Friday 19 May 2017

Miliki Cabang-Cabang Iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

**

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

_*Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman."*_ (HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Iman itu memiliki lebih 60 cabang

2.  Cabang Iman yang paling utama ialah ucapan kalimah syahadah

3.  Iman yang paling rendah ialah membuang sesuatu di jalan raya yang boleh menjadi gangguan atau mudarat kepada orang lain

4.  Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.

إِنَّ لِكُلِّ دِينِ خُلُقًا وَخُلُقُ الإِسْلاَمِ الْحَيَاءُ

“Setiap agama memiliki  akhlak dan akhlak utama Islam adalah sifat malu”  Riwayat Ibn Majah

*Semoga kita memiliki sifat malu yang merupakan cabang Iman.*

19hb Mei 2017
22hb Syaban 1438H

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...