Sunday 17 December 2017

Ayah tidak lagi BISU

Ayah tidak lagi BISU

Selama ni saya fikir kerja orang lelaki hanya cari nafkah untuk beri anak bini makan dan pakai

Tapi rupanya saya silap..

Dialog yang dirakam dalam Al Quran telah mengubah persepsi saya mengenai tugas seoarang Ayah

14 dialog antara ayah dan anak telah dirakam dalam pelbagai surah dalam al Quran

Antaranya dialog antara Nabi Yusuf dan ayahnya Yaaqub,
Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail ,Nabi Nuh dan anaknya dan juga nasihat Luqman.

Segala puji hanya bagi Allah kerana melalui al Quran kita dapat belajar ilmu parenting yang sangat berharga

Pasti ada sebab mengapa dialog ayah-anak ini dirakam
.
.

POWER sangat ke kata-kata seorang ayah pada anak?

Kajian dari King College London dan Universiti Oxford mengatakan bahawa anak yang mempunyai hubungan akrab dan sentiasa berinteraksi dengan ayah akan kurang risiko untuk mempunyai masalah tingkah laku apabila dewasa.

Al Quran dan kajian terkini sudah membuktikan powernya kata-kata seorang ayah

Tapi bila nak nasihatkan anak mesti tahu SENI BERBICARA

Barulah sampai direct nasihat yang diberikan..ibarat panah dilepaskan terus sampai ke hati anak!

Ini antara TIPS seni bicara ayah-anak yang sangat berkesan dirakam dari al Quran :

1) Ayah perlu 'kam cheng' dulu dengan anak

Rapatnya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaaqub a.s hingga Nabi Yusuf terus datang pada ayahnya untuk ceritakan mimpinya

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
                                                                               (Surah Yusuf: 4)

Ini menunjukkan Yusuf ada 'special connection' dengan bapanya Yaaqub

Jarang sebenarnya anak nak bercerita pada ayahnya apa-apa yang dia alami ..biasanya mak tempat anak mengadu segala masalah

Seorang ayah perlu RAPAT dengan anak hingga menjadi tempat pilihan untuk anaknya mengadu masalah dan luahan hati

Luangkan masa Quality time hanya anak dan ayah saja yang terlibat

Walaupun untuk masa yang pendek tapi impaknya pasti luarbiasa

2) Ayah perlu kenal hati budi anaknya

Jawapan Nabi Yaaqub dalam Surah Yusuf juga sangat mengejutkan saya..

Nabi Yaaqub menasihati Yusuf supaya jangan sesekali ceritakan mimpinya kepada abang-abangnya

Kerana Yaaqub sangat KENAL HATI budi anak-anaknya yang mempunyai perasaan hasad kepada Yusuf

Bapanya (Yaaqub) berkata:

" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."
                                                                            (Surah Yusuf: 5)

Sayangnya berapa ramai ayah zaman sekarang yang masih kenal hati budi anak-anaknya..?

biasanya emak yang lebih kenal anak

Ayah perlu main peranan dan rapat dengan anak hingga kenal siapa anaknya dan apa masalah anak

Barulah nasihat yang diberikan effektif dan berkesan ikut situasi dan masalah anak

3)Tidak akan jatuh EGO/MACHO seorang ayah apabila panggil anak dengan penuh kasih

Lihat bagaimana al Quran merakam dialog para Nabi atau insan pilihan  (Luqman) dalam al Quran..

Mereka memanggil anaknya dengan panggilan penuh kasih seperti "Wahai Anakku" (Ya Bunayya)

Mereka tidak memanggil dengan nama seperti 'wahai Yusuf' atau 'wahai Ismail'..

MasyaAllah..bila  telusuri  nasihat ayah ini hampir saya mengalir air mata kerana dapat saya rasakan perasaan kasih ayah bila menasihati anaknya

Tidak akan jatuh macho seorang ayah apabila panggil anaknya dengan penuh kasih seperti 'sayangku..anakku..anak ayah.."

Panggilan ini mampu melembutkan hati anak bila waktu kita ingin menasihati mereka

4) Nasihati anak dengan emosi yang terkawal

Ini perkara yang sangat penting..tanpa kawalan emosi kita akan mudah meghamburkan kata-kata yang tidak enak didengar

Saya perasan suami saya mempunyai kawalan emosi yang lebih baik apabila tegur kesilapan anak

dan saya percaya orang lelaki lebih hebat kawalan emosi berbanding perempuan

kalau kita lihat pada nasihat Luqman dalam Al Quran menunjukkan Luqman seorang yang sangat terkawal emosinya

Kupasan Ibrah Surah Luqman dari ustaz Syaari menceritakan bahawa
Luqman hidup pada zaman jahiliyah (banyak persamaan dengan zaman Nabi Muhammad saw)

Dia tetap meneruskan nasihat yang baik kepada anaknya tanpa terkesan dengan keadaan masyarakat sekeliling

Luqman tidak menyerahkan 'remote control' emosinya pada orang lain

5) Bukan hasil yang Allah pandang, tapi USAHA kita dalam mendidik

Ini apply untuk kedua mak dan ayah

Jika hari ini kita nasihati anak tetapi mereka tetap tidak berubah, jangan kecewa

Jangan label anak 'tiada harapan' atau 'tak guna'

Lihatlah bagaimana Luqman tetap teguh menasihati anaknya, walaupun ada pendapat yang mengatakan anaknya non-muslim

Lihat bagaimana Nabi Nuh berkali-kali dakwah pada anaknya yang akhirnya anak itu mati dalam keadaan kafir

Si ayah tetap tidak berputus asa kerana beliau sedar Allah tidak pandang pada hasil atau natijah

Tetapi Allah lihat bagaimana USAHA kita konsisten menasihati anak kita dengan hikmah, sabar dan kasih sayang
.
.
Saya doakan setiap yang membaca post panjang ini dikurniakan HIKMAH dalam mendidik anak-anak.

Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Bukan kerja dalam sehari saja.

Mohonlah kekuatan dari Allah kerana kita tidak akan mampu untuk amalkan ilmu tanpa petunjuk dariNya.

Silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan dan 'tag' pasangan dalam usaha mendirikan rumah tangga yang sakinah dan mawaddah

#sitiaminahsulaiman
#kalimahyangbaik
#quranicparenting

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...