Tuesday 10 October 2017

CUKUPKAH KEPERLUAN NUTRISI ANAK-ANAK KITA???

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts, 2012), kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini.

Hmmm...pada tahun kajian ini dibuat (2010-2012), saya turut terlibat sama membantu penyebaran soal selidik dan dapatan data kajian (di peringkat sekolah). Ketika itu saya baru di'posting'kan ke SK KAMPUNG TUNKU, PJ.

Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi. Uiiii... kecik2 lagi dah tahap obesiti ek??? Huhuhu..

So, mak pak hangpa kena tau lah apakah nutrisi2 yang perlu kita berikan kepada anak2 agar mereka membesar dengan sihat dan ceria ;-)

=================================

1. TENAGA

Anak kecil dan kanak-kanak memerlukan tenaga kira-kira 980 kalori bagi membolehkan badan mereka berfungsi dan bergerak aktif. Ia juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan. Tenaga dan nutrien yang mencukupi penting untuk tumbesaran tulang, gigi dan tisu otot yang berterusan. Badan mendapat tenaga daripada lemak, karbohidrat dan protein.

2. PROTEIN

Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu badan, serta untuk menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi badan. Tubuh badan seseorang menghasilkan banyak proteinnya dengan sendiri, protein ini melakukan banyak fungsi yang berlainan dalam badan. Tetapi tidak seorang pun, terutamanya kanak-kanak, boleh menghasilkan semua protein yang diperlukan untuk menjadi sihat.

Keperluan yang disarankan oleh Malaysia Recommended Nutrient Intake (MRNI) ialah kanak-kanak dari usia 1-3 tahun hendaklah mengambil protein sebanyak 17 g/hari*
Rujukan: *RNI Recommended Nutrient Intakes for Malaysia; Ministry of Health Malaysia 2005; pg 61

3. LEMAK

Untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun, pengambilan lemak yang membekalkan 30% hingga 40% kalori disarankan. Untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun, pengambilan lemak yang membekalkan 30% hingga 35% kalori disarankan, lemak hendaklah datang daripada punca lemak politaktepu dan monotaktepu, seperti ikan, kekeras dan minyak sayuran.

Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI) menunjukkan kanak-kanak dari usia 1-3, mempunyai julat pengambilan lemak yang lebih tinggi iaitu 25-35% kcal*.

4. AA dan DHA

Lonjakan pertumbuhan otak bermula sejak lahir dan diteruskan sepanjang peringkat anak kecil. Penggandaan sel yang pantas dalam otak diteruskan hingga ke tahun kedua anak kecil.
Asid lemak politaktepu rantai panjang (LCPs), asid arakidonik (AA) dan asid docosahexaenoic (DHA) menyokong perkembangan kognitif dan visual dalam kalangan anak kecil dan pada masa yang sama lonjakan pertumbuhan otak berterusan.

Terdapat bukti mungkin untuk menyarankan julat Pengambilan Disarankan bagi EPA + DHA (dan bukan DHA sahaja) yang boleh membantu mencegah penyakit kronik (dilaraskan mengikut usia) *:

    100- 150 mg untuk 2-4 tahun
    150- -200 mg untuk 4-6 tahun
    200- -300 mg untuk 6-10 tahun

Rujukan: *Joint FAO/WHO Export Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition, 10-14 Nov 2008, WHO, Geneva

5. KARBOHIDRAT

Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil yang aktif dan sedang membesar. Jumlah karbohidrat yang diperlukan berjulat dari 55-75% daripada jumlah tenaga. Fungsi utama karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga ke sel-sel di seluruh badan.

6. SERAT

Serat adalah bahagian bijirin dan sayuran yang tidak diuraikan dalam usus kecil dan penting untuk mencegah sembelit dan gangguan usus yang lain.

Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI) berjulat dari 19-25 g/hari daripada jumlah serat untuk kanak-kanak*.

Rujukan: *RNI  Recommended Nutrient Intakes for Malaysia; Ministry of Health Malaysia 2005; pg 48

#tsunamishaklee
#cintaturbo3
#ustazahceria
#misisihatdengansuplemen

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...