Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension
Hypertensi merujuk kepada tekanan darah yang menolak ke arah dinding arteri dengan tekanan yang tinggi semasa peredaran darah
Individu yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat adalah dijangka mempunyai penyakit darah tinggi.
Tekanan darah yang meningkat melebihi paras normal dan kekal tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung.
Bukan tu jer, kegagalan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga masalah kesihatan yang lain.
Pengukuran tekanan darah, nombor di bahagian atas tu dikenali sbgai tekanan sistolik, iaitu mewakili tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam darah. Nombor di bahagian bawah pula adalah tekanan diastolik, yang mewakili tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman
Masa paling baik utk mengukur tekanan darah adalah semasa dalam keadaan duduk atau baring.
Bacaan tekanan darah paling rendah adalah semasa tidur dan meningkat apabila bangun dari tidur. Ia juga berlaku peningkatan apabila seseorang itu teruja atau aktif.
No comments:
Post a Comment