Sunday 3 December 2017

PERCUTIAN TEAM AAF ~ TASIK CHINI

Assalamualaikum wbt. Selamat kembali membaca diari ustazah.

Hari ini, ustazah nak bercerita tentang sebuah tempat yang penuh misteri dan ternukil dalam peta dunia serta catatan Geografi. Ustazah teruja sangat dengan tempat ini sebab pertama kali ustazah begitu menghargai tempat ini adalah ketika ustazah belajar subjek Geografi semasa di tingkatan 3.

Tempatnya ialah TASIK CHINI.

Pada asalnya tempat ini merupakan sebuah penempatan masyarakat orang asli dari suku temiang. Tasik semulajadi kedua terbesar di Asia Tenggara ini merupakan sebuah tasik misteri yang kononnya dikaitkan dengan seekor NAGA. Kisah ini turut diadaptasi dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee yang berjudul NAGA TASIK CHINI.

Walaupun ustazah dibesarkan di Felda Chini, namun sejarah Tasik Chini tak berapa jelas pada kotak ingatan ustazah. Mungkin terlalu banyak rumors berkaitan tasik misteri ini, menjadikan ustazah tak berapa peduli tentang kewujudannya. Tapi, apabila sesekali pulang ke sini, ustazah tak pernah lupa untuk berkunjung ke sini, melihat beberapa fasa pembangunan tasik ini.

======

TARIKAN PELANCONGAN

#TheMysticalLake ini menjadi tarikan pelancongan kerana struktur geograginya yang dikelilingi hutan dara yang menyimpan 1001 khazanah alam yang belum diterokai. Jika anda datang ke sini, jangan lupa bermalam di chalet-chalet yang disediakan di sini, ok 😊

1. Eksplorasi Tasik Chini

Dah alang-alang tiba di sini, peruntukkanlah sejumlah wang dan masa anda menelusuri tasik dengan menaiki bot.

Bayaran bot mengikut destinasi :

🚤 boleh rujuk pada gambar kat bawah tu ye .

Sepanjang naik bot tadi, anak-anak memang becoklah bertanya itu-ini. Heheheh....

Haa lagi satu, kalau korang ambil pakej bot yang paling jauh tu, maksudnya yanh paling mahallah, korang akan dibawa hingga ke Empangan Sungai Chini. Whooaaaaa bestnya!!!! Ada tempat memancing yang superb bagi anda si kaki pancing!

2. Ziarah Orang Asli

Kami dibawa menyinggah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Chendahan. Kampung ini merupakan salah sebuah kampung di bawah seliaan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Hebat, kan!!!

Sememangnya penduduk di sini diberi kemudahan Klinik Desa dan beberapa kemudahan kesihatan lain. 

Lagi satu, mereka juga ada menjual hasil tangan seperti lastik, sumpit dan akar kayu untuk manfaat kesihatan. Ustazah usha-usha jugak kot ada akar-akar kayu untuk digunakan dalam tempoh berpantang selepas bersalin nanti. Malangnya, kata pakcik asli tu, takde. Benda-benda tu kena tempah. Nak kena cari akar-akar kayu yang betul-betul bagus untuk kesihatan orang berpantanh. Tambahan, prosesnya panjang sebab nak kena jemur bagi betul-betul kering sebelum dijual. Jika mahu, saya kena tempah dulu. Huhuhu..

3. Lotus Paradise

Sebelum kami dihantar pulang ke jeti, kami singgah di satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok teratai yang sedang berkembang. Malangnya, hanya ada beberapa kuntum sahaja yang sedang mekar. Tapi usazah dapatlah petik sekuntum buat kenangan. Hihihi...

Cantik tau tempat ni! Rasa macam diriku seperti Puteri Bunian pulak ketika berada di sini. Hahahahah...

========

PENGINAPAN

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang disediakan di sini mengikut kadar bayaran tertentu. Emmm... kadar harganya taklah terlalu mahal. Sesuailah dengan status chalet pelancongan tu.

Ada bilik VIP berharga RM300 semalaman. Besar dan luas.

Ada bilik bersaiz sederhana berharga RM130 ~ RM140 semalaman. 

So affordable la kan?

::::

Okeylah, rasanya korang better datang sendiri dan eksplor sendiri suasana di sini. Ustazah takleh nak cakap lebih-lebih sebab ustazah memang pencinta alam semulajadi . Bagi ustazah, apa sahaja yang berkaitan dengan alam, selagi mana ia belum dicemari, ia adalah tempat terbaik yang perlu dijejaki dan dicintai.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...