Tuesday, 20 March 2018

VITAMIN B : Vitamin Penenang

VITAMIN B : Bantu Berikan Ketenangan

...

Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, dan B12 amat penting dan memainkan peranan besar untuk fungsi tubuh yang sempurna.

Gabungan 8 vitamin B ini membantu tubuh menukarkan makanan kepada yang diperlukan oleh tubuh dan menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Errr... jangan hairanlah ye jika anda sering melihat saya sentiasa cergas sepanjang hari. 😎 sebab setiap kali selepas sarapan berat, saya akan telan sebiji B Complex Shaklee. Ngeh ngeh ngeh....

....

By the way, kat sini saya cuma nak cerita tentang fungai vitamin B yang mana yang boleh bantu kita tangani strea dan berikan ketenangan.....gitewwww.  😚😚😚

B1 ~ Thiamine : membantu tubuh membina sel baharu yang sihat.

Ia juga dikenali sebagai vitamin ANTI-STRESS sebab keupayaannya mempertahankan sistem imunisasi badan. B1 ada dalam makanan seperti kekacang dan bijirin penuh.

B2 ~ Riboflavin : ia sangat membantu dalam menangani masalah migrain dan sakit kepala. Ia bertindak membawa oksigen ke seluruh badan dan sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baik.

B5 ~ Panthothenic Acid : ia membantu dalam penghasilan hormon testoteron. Hormon ini membantu mencantikkan kulit. Kulit cantik, taklah stress kan? Hihihi... nak kulit cantik, kena makan avokado, yogurt, telur dan daging.

B6 ~ Pyridoxine : memainkan peranan paling besar dalam menentukan mood kita dan pattern tidur kita. Ia bantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine (hormon stres). Yang ini boleh makan salmon, ikan tuna, beras perang dan lobak merah untuk dapatkan B6.

.....

Haaa.... dah tahu manfaat vitamin B ni kenalah jaga dan alert tentang gaya pemakanan kita. Paaaalinggg senang, telan je sebijik sehari B Complex Shaklee ni. Semua 8 vitamin B tu lengkap ada dalam 1 tablet.

Rojer-rojer deh kalu nok vitamin B www.wasap.my/60123618431

#sihatceria
#diariustazah
#bcomplex

Monday, 19 March 2018

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

....

Sedikit review daripada saya berkenaan tempat  ini.

Mmmm... bagi saya sendiri, SANGAT OK, jika anda adalah remaja atau takde anak. Hahahaha... 

Oiiii... mana nak pegang anak. Mana nak main lagi. Ahahahah... dah bergilir pulak dengan suami. Pastu, anak yang sulung boleh pergi main (sebab melebihi ketinggian 100cm) , anak yang kedua dan ketiga meraung kat luar pagar stesen main tu sebab tak cukup tinggi. Kesiannnnn.....

Harga?

So and so la..... hihihi....

RM 60.00 kanak-kanak (4~12tahun)
RM 70.00 dewasa
RM 60.00 warga emas

Beberapa bulan akan datang  akan naik harga pulak sebab seksyen belakang (apa nama entah), bakal dibuka. More fun, more fantastic!!! Hihihi..

Makan?

Mm.... boleh tahan jugaklah mahalnya. Tapi kitorang okey je makan kat sini. Merasalah makan dalam spaceship. Hahahah...have funlah dengan anak-anak. Jangan mak bapak pulak yang crancky pasal makan. Hahahah.....

Bahagian untuk ketinggian bawah 100cm???

1. SMURF VALLEY

Kat sini boleh main kereta. Anak-anak tekan pedal sendiri. Sesuai untuk umur 4 hingga 7 tahun kot, ikut kesesuaian saiz tubuh budak.

Boleh bergambar juga dengan maskot SMURF  comel dua ekor tu. Boleh juga menonton 4D movie selama 20 minit.

2. FANTASY FOREST

Kat sini, mak pak  yang berat 70kg ke bawah, bolh join anak-anak korang ride kuda macam kat funfair. Atau helikopter. Atau wizling wheel.

Besttttt. 👍👍👍👍 sebab berat  aku 50kg je so aku sorang je parent yang main semua  benda kat sini dengan anak-anak. Ngeh ngeh ngeh.....hmmmm...penting jugak bertubuh kecil molek macam  aku kan? Boleh  temankan anak2 main. Hihi.

Banyak lagi nak cerita. Tapi....better korang pergi sendiri ye. Rasai  dan alami keseronokannya!!!! Horayyyyy!!!

Sekian, adios.

#diariustazah
#PerakVacay
#MAPS

SERONOKNYA! JERAGAT MAKIN PUDAR

Seronoknya JERAGAT dan makin pudar! Lalalalalala...

Sejak hari ke-24 guna set YOUTH ni, dah off dah butang 'beautification' tu. Hikhikhikhik... jangan maraaa aaaa.... 😋😋😋

Sebenarnya, selain amalan vitamin ACE, kita kena guna jugak produk penjagaan luaran yang ada vitamin yang sama dengan yang kita makan. Barulah seiring sejalan, gitewwww... 😚😚😚

Okey, nak tahu apa yaang ada dalam produk kutit wajah Shaklee ni yang buat jeragat saya pudar dan pori saya tertutup????

L O T U S . J A P O N I C U S

Spesis kekacang yang mempunyai bunga berwarna kuning yang sangat menawan.

Fungsi Lotus Japonicus inilah yang dikenalpasti sebagai bahan yang amat berkesan untuk menghalang penghasilan TYROSINE iaitu sejenis asid amino yang menyebabkan pigmentasi kulit a.k.a jeragat.

Extrak tumbuhan ini juga membantu melembapkan kulit dan menjadikan tona kulit sekata. Wowwwww. 😱😱😱 patutlahhhhhh!!!!

Tumbuhan ini juga membantu menghasilkan kolagen  dan elastin pada lapisan utama dermis kulit kita. Sebab tu wajah saya nampak lebih lembap dan kurang kedutan!! Wowwww 😱😱😱😱

So dalam YOUTH yang ada Lotus Japonicus ini   ialah (1) ACTIVATING SERUM dan (2) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM.

....

Errr...korang yang kat luar sana mesti teruja kan,  baca cerita saya ni  😝😝 kalau begitu, dapatkanlah STARTER SET YOUTH dengan harga menawan! Yang penting lebih murah dari SKII. 😚 direct message www.wasap.my/60123618431/YOUTH deh.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Duta YOUTH Shaklee.

#diariustazah
#YouthIsHope
#sihatceria
#liveamazing
#LookYoungerLonger

CARA TINGKATKAN IMUNITI ANAK-ANAK

Cuti sekolah... bawak anak-anak berjalan merata.

Dan semestinyalah ramai pelawat dari dalam dan luar negara kat tempat-tempa yang kita lawati tu kan?

Hmmm.... apabila saya merancang nak bawak anak-anak bercuti, saya dah mula sediakan diorang dengan supplement. Hahahaha...

Antaranya,

1. Multivitamins.

Ini penting! Badan yang cukup mineral akan membantu mengatasi masalah berkaitan sistem imunisasi tubuh.

2. Minyak ikan.

Ini penting jugak! Minyak ikan perlu untuk menangani gejala keradangan. Terutamanya organ dalamn tubuh.

3. Immune booster.

Yang ini memang wajib bagi! Shaklee ade satu suplemen untuk bantu boost up sistem imun tubuh, iaitu NUTRIFERON. kami sekeluarga memang amalkan ini terutama apabila kami plan nak bercuti ke luar negara.

4. Buah-buahan dn sayuran.

Saya kalau memasak, sayur memang wajib ada sebagai satu hidangan!! Buah, wajib jugak ada dalam peti sejuk tu. So anytime diorang nak makan, ambil je dalam peti. Basuh dan boleh terus makan. Secara tak langsung dapat elakkan diorang daripada duk meroyan nak makan junk food and fast food.

Hmmm.... korang yang sedang mencari vitamin untuk kekalkan immunity anak2 tu, bolehlah wasap saya di www.wasap.my/6012368431

#sihatceria
#immunityset

TIPS GANDAKAN BISNES

RUNSING..... Sales merudum.... 😭😭😭😭

.....

Itu dulu!

Sekarang, saya dah tahu apa yang boleh bantu bisnes saya naik berganda. 😎😎😎😎😎

Lets check it out 👇

1. V.L.O.G

Beb! Zaman gen Y kot.... semua benda dalam youtube. Hahahaha... ustazah pun tak ketinggalan tau buat vlog gitewwww. 😋😋😋 kihkihkih....

Vlog ni, memudahkan orang nak akses apa yang dia perlukan. Ramai orang zaman ni, malas nak membaca-baca ni. Kan? Mendengar lebih efektif la...lebih-lebih lagi bab produk kecantikan.

2. FB LIVE

Fewiitt!!!

Ustazah suka ni live2 di FB. Hihihi.... lebih  senang  nak share tentang info produk secara live. Nak tulis, panjang nau!  Huhuhu....

3. Follow up rapat-rapat.

Follow up bagi ai ialah bertegur sapa di alam maya.

Contohnya, hantar mesej-mesej jenaka...mesej-mesej berkaitan doa.... sebenarnya, pelanggan-pelanggan ustazah ni, bila dibuat begini, macam otomatik pulak diorang akan melaporkan tentang vitamin yang diorang makan tu kat ustazah. Hahahaha... padahal tak tanya pun! Hihihi...

Tapi kadang-kadang ustazah terus menyapa.dengan bertanyakan pasal vitamin yang diorang ambil. Senang citer. Malas nak putar-belit alam. Hahaha...

4. Mintak kepada Yang Maha Pemberi Rezeki

Zikirlah Ya Wahhab  1000x sehari.

Istighfar 1000x sehari. Mungkin kita ada 'curang' dengan Dia.

Zikir Ya 'Afuw Ya Ghaffar Ya Tawwab 40x setiap kali selepas solat. Moga-moga kita diampunkan dan dipelihara dari kecantikan dunia.

Okey, sekian sahaja #tipsgandakanbisnes ini daripada Ustazah Ceria di #diariustazah . Moga sentiasa #SihatCeria selalu. 😘😘😘 adios!

Friday, 16 March 2018

CARA MUDAH HILANGKAN SUNBURN

Yeayyyy!!!

Sejak berYOUTH, sunburn ni lagi cepat pergi. 😘

Mula berYOUTH pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSSD Klang (Rendah) aritu. Huhuhu....

Sebelum ini,
Memang duk telan Vitamin C dan bancuh ESP pagi-pagi supaya kulit cepat recover daripada sunburn ni.

Hmmm....
Kulit kita ni, bukan setakat guna produk luaran je untuk cover masalah pori, sunburn dan jerawat. Malah kena digabungkan dengan penjagaan pemakanan dan pengambilan suplemen jugak.

Begitu juga sebaliknya.
Pengambilan suplemen yang konsisten, tapi tak jaga makan, tak guna apa-apa produk untuk cover kulit, memang payah lah nak betul-betul peloles kulitmu tu 😏

Atau,
Guna produk bukan main mahal! Tapi bab makan? Kurang pulak minum air kosong.

Sebenarnya, air manis, adalah menyumbang besar masalah kedutan di wajah kita! Korang tahu tak tentang tu??? Huhuhu... 

Atau, ada jugak yang nak kesan yang pantas!  Maka belilah krim timbang kilo..... calit sikit-sikit, terua peloles dalam masa sejam. Huhuhu....

Nak cantik ni, ambil masa. Biasanya yanng bagi fast effects tu yang tak kekal lama dan bagi mudarat pulak kat tubuh. Huhuhu... tak.mahulah macam tu, ok! Nak cantik, biar sihat. Sebab, bila sihat, kita jadi gembira dan ceria. Bila ceria, muka kita jadi glowingggg gitewww. 😘😘😘😘barulah nampak mudaaaa je sentiasa! 😄😄

Pesan #sihatceria ini daripada saya,
Aminah Syuhadah
Pengamal tegar vitamin Shaklee.

#diariustazah
#skincare
#sunburn

MANFAAT POLIFENOL

MANFAAT POLIFENOL

1. Sebahagian besar polifenol adalah antioksidan sehingga mampu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan jaringan tubuh.

2. Radikal bebas sering dikaitkan sebagai penyebab kerosakan sel yang berhubungan dengan penuaan. Sebagai antioksidan kuat, polifenol mampu memperlambatkan proses penuaan.

3. Polifenol bantu menguatkan sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh yang kuat merupakan suatu keharusan untuk penjagaa  kesihatan dan mencegah penyakit.

4. Polifenol dapat meningkatkan sirkulasi darah dan meningkatkan kesihatan jantung sehingga menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.

5. Polifenol tertentu seperti resveratrol menunjukkan sifat anti-tumor sehingga berpotensi melambatkan pertumbuhan kanser.

6. Beberapa polifenol yang ditemukan dalam raspberry dipercayai efektif memperlambatkan kerapuhan pada tulang. Kerapuhan tulang adalah faktor utama yang menyebabkan osteoporosis.

7. Catechin, salah satu jenis polifenol yang ditemukan dalam teh hijau efektif membantu menurunkan berat badan. Kolaborasi ini merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak dan kalori.

8. Isoflavon, jenis lain dari polifenol, dapat membantu wanita mengatasi gejala-gejala menopause terutama hot flashes dan kerapuhan tulang.

Dan saya ambil polifenol melalui VIVIX dan CoqTrol kerana keduanya mengandungi polifenol jenis resveratrol.

#diariustazah
#manfaatpolifenol
#vitaminkegemaransaya

APA YANG SAYA DAPAT DENGAN BISNES SHAKLEE

Bila kita rancang nak buat sesuatu, objektifnya mesti jelas, apakah yang kita nak orang sekeliling kita dapat daripada perancangan kita tu.

Saya buat bisnes vitamin atas satu sebab utama.

T R A V E L . M E L A N C O N G .

Dua perkara tu sebenarnya hobi saya dan impian saya.

Gaji tugas hakiki hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hidup harian. Tapi untuk menampung #hobimahal saya tu, saya perlukan 'gaji' yang lebih lumayan.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka, saya dapat apa yang saya impikan! Mengisi masa terluang dengan membawa anak2 dan suami travel ke seluruh pelosok negara. Dalam mahupun luar negara.

Sekarang ni, dalam perancangan nak bawak Mak dan Abah sekali pergi Bali. Tapi masanya belum dapat ditetapkan atas sebab jadual kerja yang padat.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka ni jugak, saya dapat tambah sikit duit belanja untuk Mak dan Abah berbanding sebelum ini, ngam2 je bagi. Huhuhu.....

Ini adalah hasil 'suka-suka'. Hmmmm..... dah dapat bayangkan dah, kalau saya buat bisnes vitamin ni secara serius dan konsisten  😎

Tapi jangan risau! Saya belum berniat nak resign awal dari perjawatan sekarang. Sebab saya sayangkan kerjaya saya yang sekarang. Bisnes ini banyak mengajar saya menghargai dan merancang dengan baik apa jua yang kita mahukan dalam kerjaya hakiki kita. 😘😘😘😘

Okey,
Sambung siapkan tanda kertas peperiksaan!

#diariustazah
#daretodream
#liveamazing
#shakleeeffects

Wednesday, 14 March 2018

MAKAN VITAMIN YANG ADA KAJIAN

Sejak sambung pengajian sarjana lanjutan tiga tahun lalu, hidup aku sentiasa penuh dengan persoalan.

Maklumlah, diajar oleh Doktor2 Falsafah di UKM,semuanya begitu. Kenapa, kenapa dan kenapa.

Samalah dengan gaya hidup aku seharian. Daripada amalan pemakanan hinggalah gaya hidup yang sihat yang aku amalkan.

Sebenarnya, aku ada masalah kesihatan yang besar.

Aku RABUN.

Sejak zaman sekolah lagi, aku sentiasa mencari maklumat-maklumat tentang amalan pemakanan dan cara nak hilangkan rabun aku ni. Semuanya melalui pembacaan.

Kebanyakan info yang aku dapat, adalah berkenaan pengambilan sumber makanan tertentu yang baik untuk kesihatan mata atau rabun aku ni.

Manfaat lobak merah. Manfaat sayur-sayuran hijau. Macam-macamlah!!!

Sampai sekarang pun, aku masih lagi mencari-cari maklumat tentang diet sihat. Terutama sumber-sumber makanan yang mengandungi mineral yang badan kit perlukan.

Dah kawin, nak tahulah pulak, makanan apa yang kena dimakan untuk kekal cergas, baby dalam perut sihat, baby dalam perut keluar-keluar je terus cerdik, makanan untuk kurus, makanan untuk kulit cantik...hahahah...

Dan memang tepatlah aku pilih Shaklee!

Sebab?
Setiap vitamin Shaklee tu ada fungsinya dan fungsi am vitamin-vitamin memang ngam dengan info-info tentang pemakanan.

Pastu Shaklee ni look and move two steps forward. Siap ada kajian pemakanan lagi! 

Ini dipanggil L A N D M A R K . S T U D Y .

#LandmarkStudy yang Shaklee buat ni mengesahkan tentang tahap kesihatan (1)orang yang tak makan apa-apa suplimen, (2) orang yang makan suplimen, dan (3) orang yang makan vitamin Shaklee sejak 20 tahun.

Populasi kajian semestinyalah orang US sendiri. Sebab Shaklee kan bertapak di sana. Walaupun landmarkstudy ni diterbitkan pada 2007, tapi aku duk cari-cari jugak kajian-kajian lain yang seumpamanya yang lebih terkini.

Kalau dalam bidang pengajian, rujukan tesis mestilah diambil dari 5 tahun terkini. Kalau dah lebih 5 tahun ni, macam dah tak valid.

Tapi aku tak risau! Sebab result landmark study 2  bakal menyusul tak lama lagi.

Tal sabar nak baca. Apa pulak kajian yang diorang buat kali ni eh?

Ohhhhh!!! Mungkin tentang

"YOUTH skincare dan pengambilan vitamin yang konsisten dapat membantu pengguna #lookyoungerlonger " 😎

Hmm... mungkin lebih kurang macam tulah tajuk landmark study 2 nanti kot. Hahhah.... memandai je!

Okeylah, habis dah merapu. Korang bolehlah rujuk http://www.shaklee.com.my/landmark-study/ untuk tambah ilmu pengetahuan tentang produk Shaklee.

Selamat membaca! 😘😘😘 adios!

#diariustazah
#landmarkstudy
#liveamazing
#sihatceria

SMALL OFFICE HOME OFFICE

Tadaaaaaaa!!!!

My SoHo 😘

Sejak berpindah ke kediaman baharu, saya dah plan untuk buat SoHo ni. Hihihi... bahagianya rasa!!!!

Saya suka hijau. Saya sukakan konsep minimalist and trendy.

Kebetulan, rumah baharu kami ada sebuah bilik  bersaiz 10'x11' kat bahagian dapur. Mulanya saya jadikan sebagai bilik laundry. Tapi memandangkan bilik itu sangtlah aman damai daripada 'pencemaran' bunyi, maka, saya berangan nak dekorasikan sebagai my small office home office 😘😘😘

Hmmm.... usha-usha meja-meja dan kerusi comel di IKEA. Memanglah menambah keterujaan! Huwaaaa. 😭😭😭😭 cepatlah hujung minggu tiba!! Tak sabar ni.....

Okey, stop berangan, Aminah Syuhadah !!!! Sila sambung tanda kertas jawi. Hukhukhuk

#diariustazah
#SoHo
#myVB

Monday, 12 March 2018

Ada beberapa points pada wajah kita ni yang dianalisis

Sajalah nak kongsi pasal skin analysis semalam....

Ada beberapa points pada wajah kita ni yang dianalisis.

1. Pori
2. Tona kulit
3. Wrinkle
4. Keanjalan
5. Kelembapan
6. Pigmentasi
7. Minyak pada muka
8. Porphyrin (kehadiran bakteria pada kulit wajah)

dan ada 4 tahap yang menunjukkan ke'OK'an kulit muka kita tu :

1. Perlukan fokus penjagaan kulit
2. Kena teruskan program penjagaan kulit
3. Penjagaan kulit ikut kondisi
4. Berjaya mencegah masalah kulit yg dihadapi

Results yang paling saya tunggu ialah pori dan pigmentasi.

Pori dan pigmentasi saya dah di tahap 4. Yeayyyyy!!!!!! Best best best. 👍👍👍👍😘😘

Patutlah rasa lembuuutttt je tiap kali pegang muka. Hihihi... takde dah rasa berpasir. Tak nampak dah lubang2 tu tiap kali pandang cermin. Dan bintik2 hitam di pipi pun dah kurang sangat!

Tapi,
Saya  fokus pada skin tone dan porphyrin sekrang ni. So, kena amalkan Omega Guard 3 biji sehari untuk halang inflammation. Kut-kut jerawat nak tumbuh lagi kan..huhu... kena ambil GLA complex dan collagen untuk pastikan kulit glowing gitewwwww.....

Baru hari ke-14 guna YOUTH. Kira okeylah ni. 😊😊😊

#YouthMaster
#LookYoungerLonger
#MyShakleeBeauty
#ShakleeEffects

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...