Wednesday 18 October 2017

PITAM...

Pitam adalah berpunca daripada kekurangan darah di bahagian otak. Kekurangan tekanan darah di bahagian otak menyebabkan otak kekurangan oksigen dan glukos. Apabila ini berlaku, otak akan bertindak pantas menutup peranannya yang tidak penting dan memfokus kepada bahagian kawalan penting seperti pernafasan.

Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pitam hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.

Sewaktu dalam keadaan pitam, kita masih boleh mendengar percakapan orang disekeliling kita tapi biasanya tidak dapat memberi respon kerana terlalu lemah. Pengsan berlaku sekiranya keadaan pitam tadi dibiarkan hingga kita mula jatuh dan tidak sedar dengan perkara disekeliling kita.
Maka sebaiknya jika berhadapan dengan mereka yang sedang pitam/pengsan ini, sebaiknya jangan dudukkan pesakit tapi baringkan mereka tanpa dialas kepalanya. Apabila berbaring aras kepala perlu berada sama aras dengan jantung. Bahagian kaki / betis boleh ditinggikan sedikit untuk mempercepatkan aliran darah naik ke kepala dan otak lebih baik.

Kebiasaannya mereka akan kembali sedar selepas beberapa minit. Jika masih dalam keadaan pengsan yang agak lama, jangan berlengah untuk membawa pesakit ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

*copypaste*

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...