Friday, 2 February 2018

Sapa kata kita tak perlukan suplemen?

Usai Majlis Ramah Mesra sekolah agama Aisyah Humairah, bergerak ke Tesco dalam misi memenuhkan semula peti ais di rumah. Sayur, buah, ikan, ayam. Stok untuk seminggu.

Sekarang,
Mandikan cik mera dahulu.

Sambil tunggu cik mera grooming, belek-belek business progress dari December 2017 hingga 1 February 2018.

Emmmm....

Sapa kata kita tak perlukan suplemen?

Orang buncit pun cari suplemen nak kempiskan perutnya, tau! Hihihi...

Okey, mari saya terangkan pasal gambar di bawah ni.

Pertama,
Saya setkan berapa UV atau berapa RM yang saya mesti dapat untuk satu hari atau hari tersebut.

Kedua,
Saya tentukan masalah apa yang nak saya bantu dengan vitamin apa yang diperlukan. Kemudian, saya iklankan di media sosial dan menulis di blog.

Ketiga,
Saya follow up dan follow through prospek hasil daripada iklan. Dan, inilah hasilnya! 😚

Keempat,
Saya kumpulkan maklumat dalam database pelanggan saya. Kemudian, follow up lagi prospek tadi. Jika dah memang rezeki, takkan pernah salah alamatnya, kan? Hihihi...

Kelima,
Usha-usha blog. Wow!!! SEO dah bagi komen yang 👍👍👍👍 okey, lebih bersemangatlah nak blogging! Hihihi..

Hmm.... nampaknya business saya dah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Semoga ia terus berkembang dan dapat membantu lebih ramai lagi untuk sihat dengan suplemen.

By the way, makan supplement ni pun kena makan nasik, sayur , buah, ayam, ikan jugak tau!!!! Hihihi.....

#diariustazah
#businessprogress

Wednesday, 31 January 2018

Dia ni....

S.I.A.P.A.K.A.H. D.I.A?

Dia ni,
Kalau bab sharing pasal info produk, memang dahsyat! Rajin terlebih pergi google artikel, baca pastu kongsi dengan ahli bawah dia.

Dia ni,
Pantang ada produk baru yang masuk atau promo, laju je dia share dengan ahli kumpulan dia! Dahsyat!

Dia ni,
Kalau satu-satu produk tu dihentikan sementara oleh syarikat atas  faktor-faktor tertentu, dialah orang pertama yang cepat2 pujuk ahlinya supaya segera move on dengan produk2 sedia ada. Takde tacing-tacing sebab produk sold out. Hahahah...

Dia ni,
Rajin sungguh duk follow up dan follow through ahli2 dia yang makan vitamin. Malah prihatin sungguh dengan masalah ahli kumpulan dia yang lesu dan tak ambil berat pasal kesihatan diri. Huhuhu....

So, anda mahu Dia ni buat apa lagi supaya Dia ni lebih lebih lebih prihatin dengan ahli kumpulannya?

Jika anda ada idea, amat dialu-alukan kehadiran anda dalam kumpulan Dia ni. Heheheh...

Klik www.wasap.my/60123618431

So, siapakah sebenarnya dia ni????? Hahahahah....

Tadaaaaaa!!!!!

Inilah DIA  🌸 Aminah Syuhadah  🌸 Founder of Sihat Ceria  💪❤

#diariustazah
#ShakleeBusinessLeader

Sekarang, baru saya faham

Sekarang, baru saya faham!
:
:

Sejak join bisnes vitamin, baru saya faham konsep MLM yang sebenar.

Multilevel Marketing adalah sebuah bisnes yang unik. Bukan setakat jual produk, tapi aku kena bina empayar besar bisnes ini. Ia dah jadi bisnes aku sendiri dan bakal diwariskan kepada anak-anak kelak.

Bisnes MLM tak boleh lebih daripada SATU!

Kenapa?

1 - Tujuan utamnya adalah untuk.mendapatkan kebebasan masa dan wang.

Dah kalau buat dua tiga bisnes MLM, pastu mestilah nak kena hadir dua tiga perjumpaan yang berbeza, pastu nak kena rancang pulak marketing strategy yang berbeza... kan buang masa namanya!? So, mana perginya hasrat nak ber'time-freedom' tu? Hahahaah....

2 - Prospek kompius.. dia ni apehal buat dua tiga bisnes ni? Produk yang dia jual.ni tak.okey ke? So, prospek pun lariiiiikkkk! Huhuhuhu.... lebih rumit lagi bila nak rekrut ahli. Prospek mula curiga yang dia  bermasalah. Hahahah.....

3 - MLM is about DUPLICATION. Apa yang upline buat, itulah yang downline buat. Dah tu, kalai dua tiga bisnes? Aku yang jadi downline pon pening. 😢😢😢

4 - Tapi..... masih boleh lah mung nok jual kek ke...nak jual kain pasang ke...nak jual sabun ke... janji JANGAN buat MLM kedua ketiga keempat..... sebab? Baca balik points atas.

5 - Nak betul2 berjaya, kena FOKUSlah kat satu bisnes MLM je. Janganlah tamak..... sian  downline.....pening dia!

6 - MLM biz ni kena PULUN! Kali ini betuk, kena TAMAK!  Tapi....tamak untuk kembangkan empayar sendiri yang satu itu je tau! 😎😎😎

Okey, sekian makcik membebel di awal pagi 1 February 2018.

#diariustazah
#konsepsebenarMLMbiz

Tuesday, 30 January 2018

It's closing day!!!

31st January 2018.

It's closing day!!! Yuhuuu...

Pagi-pagi celik mata, solat Subuh. Baca semuka Surat Cinta.

Sementara menunggu hari terang, on data. Menderu-deru mesej masuk di wasap.

Mendebarkan!

Tengok di situ ada beberapa nombor yang tak dikenali, dan lima nombor bernama.

Lima nombor bernama. Meng'order' vitamin C, alfalfa, omega dan ostematrix.

Tiga nombor tak bernama bertanyakan set resdung, set penyusuan dan set hamil asas.

Tiga lagi nombor tak bernama closed deal vitamin C dan ostematrix. Dua vitamin ini memang glemer lah! Hahahah sentiasa je da permintaan.

Okey, sekarang dah jam 10.00 pagi waktu Malaysia.

Sambil menyiapkan basuhan  dan melipat kain baju segunung, kita follow up ahli-ahli yang makan sendiri dan pelanggan-pelanggan setia vitamin ni.

Sambil-sambil tu jugak, follow through dengan enam nombor tak bernama tadi untuk berkenalan dengan lebih mesra dan rapat. Jual vitamin ni sebagai asbab je untuk dapatkan lebih ramai kawan sebenarnya.... 😊😊

Hmmm.... korang yang berniaga, tak kesahlah jual  pun, kena rajin buat 'servicing' kat pelanggan-pelanggan korang. Memanglah  takkan beli setiap hari  atau tiap bulan, tapi ia untuk bina ukhwah dan masa  bisnes korang.

Tak caya? Hahahhah sila buat!!!!

Okey, itu saja tip closing day daripada Aminah Syuhadah  😎 .

#diariustazah
#happyclosing

Monday, 29 January 2018

BAGAIMANA SAYA KAWAL 'JUNK FOOD' DI RUMAH?

BAGAIMANA SAYA KAWAL 'JUNK FOOD' DI RUMAH?

Sejak Aisyah Humairah bersekolah, saya dah tak dapat nak control apa yang dia makan di sekolah terutamanya. Jika di rumah pengasuh (transit), saya tidak terlalu kisah tentang pemakanan dia.

Berbanding Ainin, dia lebih mudah 'diberi makan' dan dia amat senang nak telan ubat.

Si bujang Faqih pun sama. Apa yang Ainin makan, itulah yang dia ikut. Hahahaha....

Peti ais besar rumah kami memang sentiasa dipenuhkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memandangkan kami sekeluarga suka makan, maka ibu diorang ni terpaksalah suka memasak! Huhuhu....

Buah-buahan wajib ada di rumah. Buah-buah ini untuk dimakan masa menonton TV.... semasa melipat kain-baju....selingan ketika diorang main basikal kat depan rumah tu....

Sayur?
Em....diorang memang suka sangat kalau ibu masak sup sayur! Lebih-lebih lagi si Faqih. Haabis dihirupnya kuah sayur! Diorang suka sangat lobak, sawi putih, brokoli dan bunga kobis dalam sup tu.

Roti.
Makanan wajib ada kat rumah jugak ni. Untuk ibu, roti wholegrain. Ayah dan anak-anak, roti Gardenia coklat atau kosong. Tapi kena ada jem atau peanut butter.

Chocolate Bar.
Pun ada jugak sesekali. Hehehe.... pengubat stres! 

Cocoa Cruch + Honey star pun biasanya kami belikan jugak. Untuk bekalan Aisyah ke sekolah dan taska Ainin Faqih.

Sebenarnya, tak susah pun nak ajar anak-anak makan dan pilih makanan berkhasiat. Kita sebagai ibubapalah yang bertanggungjawab membina bi'ah macam tu kat rumah, kata shopping mall.

Saya cakap macam ni sebab saya memang buat. Sejak Aisyah pandai makan lagi saya ajar dia makan buah dan sayur. So bila kami shopping barang dapur pun, anak-anaklah akan tuju tempat sayur dan buah dahulu, dan mereka pilih sendiri buah apa yang mereka mahu. So, kitorang memang sediakan duit lebih sikitlah untuk buah2 dalam bajet dapur kami. 😊😊😊

Aminah Syuhadah
Ibu Prihatin. 😏

#diariustazah
#sihatceria
#liveamazing

BLNC ~ BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE

Tahniah kepada semua SHAKLEE BUSINESS LEADERS yang akan menghadiri Business Leaders National Conference (BLNC) 2018 pada 3rd of November ini. 😊😊

Konferen beginilah yang paling dinanti pleh business leaders macam kami. Hihihi...

Sebab?

Pertama,
Pelancaran produk penjagaan kulit yang telah melalui ujikaji selama 8 tahun iaitu YOUTH.

Waaahhhhh!!! Tak sabarnya! BLNC 2017 Shaklee telah perkenalkan produk keperluan bayi iaitu #shakleebaby , tahun ini pula produk #lookyoungerlonger untuk kita pulak. 😚😚😚

Kedua,
Pasti akan ada je idea baharu dan terkini untuk memajukan lagi bisnes leader2 ni yang diutarakan oleh pihak Shaklee khususnya.

Secara tak sengaja, ia menjadi penunjuk arah kepada business leaders untuk memimpin kumpulan masing-masing melonjakkan hasil bisnes vitamin ni . Ewwwww ewww bestnya!!!!

Ketiga,
Masa inilah kita semua sidelines, uplines dan downlines akan bertemu berlaga pipi  😁😁😂😂😂 sebab dalam sesebuah organisasi, kami datang dari seluruh pelosok Malaysia. Yeayyyy tak sabar  nak jumpa korang!!!

Emmm.. okey, ai  berangan kejap untuk hari BLNC tu. 😎😎😎

Aminah Syuhadah
Founder of SihatCeria. 💪❤

#diriustazah
#BLNC2018

Friday, 26 January 2018

JANUARI YANG HANGAT

Assalamualaikum..

@ Doa Indah : Ya Allah Ya Salaam Ya Mukmin, ampunilah kami semua dan berilah rahmatMu yg tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami, kerana mereka telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa..

                          Aamiinn Ya Rabb..

::
:::
::::

27 Januari...

Tinggal empat hari sahaja lagi Januari bakal berlalu. Huhuhu.....

Apa yang telah berlaku sepanjang Januari 2018 saya?

Pertama,
Buat sesuatu kena ada perancangan strategik!

Dah ada startegi, kena dioperasikan secara taktikal, tak boleh congak-congak dalam kepala macam Matematik je! Sebab benda yang nak dicapai ni, bukan boleh ikut logik akal semata,  ditulis dan diinterpretasikan dalam bentuk gambarajah.

Dalam pelan kerjaya, ustazah nak budak-budak pengakap ustazah dapat Keris Gangsa tahun ni. So benda tu dah ada dalam perancangan unit ustazah. Untuk ke arah itu, ada beberapa perkara  ustazah kena buat untuk diorang bagi mencapai impian itu.

Begitu juga dalam bisnes ustazah, ustazah nak  berapa RM 'gaji' masuk menjelang 15 Februari nanti. Maka ustazah kena tulis! Kena tulis berapa jumlaj produk yang perlu dijual untuk dapatkan angka-angka duit gaji ustazah tu nanti.

Kedua,
Sentiasa positif! Fikir, cakap  doa  yang baik-baik je, inshaa Allah, baiklah jadinya.

Apa yang ustazah rancang tu, semuanya berjalan elok! Mashaa Allah tabarakallah...seawal 20 Januari, ustazah dah berjaya mendaftarkan 80 orang budak pengakap ustazah! Berbanding tahun2 sebelumnya, punyalah payah  nak mintak duit. Huhuhu...

Betul!  Bila kita  fikir yang positif, doa yang baik2, inshaa Allah segalanya dipermudahkan.

Begitu juga dengan pelanggan ustazah. Asalnya taknak  beli. Mati-matian taknak! Tak  sangka tiba2 dia diuji dengan masalah kesihatannya yang tak kebah-kebah, terus dia hubungi ustazah, beli sejumlah vitamin sekaligus! Mashaa Allah......

So, ustazah tahu dah! Tak perlu  malu untuk follow up and follow through orang2  yang pernah beli atau yang belum beli produk kita. Mereka  ni sebenarnya, nak kita prihatin dengan dia. So kita  kenalah jadi kawan rapat dia, barulah dia  selesa  nak berurusan dengan kita. Alhamdulillah, melalui  ini, bertambah2 lagi sahabat ustazah  😚😚😚

Hmmmmm.... okeylah, penat membebel. Hahahah... banyak  lagi benda nak cerita. Tapi ada banyak benda lain jugak nak dibuat hari ni. Maklumlah, hari cuti 😁😁

By the way, ustazah ada kat kampung sekarang! Yuhuuuuu!!! Dah sebulan lebih tak balik kampung. Jom nikmati udara kampung pulak. 😋😋😋😋

Diari Ustazah,
Aminah Syuhadah
Nak berjaya, nak gembira, sila jalan teruuuussss ke depan. Toleh sikit-sikit je ke belakang....hehehehe...

#diariustazah
#throwback

Thursday, 25 January 2018

TABIAT YANG MEMBAWA KEJAYAAN

Saya ada satu tabiat yang membawa kepada kejayaan saya dalam bisnes vitamin saya ni.

Membaca buku bertemakan kesihatan.

Saya ada baaaannyyaaaakk buku-buku macam ini kat rumah. Memang sejak zaman sekolah, saya suka akses bahan-bahan berkaitan kesihatn.

Sebab apa?

Biasalah... remaja... hahahahah.... mestilah sentiasa mencari apakah cara yang terbaik untuk kuruslah...untuk buang jerawatlah...untuk putihkan kulitlah.... macama-macamlah petua yang dicari!  Hehehhe....

Buku-buku macam ni memang banyak dalam simpanan saya. Sampai sekarang pun, masih tersusun elok dalam almari dan rak buku tu. Sesekali, belek semulalah buku-buku ni.

Seronok sebenarnya membaca buku-buku macam ni. 😊😊 selain sebagai pembacaan santai, ia juga menambah pengetahuan tentang penjagaan kesihatan.

Tak saangka jugak yang saya sekarang adalah pengamal kesihatan dan pengedar produk kesihatan. Hahahah... sesuai sangattlah kan? Hehe..

La ni, dah tak membeli dah buku-buku begini. Tapi saya lebih mudah akses di internet tentang maklumat-maklumat kesihatan  macamni.

Tapi sejak jadi pengedar vitamin ni, lagilah mudah! Klik je kat bahagian 'resource' shaklee2u.com tu, dah keluar segala macam sumber dan artikel berkaitan produk. Siap dengan artikel kajiannya sekali!

Kalau saya rajin, saya search jugaklah artikel jurnal yang dalam nota kaki artikel produk Shaklee tu. Senang, kan?? Heheh...

Okeylah guys, nak kemas barang,  buat urusan lain pulak di SYABAS. Apa-apa hal nak tanya, just www.wasap.my/60123618431 ye 😊

#diariustazah
#tabiatsaya

Wednesday, 24 January 2018

Nafkah Yang Diberi Adalah Sedekah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Nafkah Yang Diberi Adalah Sedekah*

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ

_*Dari Al Miqdam bin Ma'di Karib berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu memberi makan pada diri kamu, maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada anakmu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada isterimu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada pembantumu maka itu menjadi sedekah bagimu."*_ (HR Ahmad No: 16550) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim dituntut melakukan sedekah

2.  Antara bentuk sedekah seseorang ialah memberi makan kepada:

a.  Diri sendiri
b.  Isteri
c.  Anak-anak
d.  Pembantu

Tunaikanlah hak yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki dengan menyediakan makanan yang baik lagi halal kepada diri dan ahli keluarga.

Semoga apa yang kita keluarkan sebagai nafkah untuk diri dan orang lain akan menjadi amalan sedekah.

Diari Ustazah,
25hb Januari  2018

Tuesday, 23 January 2018

Dear Mr Love,

Dear Mr Love,

Terima kasih tak terhingga diucapkan atas setiap titik pengorbanan yang awak berikan.

Pengorbanan menjaga si kenit-si kenit kita yang lasak tu.. sepanjang ketiadaan saya tak kiralah sama ada atas urusan sekolah atau urusan bisnes.

Terima kasih sekali lagi. (Ucap kat sini sebab malu nak ucap depan2. 😝😝)

Awak dan anak-anaklah penguat semangat saya untuk terus gigih mengusahakan bisnes vitamin ini. 🌻🌻

Saya pergi kelas nutrisi, awak ikut. Kalau tak masuk kelas sekali pun, awak sanggup tunggu kat luar melayankan anak-anak. Saya nak join konferen, awak ikut jugak. Tanpa banyk soal.

Adakala saya segan sebab tak dapat anugerah apa-apa lagi dalam bidang ini. Huhuhu.

Tapi saya janji, saya  akan banggakan awak dengan pencapaian besar kita dan kita berdiri di atas pentas Shaklee Conference 2020 nanti. 💪👍👍 inshaa Allah, saya janji!!

Saya jugak bangga dengan awak yang sanggup tawarkan diri untuk bangunkan blog rasmi sihatceria.net bagi nerealisasikan impian bisnes ini. Terima kasih yang tak terhingga! 😭😭😭

Mr Love,

Sudah sejauh ini kita melangkah, janganlah kita berhenti. Sikiiit je lagi perjalanan kita dalam bidang ini, dan kita perlu kekalkan momentum ini agar bisnes ini menjadi warisan generasi kita. Aamiin...

::
:::
::::

INSPIRASI.....

Haiihhhh... setiap kali tengok balik gambo-gambo Konvokesyen Ijazah Sarjana sendiri, terinspirasi nak sambung belajar lagi... hihihi...

Tapi....

Terasa macam lagi banyak pulak kekangan dan hal-hal berbangkit yang belum dilaksanakan :-)

Ceh!! Padahalnya, masa zaman buat Master Degree dulu, banyak jugak cabaran! Boleh je move on ;-P hahhahaa.... siap keluar 2 orang anak lagi dalam sibuk-sibuk dengan desertasi ;-) hukhukhuk...

Tapi...nasihat aku untuk koranglah kan... eapecially yang title isteri dan ibu ni, nak sambung belajar syaratnya mesti dengan persetujuan dan izin suami!

Masa aku mintak izin nak apply Master dulu, encik Ahmad Fitri Rusman dah tahun akhir Ijazah dia. Cemburu jugak aku tengok dia pegi kelas, buat assignment..hihihu... masa dia sibuk dengan Projek Akhir, aku dah masuk semester 1.

Masa tu Aisyah Humairah baru masuk 2 tahun. Kesian dia...budak baru nak belajar main, dan perlukan perhatian lebih, tapi mak ayahnya sibuk dengan buku dan kelas. Sob sob sob.....

Sem 1 dan 2 kelas hingga malam... aku berulang alik 3 hari seminggu Kapar - UKM (almost 2 hours). Sampai rumah je dah jam 12 tengah malam....

Tambahan pulak aku 'terpregnant' Ainin ;-P lagi la mood swing ke Laut Andaman! Huhuhu.... siannnn Aisyah......

Tapi aku bersyukur sangat-sangat dan berterima kasih sangat-sangat kepada Encik Syurgaku yang susah payah jagakan Aisyah dan baby Ainin.... TQ ye cayammmmm ;-P hikhikhik.... jasamu memang tak mampu sayang balas....hukhukhuk....

Tapi aku reward diorang dengan cara bawak diorang bersama semasa aktiviti-aktiviti mobiliti pelajar ke luar negara ;-)

Finally,

2nd NOVEMBER 2015, I got my My MASTER DEGREE OF EDUCATION with flying colours!!!!!!!! Yeeehhhaaaaa!!!!! Pointer 3.87 berserta Desertasi A+ ;-)

Alhamdulillah.... semuanya berkat doa suami, mak dan abah serta keluarga mertua :-)

Psstttt!!! Masa konvo ni, Faqih baru 19 hari dilahirkan ;-P


Diari Hati,
Aminah Syuhadah
Founder of SihatCeria. 😀💪

#diariustazah
#mysunshine
#inspirasihati

Monday, 22 January 2018

Saya degil. Saya agresif. Saya yakin diri. Saya sukakan cabaran.

Saya degil.

Saya agresif.

Saya yakin diri.

Saya sukakan cabaran.

Semua itulah yang menjadikan saya berada pada tahap sekarang dalam bisnes vitamin saya ni.

Betapa degilnya saya mencuba pelbagai vitamin Shaklee, yang konon-kononnta boleh bantu masalah kesihatan yang saya alami selama ini.

Betapa agresifnya saya menggerakkan team SihatCeria dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk hidup sihat dan ceria.

Betapa yakinnya diri saya setiap kali saya kongsikan maklumat dan kebaikan setipap vitamin shaklee ini di wall facebook saya. Betapa yakinnya saya menjawab setiap persoalan berkaitan vitamin dan masalah yang timbul akibat pengambilan vitamin oleh para pelanggan saya yang budiman.

Kenapa say begitu yakin???kerana saya sentiasa berusaha untuk memantapkan ilmu-ilmu nutrisi pemakanan dan info-info tentang vitamin-vitamin yang saya jual.

Dan kerana itulah, betapa sukanya saya dengan setiap cabaran yang mendatang!

Upline cabar saya untuk jual 14 botol VIVIX. Yes, 7 botol VIVIX berjaya saya jual!

Pelbagai pandangan berkaitan pengambilan supplement telah dibentangkan kepada saya. Yes! Saya berjaya menjelaskannya dengan penuh yakin. Kerana yakin saya tahu  dan pasti bahawa vitamin yang saya jual ini adalah yang dijamin SELAMAT!

Cabaran juga bagi saya, menguruskan perniagaan dalam masa  yang sama saya perlu mendahului tugas hakiki yang menjadi periuk nasi saya. Namun, saya terima cabaran yang ini sebagai satu cara untuk saya menguruskan masa  dengan bijak. 😎

Semoga saya terus D.E.G.I.L, A.G.R.E.S.I.F dan Y.A.K.I.N.D.I.R.I untuk menghadapi lebih banyak C.A.B.A.R.A.N yang mendatang 💪💪💪 demi kelangsungan  kehidupan.........

Sekian,
Aminah Syuhadah
Cabaran itu membentuk kematangan. ❤❤

#diariustazah
#akuseorangusahawanberjaya

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...