Thursday 19 October 2017

AKU DAN PIL KALSIUM

Aku dan pil kalsium Shaklee..... 

1. C O N T R A C T I O N vs O S T E M A T R I X

Contraction adalah satu keadaan di mana pengecutan rahim sedang berlaku semasa proses untuk melahirkan anak.

Pengalaman contraction kelahiran sulong saya sangat mengerikan. Pertama kali berlaku dalam hidup, saya tak tahu nak buat apa....

Kelahiran kedua, contraction berlaku seawal usia kandungan saya 21 minggu, kerana ketika itu saya masih menyusui anak sulong. Saya ada baca beberappa artikel tentang amalan minum susu dapat melegakan ketegangan semasa contraction berlaku. Namun susu saja tak dapat melegakan sangat rasa sakit tu. So saya tambahkan dengan 4 biji pil kalsium setiap hari.

Kehamilan ketiga, saya lebih prihatin dengan keperluan pil kalsium dan fungsinya terhadap tubuh saya dan baby 😘pil kalsium Shaklee saya amalkan setiap hari walaupun selepas kelahiran anak, sebagai sumber kalsium & magnesium badan saya.

Tambahan lagi, kalsium & magnesium penting untuk mempercepatkan pengecutan otot rahim selepas proses kelahiran bayi.


2. A T L E T vs O S T E M A T R I X

Selaku seorang jurulatih olahraga sekolah dan Pegawai Teknik Olahraga Negeri, saya harus kekal aktif dan cergas.

Memandangkan saya aktif dalam olahraga dan sukan, maka saya perlukan supplement untuk membantu tubuh saya perform dengan lebih baik dan menjadikan emosi saya lebih stabil semasa menjalani kegiatan harian.

 Pil kalsium atau makanan-makanan bersumberkan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan otot yang sihat serta mengurangkan risiko kekejangan otot semasa berolahraga.

Sumber vitamin B diperlukan bagi proses penukaran makanan kepada tenaga yang optimum.


3. S A K I T    K E P A L A vs O S T E M A T  R I X 

Bebanan tugas di sekolah adakala bisa membuatkan saya sakit kepala lebih-lebih lagi selepas aktiviti olahraga. Justeru, saya wajibkan diri menelan pil kalsium Shaklee ini agar kepala yang berdenyut-denyut itu dapat dilegakan.

Ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang bertanyakan ubat untuk sakit kepala atau migrain mereka, maka OSTEMATRIX adalah subjek yang saya cadangkan terlebih dahulu sebagai 'pain-killer'.


4. S A K I T   L U T U T vs O S T E M A T R I X

Ada seorang makcik, tinggal di blok berhadapan dengan blok kediaman saya. Beliau mengaduh sakit lutut dan sendi memandangkan dalam tempoh 7 bulan lagi beliau akan berangkat menunaikan Umrah. Maka, anak beliau meminta pandangan saya tentang vitamin yangs sesuai untuk masalah ibunya itu.

Memandangkan saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan kekejangan otot sejak mengamalkan O.S.T.E.M.A.T.R.I.X, maka saya turut mencadangakan pil kalsium ini dan diamalkan bersama minyak ikan Omega Guard.


 ============================

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang amalan vitamin, hubungi saya di talian 012-3618431. Atau layari FB saya Aminah Syuhadah dan 'follow' Instagram @aminahsyuhadah.
 

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...