Wednesday 13 September 2017

THE RADIANT 4 ~ Ketahui 4 Nutrien Penting untuk Kulit Cantik Berseri dari Dalam.

  

#CantikDiDalamBerseriDiLuar

Whooaaaaa!!! tagline pun dah super-duper mengancam, buat hati tak sabar nak mencuba set The Radiant 4 ini 😚😛 

Pernah tak korang tertanya-tanya, macam mana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Orang-orang ini turut memberikan aura yang positif dan sihat kepada mereka yang memandangnya 😍 Sebenarnya, apa yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan menawan ni?

Orait, saya akan kongsikan dengan anda kenapa 4 vitamin ini diperlukan bagi mendapatkan kecantikan dalaman dan keserian luaran. heheheh.... 

1. PROTEIN untuk memBINA kulit yang sihat

Tubuh kita dihasilkan daripada protein. Maka untuk mendapatkan kulit yang sihat juga kita perlukan protein yang mencukupi. Protein penting untuk fungsi kulit yang optimum. Protein penting untuk menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat, kerana secara langsung, protein terlibat dalam pemulihan dan pembaikan sel dan tisu kulit. Protein juga penting untuk menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit. Protein penting dalam menyokong pengeluaran asid amino 'glutation' yang membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. 

Sumber : Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012). 

==============================================
 
2. Tingkatkan keANJALAN kulit dengan KOLAGEN

Kolagen merupakan struktur penting kulit kita. Kolagen mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. 

Korang tahu tak? Sebenarnya, tubuh kita boleh menghasilkan sendiri kolagen ni, tetapi, ketika usia kita memasuki angka 20, kolagen menurun! Maka, kita sepatutnya mengambil kolagen sebagai suplemen ketika berusia 20 tahun!! huaaaa...dah terlambat ke???? 

Apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan oleh tubuh semakin berkurangan. Ini pastinya mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

So, pakar-pakar kulit menasihatkan agar kita mula mengambil kolagen hari ini untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, mengurangkan kedutan dan memudarkan parut!

Sumber : 1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429. 

=========================================================

3. PERLINDUNGAN antioksida dengan VITAMIN C

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menggalakkan penghasilan kulit yang sihat. Ia meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (pencemaran, stress). 

Tetapi, 
tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C malah kita perlukan makanan yang mengandungi sumber vitamin C sebagai suplemen. 

Pengambilan vitamin C membantu mengurangkan kedutan serta melegakan kulit yang kering dan kasar. 

Sumber : Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231. 

Pengambilan vitamin C juga bertujuan untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit, membantu menyembuhkan luka akibat keradangan seperti jerawat dan mempertahankan kulit daripada radikal bebas. 

Sumber : Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.,
Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288. 

==============================================

4. Kekalkan KELEMBAPAN kulit dengan GLA.  

Kulit yang sihat sebenarnya bergantung kepada jumlah asid lemak yang ada pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA) . 

Asid lemak GLA ini penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kulit yang bersisik yang disebabkan oleh keradangan pada kulit. Justeru, GLA juga baik untuk mengurangkan keradangan.

Sumber : Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.  
 
 Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.

Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
 
 ===========================================

Ok guys!! penat dah menulis sini hahahh... So, apa tunggu lagi? Dapatkan set #TheRadiant4 hari ini daripada SID anda yang berdekatan atau terus daripada SAYA sendiri, AdahFitri @ Ustazah Ceria di talian 012-3618431. 

Harga untuk set ini hanya RM686.90 termasuk GST.
 

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...