Saturday 20 May 2017

Vivix & Kolesterol

KOLESTEROL

Ramai org di luar sana yang beranggapan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan. Betul tak?

Hakikatnya bukanlah begitu. Ini kerana kolesterol ada yang baik(HDL) dan ada yang jahat(LDL). Seperti gambarajah di atas.

Tahap kedua-dua kolesterol ini perlu seimbang mengikut keperluan tubuh.

Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh kerana ia membawa masalah kepada pengumpulan kolesterol dalam arteri yang membawa kepada beberapa masalah kesihatan.

Kolesterol yang baik pula berfungsi sebagai pembentuk sel membran, menyaring setiap molekul yang masuk dan keluar dari dalam sel, membantu menghasilkan hormon tubuh seperti hormon seksual dan membantu dalam menghasilkan cecair hempedu.

Kolesterol ni sebenarnya berada di hampir semua bahagian tubuh badan kita seperti di otak, sistem saraf, otot, kulit, hati, usus dan jantung

Dalam tubuh badan kita sendiri yang menghasilkan Kolestrol adalah hati.

Selain itu kolesterol diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari. Contohnya makanan yang berasaskan tenusu, kuning telur, hati ayam, mentega, udang, makanan yang diproses dan lain2 lagi

Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.

Tahap Kolestrol yang tinggi boleh menjadi penyebab kepada penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) dan seterusnya penyakit jantung ❤

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...