lebih merapu. Huhuhu... tapi, saya mula perbaiki selepas baca buku ni. Dan sejak itu, saya baru perasan yang saya ada 1284 followers di FB ini.

Selain itu,
Buku ni pandu kita untuk jadi individu yang lebih baik dan positif.

Bagaimana nak buat orang suka dengan cara kita, penulisan kita, idea kita.....

Sebenarnya, buku ni banyak mengingatkan saya tentang kerjaya saya.

Contohnya, kita nak murid2 sayangi kita, kita kena ingat setiap seorang murid kita tu. Orang, kalau kita ingat nama dia, dia suka kan? Rasa lebih dihargai. 

Kita nak orang terima pandangan kita. So sebaik mungkin elakkan perbalahan. Kalau orang tu tak setuju dengan pendapat kita, tak mengapa. Raikan perbezaan. Elakkan perbalahan.

Jika dia berikan pendapat dia, never say 'you are wrong'! Kalau kita berikan pandangan yang salah atau kita bersalah, cepat2 mengaku. Jangan sedaya upaya menegakkan benang yang basah.

Jadi pemimpin atau leader, pun macam tu jugak. Contoh terdekat, saya sendiri.

Mulakan hubungan dengan penghargaan. Hargai orang sekeliling dan orang bawahan.

Sentiasa muhasabah kesilapan sendiri sebelum mengkritik kesalahan orang lain. Kita kan ketua. So, diri kita adalah ikutan pimpinan kita.

Sentiasa beri galakan kepada anak buah. Sentiasa beri penghargaan terhadap setiap penambahbaikam yang dibuat oleh  anak buah.

Dan....
Yang paaaliiinggg penting, kita  buat orang seronok dan gembira melaksanakan idea kita..... 😊😊😊

Hahhh!!! Anak2 buah team #sihatceria , carilah buku ni. Best tau! Inshaa Allah membara semangat  korang nanti!  😘😘😘😘👍👍 hihihi...

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria .

#diariustazah
#leadersarereaders

Saturday, 3 March 2018

BAGAIMANA SAYA JANA PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP HARI

Setiap hari Allah SWT datangkan kita dengan rezeki dari pelbagai rupa dan cara.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya setelah berhempas-pulas berusaha.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya tanpa perlu berusaha pun.

Walau apa jua cara rezeki itu mendatangi kita, syukur Alhamdulillah. Terimalah dengan berlapang dada dan redhalah.

....
.....

Barangkali, ada perkara yang kita terlepas pandang dalam usaha kita menarik rezeki ini.

Bagi saya, setiap kali merasakan rezeki tidak berpihak kepada saya, saya akan buat refleksi diri.

1. Cuba check semula. Solat wajib 5 waktu saya tu. Adakah tepat waktunya? Adakah culas dan tidak ikhlas?

2. Perbanyakkan istighfar. Istighfar memandu hati kita daripada ternoda dengan nafsu.

3. Jangan tidur selepas Subuh. Lakukanlah aktiviti2 bermanfaat. Burung pun terbang keluar mencari rezeki di awal pagi sebelum matahari terbit, kan? Takkanlaaaaa kita manusia ni nak sambung tarik selimut pulak! Malu je kat burung  😝

4. Bersedekah semampu boleh. Adakala rasa takde sales masuk, banyak2 lah bersedekah hatta RM1.

5. Selalulah mendoakan ibubapa, orang tua dan  kanak-kanak. Mendoakan kawan2 .... inshaa allah, doa.kita tu akan berbalik semula kepada kita. 😊😊

6. Jaangan tinggalkan solat malam. Jadikanlah sebagai rutin. Inshaa Allah, ia akan membina jiwa yang kental.

7. Solat Dhuha. Kunci dan magnet rezeki harian kita. Rezeki bukan sekadar harta dan wang ringgit. Anak2 yang pintar, soleh solehah, kesihatan, pasangan yang penyayenag dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki.

😊😊😊😊😊😊

Happy March!!!

#diariustazah
#magnetrezeki

Thursday, 1 March 2018

Cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

MAJULAH HARI INI UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG

Gitewwww..... hihihi....

Hmmm.... hidup ini, jika takde sebarang anjakan, pastilah tak syiokkkkk!!!!! Betul ke?

Pada saya, ia BENAR!!

Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan berasa sangaaattttt puas dan gembira apabila perkara itu menunjukkan progres yang baik dan  positif.

Baru-baru ini, atlet Lompat Jauh sekolah saya telah berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Olahraga MSSD Klang 2018. Seronoknya saya bukan kepalang! Maklumlah, berhari-hari berbahang di bawah terik mentari, akhirnya membuahnya kejayaan. Maka, tercapailah target saya dalam pelan strategik unit olahraga iaitu 2018 sekurang-kurangnya mendapat tempat kelima dalam MSSD. yeayyyyyyyy!!!!!!

Bisnes vitamin saya juga tak kurang hebatnya! Oppsss!!! Saya berniaga selepas  waktu bekerja tau! Hihihi...

Masa mula-mula buat bisnes ni secara serius, bonus yang dapat tu lepas untuk beli pampers Faqih dan buku-buku bacaan kesukaan Aisyah dan Ainin. Sebab masa tu saya buat bisnes ini sendirian sahaja. Sekadar suka-suka.

Tapi kini, saya dah ada team #sihatceria yang awesome 👍👍👍 dibantu pulak oleh suami tercinta yang rajiiiinnnnn mengemaskini kedai vitamin online kami  😘😘😘 segalanya nampak lebih terancang  dan berkembang lebih pantas!

More the merrier, right? 😊😊😊 eh betul ke ejaannya tu 😏

Dulu,
Pelanggan-pelanggan  saya cuma sekitar ahli keluarga sahaja.

Sekarang,
Kawan-kawan kepada ahli keluarga saya pun dah  mula membeli dan berurusan tentang vitamin dengan saya. Malah, teman-teman yang rapat dengan saya juga dah  mula bervitamin dan membeli dengan saya.

Adik-adik yang tengah belajar kat kolej atau universiti  yang nak ada duit poket lebih, meh www.wasap.my/60123618431 akak meh! Akak ajar cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria.

#diariustazah
#hariinilebihbaikdarisemalam

Wednesday, 28 February 2018

BISNES SAMPINGAN TERBAIK

Sedang mencari bisnes sampingan terbaik?

Bisnes apa yang tak perlukan modal?

Biar saya ajarkan......

Orang Malaysia hari ini, rata-ratanya setiap hari mencari produk penjagaan kesihatan diri yang kononnya 'selamat' tanpa bahan tiruan, pengawet, merkuri dan sebagainya.

So, saya, selaku pengguna tegar produk yang sentiasa dijamin  'selamat' , sentiasa 'berkesan' dan daripada bahan semulajadi,

Saya menyeru anda semua untuk menggunakan produk kesihatan Shaklee. Terutamanya vitamin untuk kesihatan dalaman diri, produk penjagaan kesihatan rambut dan produk penjagaan kesihatan kulit wajah.

Kerana apa?

Walaupun hanya sekadar mnengeluarkan suplimen, Shaklee mengambil 3 langkah lebih ke hadapan dengan membuat research & development untuk setiap produk keluarannya.

Setiap produk keluaran Shaklee sangat dijaga, diuji secara klinikal dan tidak diuji ke atas haiwan. Menggunakan bahan botani yang menjalani 350 ujian pesticides.

Bahkan setiap ujian hasil ujikaji tersebut direkodkan dan dijurnalkan untuk rujukan antarabangsa. Hmmmm.... dah macam orang buat research tesis pulak. Hihihi....

Padahal...suplimen je pon...kan? Apalaha sangat....kan?

Yes!!! Itulah Shaklee! Syarikat produk kesihatan pertama dunia yang sangat menitikberatkan kualiti dan kelestarian alam sekitar.

So, ini adalah perniagaan yang sangat menguntungkan!!!!!

Semua produk Shaklee bermula 1 April 2017, telah dijustifikasikan dan dilabelkan dengan label KKM dan KKLIU (untuk pengiklanan).

Kita ni nak berniaga, buat apa nak pecah kepala fikirkan prosedur-prosedur nak dapatkan segala macam label pada botol....buat apa nak pecah kepala fikir nak cipta produk.... syarikat dah setelkan semua tu. Kita tolong jualkan produk je. Hihihi..

Pastu, yang bestnya, kita jual, kita sendirilah DUTA PRODUK! hahahhaa... sapa nak bagi title tu 😎

Kalau nak diiklankan di TV, di tepi highway, semuanya memerlukan kos yang tinggi. Shaklee tak ambik kos begitu. Tapi Shaklee alihkan kos2 pengiklanan tu kepada bajet untuk R&D. Memang bijak!!!!! Kan? 😎

Pastu, kita sebagai pengedar, tak perlulah susah hati  nak buat prosedur untuk dapatkan kelulusan KKM ke...kelulusan KKLIU untuk pengiklanna ke.. sebab syarikat dah buatkam semuanya. Kita tinggal guna dan jualkan je. 😎 kan?

Hmmm... masih berfikir-fikir lagi?

Takpelah.. ambillah masa untuk berfikir.... jika dah bersetuju untuk jadikan Shaklee sebagai satu bisnes, meh www.wasap.my/60123618431 deh! 😋 saya sedia membaantu dan memberi tunjuk ajar.

#diariustazah
#sihatceria
#liveamazing

Nak cantik luar, pastikan dalaman korang juga sihat dan ceria!

Setahun yang lalu,
Produk penjagaan kulit wajah pertama yang saya betul-betul amalkan dengan konsisten ialah Nutriwhite Shaklee.

Sinonim dengan Shaklee, Nutriwhite dihasilkan daripada bahan botani iaitu daripada sumber alam semulajadi. Bahan-bahan utamanya terdiri daripada bunga-bungaan dan alga.

Disamping itu, saya juga mengamalkan vitamin-vitamin seperti Carotomax, Vitamin C, Vitamin E, Protein soya ESP, dan Lecithin untuk mendapatkan kulit yang lembap dan lembut. Sebab saya ada masalah kulit kering.

Setahun berlalu....
Nutriwhite discontinued!

Ia diganti pula dengan produk terbaru, menjalani ujikaji selama 8 tahun, daripada ratusan batch.

Y.O.U.T.H

Tapi....saya masih kekal mengamalkan vitamin-vitamin yang sama.

Kenapa?
Sebab bagi saya, dalaman saya perlu sihat dan baik agar saya dapat tampilkan imej yang ceria, cantik dan mempesonakan. Gitewwwww!!! Ahak ahak ahakk!! 😝😝😝

So, korang!
Nak cantik luar, pastikan dalaman korang juga sihat dan ceria! Beauty inside out gituuu!!! Hihihi...

Eh, YOUTH dijual esok, 1 MAC 2018 tau!!!! Promosi 1 set lengkap dengan PERCUMA Radiance C + E pulak tu!!! Wowwwww. 😱😱😱😱

Nak vitamin untuk masalah kulit kering, jeragat semua tu, www.wasap.my/60123618431 ye  😎

Oh ya, nanti ai share keadaan kulit terkini ai selepas 7 hari, 14 hari dan 30 hari penggunaan set lengkap YOUTH . Hehehehe...

#diariustazah
#YouthIsHope

Monday, 26 February 2018

Dulu, mind set saya tentang MLM macam nilah....

Geli hati betul !!! 😂😂😂😂

Dulu,
Mind set saya tentang MLM macam nilah.

1. Kena modal ribu-ribu ringgit. (Aduhaiii.... mana nak cekau duit????takkan nak mintak duit mak abah!!)

2. Kena cari orang. (Aduhhhh ini lagi payahhhhh!!! Sebab bukan jenis saya kot nak menebalkn muka p ajak orang join sana sini).

3. Pastu kena simpan stok barang. Maksudnya modal ribu2 tu untuk beli barang tu lah. Huhuhu....

4. Perjumpaan pulak malam2...hingga lewat malam. (Pernah ikut kawan pergi meeting satu bisnes MLM pada 2007).

Tapi.... lepas join Shaklee, rasa best pulak MLM ni. 😝😝😝

Sebenarnya, tak tahu pun bisnes Shaklee ni juga adalah satu MLM. huhuhu... sebaba uplines atas2 pun tak pernah sebut pun title ni. Hahahaha... memang tertipu!!!!!

T.A.P.I ......

SHAKLEE adalah MLM yang best! 👍👍👍

Sebab?

1. Modal keahlian je RM68.90. Dapat 1 set kit keahlian (dalamnya ada buku panduan produk, buku panduan bisnes, buku landmark study, dan buku tentang apa bezanya Shaklee).

2. Tiada yuran tahunan tetapi diganti kepada bayaran pembaharuan keahlian RM30 (dalam bentuk baucer) dan boleh ditebus semula untuk setiap pembelian RM100 (RM10 daripada baucer).

3. Takperlu simpan stok berlambak2 beribu2 ringgit. Cukup sekadar simpan stok yang 'killer product' je.

4. Kelas2 nutrisi oleh pakaar2 pemakanan yang diiktiraf oleh KKM dan SHAKLEE COMPANY.

5. Dibimbing rapat oleh uplines yang memang prihatin kat downlinea yang nak berjaya.

6. Ada banyak lagi. Nak tahu? Meh www.wasap.my/60123618431 hihihi

#diariustazah
#ShakleeAdalahMLM

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...