Saturday 28 October 2017

JOM MELANCONG!

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Ustaz Elyas Ismail)

*MELANCONG*
•••••••••••••••••••••
Allah ingatkan kita supaya berjalan di muka bumi dan perhatikan akibat org² yg berdosa(yg mengingkari suruhan rasul).
Berjalan di muka bumi bermakna merehatkan jiwa dan mengambil iktibar pada tempat² yg kita lawati.

KELEBIHAN MELANCONG:

1)Kita dapat meningkat kasih sayang sesama keluarga.
2)Lebih mengenali hati budi sesama kita.
3)Dapat merehatkan jiwa dan minda.
KETIKA MUSAFIR AKAN NAMPAK PERANGAI SEBENAR KAWAN² ATAU AHLI KELUARGA KITA.

SEORANG ISLAM YG  KAYA RAYA PERGI MELANCONG DULU DAN PERGI HAJI KEMUDIAN,APA HUKUM JIKA DIA TAK SEMPAT NAK PERGI HAJI?

Melancong hukumnya harus.
Menunaikan haji dan umrah adalah wajib.
Jika sengaja membelakangkan Allah,takut² Allah murka.

APAKAH PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG?
ANTARA PERKARA YG PERLU KITA PERSIAPKAN KETIKA MELANCONG IALAH:

1)Tahu hukum hakam muamalat(cara berintraksi)
2)Memelihara akidah(walaupun kita berada di negara bukan islam carilah masjid utk solat)
3)Jaga solat.
4)Makan yg halal.
5)Jauhkan tempat maksiat.
6)Banyakkan berdoa.

Boleh melancong ke laut mati dan ambillah iktibar.
Yg pastinya makin melancong makin dekat dgn Allah.

MANA YG LEBIH UTAMA MELANCONG DULU ATAU BAYAR HUTANG?

Kena selesaikan HUTANG dulu.
Bayar hutang adalah WAJIB dan melancong hukumnya adalah HARUS.

KETIKA SAYA PERGI UMRAH,SAYA PERGI MELANCONG DULU BARU BUAT UMRAH,BOLEHKAH USTAZ?

Memang ada sesetengah travel yg pergi melancong dulu.
Ini tidaklah menjadi masalah.
Ini adalah ziarah yg dapat manfaat dan menginsafkan diri kita.

PERBUATAN MENUNJUK~NUNJUK KETIKA BUAT HAJI DAN ADA ORG YG TAK MAMPU TERASA HATI,BOLEHKAH NAK TUNJUK DI MEDIA SOSIAL?

Jika niat nak tunjuk² utk meraih pujian org tidak dibolehkan.
Tiga golongan yg terawal masuk neraka ialah org yg pandai mengaji yg mengharap pujian supaya org kata suaranya sedap,org yg banyak sedekah yg nak org kata dia dermawaan dan Org yg berjihad yg mengharap org kata dia hebat.

NIAT YG TUNJUK PADA ORG TAK BOLEH.
KETIKA TAWAF PUN NAK TUNJUK PADA ORG, INI TAK DIBOLEHKAN.
Jangan sibuk dgn benda yg tak boleh beri manafaat.

SEKIRANNYA JIKA MELANCONG PADA NEGARA BUKAN ISLAM DAN TAK ADA MAKANAN HALAL,BAGAIMANA USTAZ?

Cari travel yg patuh syariat.
Mereka akan bawa kita ke tempat makan yg halal.
Dan boleh juga bawa periuk sendiri dan masak beramai~ramai.
Rezeki membentuk hati.

ORG BERIMAN NIAT BUAT APA² SEMUA IALAH UTK MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH.

BAGAIMANA BOLEH TERJADI DOSA KEPADA PENGEMBARAAN SESEORANG ITU,ADAKAH KERANA NIAT?

Ya..Setiap apa yg kita buat adalah kerana NIAT.
Hati²...Jaga niat kerana Allah dan patuh syariah.

BOLEHKAH MELANCONG TEMPAT² IBADAT AGAMA LAIN?

Cth kuil gereja...
Boleh melancong ditempat~tempat ibadat agama lain.
Menghayati sejarah.
Dan pemandu pelancong itu lebih baik org islam dan boleh memberi tarbiah.

ADA ORG PERGI MELANCONG TAPI MENGABAIKAN KELUARGA?

Memang ada org macam ni.
Suka melancong tapi yuran sekolah anak tak bayar,rumah sewa tertunggak.
Apa sahaja perbuatan mesti utamakan yg lebih utama dan jadilah org yg bertanggungjawab.
Ada org bawa isteri pergi melancong tapi nafkah isteri tak beri.
Nafkah isteri wajib diberi walaupun selalu bawa isteri melancong.

ADA ORG KATA MELANCONG HANYA MEMBAWA PEMBAZIRAN,MOHON PENJELASAN USTAZ.

Pembaziran ialah bila kita buat sesuatu yg tak mendekatkan diri kita pada Allah.
Handphone yg menjadikan kita makin jauh dari Allah dan kurang tumpuan pada anak²,ini juga boleh dikatakan membazir.

Jangan musafir seorang diri kerana mudah nak buat maksiat.
Kalau boleh pergi melancong beramai~ramai supaya boleh saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

ADAKAH PERJALANAN ISRAK MIKRAJ ITU SAMA DGN MELANCONG?

Tak sesuai digunakan utk perjalanan Nabi.
Israk mikraj adalah cara Allah merehatkan jiwa Nabi dan Allah pertemukan dgn Nabi² terdahulu.

BOLEHKAH PERGI MELANCONG DGN NIAT CARI JODOH?
Tak menjadi masalah.
Niat ini adalah niat yg baik tapi jangan berdating.

KETIKA MELANCONG SEDIAKAN SPRAY UTK WUDUK,TISU DAN BOLEH BUAT SOLAT JAMAK,QASAR DAN JAMAK&QASAR.

KETIKA MELANCONG BERDOALAH DGN ALLAH, MINTA BERLINDUNG DARI PERKARA² SYIRIK DAN YG TAK PATUT KITA BUAT DAN YG KITA TAK TAHU.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

C&p

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...