Sunday 23 July 2017

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Soalan Saya 10-15 tahun dulu...

Kenapa tak kurus-kurus??
Kenapa berat tak turun walaupun dah jogging?
Makan dah kurang, tapi tak kurus??

Sampai satu tahap, Saya stress yang amat!!! 😂😂😂

Salah Satu hobi yang kekal hingga hari ini ialah membaca majalah ini 😋 (actually, majalah2 seumpamanya).

Dalamnya banyak tips yang disarankan untuk turunkann atau kekalkan berat ideal.

Rupa-rupanya,
Saya salah konsep!
Saya ubah tabiat pemakanan!
Sebenarnya, konsep pengambilan makanan 'suku,suku,separuh' #pinggansihat tu Saya dah lakukan 10 tahun lalu.

Saya masih ambil nasi, Cuma Saya lebihkan sayur Dan buah dalam pinggan Saya. Ayam jarang Saya ambil, Saya lebih sukakan ikan 😘 Saya kurangkan pengambilan air manis, tapi lebih banyak minum air kosong.

Saya lebihkan sarapan pagi,
Bersarapan dengan makanan berserat tinggi seperti OAT Dan Nestum kosong.
Elakkan makan malam selepas jam 8 malam. Paling tidak pun Saya ambil OAT bersama Susu atau roti serat.

Rutin kehidupan sebagai pelajar Saya jadikan sebagai satu peluang keemasan untuk hidup lebih sihat. Duit simpanan yang abah beri, saya kumpul Dan beli sebuah basikal. Setiap petang, selain berkayuhan, Saya selang dengan aktiviti joging.

Wang simpanan berikutnya, Saya beli sebuah raket tenis. Alhamdulillah, Saya ada Seorang partner yang supportive ke sana ke mari bersama melakukan aktiviti riadah, hatta berkayuh hingga 25KM 😎. Terima Kasih ye, sahabatku 😘 Aku rindu ko!

Dan,
Dalam tempoh sebulan, baru  Saya perasan, saiz Saya dah mengecil 😂😂 itupun sebab orang sekeliling yang tegur! Hahaha...

Namun,
Tabiat ini masih hingga kini walaupun Saya adalah ibu anak 3 😍 sekarang, aktiviti riadah Saya teruskan bersama suami Dan anak-anak 😋😋😋😋😋

Bagi anda yang berhasrat untuk dapatkan berat ideal, ubahlah tabiat pemakanan Dan Gaya hidup anda! Bagi yang merokok, kuatkan semangat untuk berhenti merokok kerana ia TIDAK COOL, Okey!! 😂😂 

Apabila tubuh mendapat nutrisi yang cukup seperti mineral Dan vitamin daripada makanan, maka metabolism badan pun meningkat. So, mudahlah pembakaran lemak-lemak bawah kulit tu 😘

#liveamzing
#sihatceria
#tipkurus

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...