Wednesday, 28 February 2018

Nak cantik luar, pastikan dalaman korang juga sihat dan ceria!

Setahun yang lalu,
Produk penjagaan kulit wajah pertama yang saya betul-betul amalkan dengan konsisten ialah Nutriwhite Shaklee.

Sinonim dengan Shaklee, Nutriwhite dihasilkan daripada bahan botani iaitu daripada sumber alam semulajadi. Bahan-bahan utamanya terdiri daripada bunga-bungaan dan alga.

Disamping itu, saya juga mengamalkan vitamin-vitamin seperti Carotomax, Vitamin C, Vitamin E, Protein soya ESP, dan Lecithin untuk mendapatkan kulit yang lembap dan lembut. Sebab saya ada masalah kulit kering.

Setahun berlalu....
Nutriwhite discontinued!

Ia diganti pula dengan produk terbaru, menjalani ujikaji selama 8 tahun, daripada ratusan batch.

Y.O.U.T.H

Tapi....saya masih kekal mengamalkan vitamin-vitamin yang sama.

Kenapa?
Sebab bagi saya, dalaman saya perlu sihat dan baik agar saya dapat tampilkan imej yang ceria, cantik dan mempesonakan. Gitewwwww!!! Ahak ahak ahakk!! 😝😝😝

So, korang!
Nak cantik luar, pastikan dalaman korang juga sihat dan ceria! Beauty inside out gituuu!!! Hihihi...

Eh, YOUTH dijual esok, 1 MAC 2018 tau!!!! Promosi 1 set lengkap dengan PERCUMA Radiance C + E pulak tu!!! Wowwwww. 😱😱😱😱

Nak vitamin untuk masalah kulit kering, jeragat semua tu, www.wasap.my/60123618431 ye  😎

Oh ya, nanti ai share keadaan kulit terkini ai selepas 7 hari, 14 hari dan 30 hari penggunaan set lengkap YOUTH . Hehehehe...

#diariustazah
#YouthIsHope

Monday, 26 February 2018

Dulu, mind set saya tentang MLM macam nilah....

Geli hati betul !!! 😂😂😂😂

Dulu,
Mind set saya tentang MLM macam nilah.

1. Kena modal ribu-ribu ringgit. (Aduhaiii.... mana nak cekau duit????takkan nak mintak duit mak abah!!)

2. Kena cari orang. (Aduhhhh ini lagi payahhhhh!!! Sebab bukan jenis saya kot nak menebalkn muka p ajak orang join sana sini).

3. Pastu kena simpan stok barang. Maksudnya modal ribu2 tu untuk beli barang tu lah. Huhuhu....

4. Perjumpaan pulak malam2...hingga lewat malam. (Pernah ikut kawan pergi meeting satu bisnes MLM pada 2007).

Tapi.... lepas join Shaklee, rasa best pulak MLM ni. 😝😝😝

Sebenarnya, tak tahu pun bisnes Shaklee ni juga adalah satu MLM. huhuhu... sebaba uplines atas2 pun tak pernah sebut pun title ni. Hahahaha... memang tertipu!!!!!

T.A.P.I ......

SHAKLEE adalah MLM yang best! 👍👍👍

Sebab?

1. Modal keahlian je RM68.90. Dapat 1 set kit keahlian (dalamnya ada buku panduan produk, buku panduan bisnes, buku landmark study, dan buku tentang apa bezanya Shaklee).

2. Tiada yuran tahunan tetapi diganti kepada bayaran pembaharuan keahlian RM30 (dalam bentuk baucer) dan boleh ditebus semula untuk setiap pembelian RM100 (RM10 daripada baucer).

3. Takperlu simpan stok berlambak2 beribu2 ringgit. Cukup sekadar simpan stok yang 'killer product' je.

4. Kelas2 nutrisi oleh pakaar2 pemakanan yang diiktiraf oleh KKM dan SHAKLEE COMPANY.

5. Dibimbing rapat oleh uplines yang memang prihatin kat downlinea yang nak berjaya.

6. Ada banyak lagi. Nak tahu? Meh www.wasap.my/60123618431 hihihi

#diariustazah
#ShakleeAdalahMLM

Friday, 23 February 2018

Aminah Syuhadah yang dulu ada beza tak dengan Aminah Syuhadah yang sekarang?

Aminah Syuhadah yang dulu ada beza tak dengan Aminah Syuhadah yang sekarang?

Hahahaha....

Rasanya karaktor tu  sama je kot. Ceria. Gembira. Garang.

Hahahahah....

Tapi,

Sejak Aminah Syuhadah ni amalkan vitamin (Shaklee), sikap dia berubah sedikit, jadi lebih positif.

Malah tahap kesihatan dia pun lebih baik, inshaa Allah.

Kehidupannya juga bertambah baik. Lebih positif. Lebih redha. Lebih memahami apa maksud 'berdoa, berusaha, berdoa dan bertawakal'.

Yang lebih bestnya,

AMINAH SYUHADAH yang sekarang ni, dah pandai dah berswafoto youuu!!!! Hahahaha

Dia ni dah pandai consult orang tentang gaya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Dan dah pandai coaching anak2 buah untuk menonjolkan diri dan menaikkan taraf hidup sendiri.

Dan yang paling penting,

Dia dah jelas dengan hala tuju hidup dia. Dia dah tahu apa yang dia mahukan dalam hidup dan kerjaya dia.

Jika dulu, Aminah Syuhadah hanya datang dan pulang dari sekolah hanya untuk mengajar, cukup bulan terima gaji.

Sejak buat bisnes (walaupun hanya jual vitamin), segal ilmu dalam bidang perniagaan ini dia aplikasikan dalam kerjaya hakikinya sebagai seorang guru.

Dulu,
Duit gaji itulah yang menjadi tonggak segala perbelanjaan. Tapi kini, duit gaji hanya untuk kegunaan perbelanjaan perkhidmatan, khususnya hias kelas...belanja peserta olahraga dan pengakap...dan segala yang berkaitan dengan tugas hakiki.

Kini,
Hasil buat bisnes tulah yang dia gunakan untuk belanja keluarganya termasuk Mak Abah dan adik-adiknya. Inshaa Allah. Aminah Suhailah Zulkefli Aminah Saudah Mazidah Pak Belang Norhatini Sarange Alwayss Hisyam Husaini Zulhafizi Zulkefli jangan lupa #misiSarawak kita Mei 2018. 😎😎😎 hihihihi.... tak pun kita tukar tempat ke Langkawi lah.

Errr....

Apa lagi ek perubahan Aminah Syuhadah yang korang nampak sekarang? Hehehehe... seorang sahabat kan cerminan sahabatnya...hihi.korang feedback lah sikit kat komen. Baik atau buruk. Nak tahu jugak. Untuk muhasabah diri.

Hidup ni rugi jika  takde sebarang perubahan. Kan? Alhamdulillah... kita semua diberi peluang untuk berubah! 🌸🌸🌸🌸

Perubahan yang positif akan memangkin kehidupan  yang lebih baik dan rezeki  yang lebih luas....... inshaa Allah....

Aminah Syuhadah
Berusaha Untuk Jadi Lebih Baik.

#diariustazah
#bringApositiveVibes

Sunday, 18 February 2018

STAYCATION SEBAGAI PILIHAN UNTUK MOTIVASI DIRI

STAYCATION Sebagai Pilihan Untuk Motivasi Diri
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Selain daripada pergi makan kat tempat2 makan kegemaran, saya suka sangat reward diri dengan staycation.

Buat satu Tabung Staycation.

Tabung ini wajib diisi dengan penuh disiplin. Sebab isi tabung inilah yang akan menentukan tempat mana yang akan menjadi lokasi staycation kami.

Tak teringin ke nak bermalam di Regalia KL?  Studio suite yang ada private pool, pemandangan KL dari atas bangunan. Semalaman pun jadilah. Hihihi...

Atau mana2 hotel bertaraf 4 dan 5 bintang?

Ya! Tempat2 begitulah yang saya jadikan #selfreward untuk memotivasikan diri disamping melepaskan lelah selepas beberapa minggu menghadap tugas.

Oppssss!! Sebenanrnya kami baru balik dari Melaka. Staycation di sana dua malam. Bawak anak2 melihat-lihat haiwan. Ini adalah reward untuk Aisyah Humairah sebenarnya. Hihihihi....

Okeylah, banyak kerja nak setelkan. Kemas barang2 yang baru dipindahkan ni pun belum setel. Nak pergi amik barang2 di rumaj lama pulak. Huhuhu....

Sekian, selamat memotivasikan diri. 😘

#diariustazah
#selfreward

APA KATA MUA TENTANG KULIT SAYA

Apa Kata MUA Tentang Kulit Saya.

360° changed!!!!!

Dua hari lalu... sesi bergambar untuk business profile 2018/2019.

Sepanjang sesi 'mengecat' muka ni, MUA tu tak habis2 kata;

1. Senang nak mekap akak ni. Sebab takde parut dan lekuk bekas jerawat pun.

2. Ada whitehead sikit je tapi takpe, boleh buang dengan mudah je tu.

3. Kulit akak ni, nak kata kering, tapi tak kering sangat. Dulu pernah kulit kering ke kak?

4. Bibir akak je nampak kering sikit. Akak tak pernah pakai pape lipstik atau lipbalm eh?

Dan apakah jawapan yang akak bagi kat MUA?

Ini......

1. Haah, dah lama dah takde jerawat tumbuh. Last masa sebelum kawin kot.

2. Oh yeke? Camne nak buang? (MUA berikan guideline untuk buang whitehead) so akak iye kan aje.

3. Ye, dulu pernah kering. Sangatt!!! Tapi ni baru nak ok. Tetiba MUA tu tanya : akak makan vitamin shaklee eh? 😁😁😁 heheheh.... what can i say? 😎

4. Hmmm..... saya pernah guna lip balm yang dibeli di watson. Tapi sama je. Pastu saya dah guna 2 batang lipstik dari jenama X, memula je ok sebab rasa berangin di bibir. Pastu sekarang, sehari pakai, rasa bengkak bibir dan makin kering. Bibir pun nampak gelap sikit berbanding sebelum ni yang tak pakai pape. Huhuhu..... MUA just said, ooooooo.... 😁😁😁😣

So, sebelum mula mengecat ni akak dah cakap terang2, nak cat yang light2 saja. Hihihihi.... bukan ape.... akak bimbang dik, kot kang laki akak... anak2 akak...tersalah orang pulak.haahahahahaha. 😝😝😝😝

Akak tak biasa mekap.. kali pertama mekap, pada hari perkahwinan. Kali kedua, photoshoot tahun lepas (2017). Hahahahah

#diariustazah

Inilah yang buat saya obses....

Siti Situ Sana Sini.... hihihi...

Inilah yang buat saya obses. ❤❤❤❤❤

1. Support team yang mantap.

Saya ada uplines dan sidelines yang sangat rajin untuk follow up dan follow through vitamin2 yang saya makan.

Tengoklah tu! Seronok tau sesekali staycation bersama yang bukan ahli keluarga sendiri macam ni. Macam kita dengan kawan2 sekolah kita kan. Sesekali kam seronok buat gathering...makan2....pillow talk....hihihi...

2. Vitamin2 Shaklee 100% daripada sumber alam semulajadi.

Bebas gluten. Bahan2 yang tidak diubah genetiknya. Tidak pernah dan tidak akan diuji ke atas haiwan. Bahan2 yang digunakan juga adalah biodegradasi.

3. Setiap satu botol vitamin yang saya makan ni, manfaatnya untuk seluruh kesihatan tubuh badan saya.

Contoh la.....

Vitamin C. Amalkan vitamin c untuk masalah jerawat je. Bila jerawat dan takde, bekas jerawat pon takde jugak!

Tak sangka pulak, dah setahun tak selsema! Hahahahah....

Carotomax pulak, saya makan untuk kurangkan rabun.

Tak sangka pulak, lebam bawah mata dah beransur hilang. Jeragat pun dan mula pudar. Kulit pun dah tak berapa kering berbanding sebelum makan vitamin.

Hmmm...inilah yang bestnya dengan vitamin2 Shaklee. 😘😘😘😘😘😘😘

Korang yang ada problem macam saya seperti kerap bersin, selsema, resdung, jerawat, jeragat, rabun......meh lah mula amalkan vitamin Shaklee. Sebab vitamin2 shaklee ni 100% adalah organik. Dan diiktiraf dunia. Diiktiraf juga oleh KKM dan KKLIU.

Kalau nak try, www.wasap.my/60123618431 deh.

#diariustazah
#sihatceria
#whyiloveshaklee

Thursday, 15 February 2018

Setiap kali gaji, tak pernah tak buat benda ni. Hihihi....

Setiap kali gaji, tak pernah tak buat benda ni. Hihihi....

Ia bermula pada gaji pertama aku.

Walaupun sikit, tapi tetap allocate kan bahagian masing-masing supaya takkan ada yang terlepas daripada tanggungjawabku. Inshaa Allah...

Dan kini, entah dah berapa ratus ribu wang gaji itu masuk dalam akaun bank aku, tanggungjawabnya tetap sama. Portion yang sama. Cuma ia bertambah mengikut jumlah kenaikan gaji tahunan. Alhamdulillah.....

Sebenarnya tak susah pun kita nak uruskan aliran tunai kita ni.

1. Didik nafsu untuk patuh dan faham bahawa bukan semua duit yang masuk dalam akaun kita tu adalah hal kita. So, kena dibahagi-bahagikan.

2. Pastikan kita tulis setiap bahagian dengan terperinci.

3. Dahulukan HUTANG. Ini nafsu memang tak suka! Nafsu lebih suka jika kita abaikan hutang atau ambil sedikit daripada bahagian hutang. Grrrr!!! JANGAN!!!!!

4. Lebihan agihan pendapatan tu masukkan ke dalam 7 TABUNG mengikut portion masing-masing :

* tabung Haji
* tabung Travel (biasanya aku buat tabung untuk duit RM5/RM20/RM100)
* tabung Stok
* tabung Kecemasan
* tabung Balik Kampung /minyak kereta
* tabung Buku/Pendidikan
* tabung Sedekah/Khairta

Dulu-dulu  masa gaji kecik, rasa sesak jugak. Tapi sekarang dah tak sesak dada dan menggigil tangan lagi  tarik duit mana. Hahaha....

Lebih-lebih lagi kalau tiba musim perayaan. Gaji masuk awal, hahaha mulalah  rasa macam OKB  😂😂😂 so konsep dan teknik dia sama aje...hihihi....

#diariustazah
#manageyourmoneywisely

Tuesday, 13 February 2018

Apa lagi yang belum aku berikan kepada mereka

Setiap kali teringat kat Mak dan Abah, setiap kali tu lah berfikir, apa lagi yang belum aku berikan kepada mereka.

H A J I

Yes!! Itulah perkara yang belum aku lakukan. (Ada air di juring mata....)

Dalam usia Abah lagi dua tahun menginjak usia pencen, Abah sepatutnya telah terima surat tawaran menunaikan rukun Islan kelima itu bersama Mak.

Sedangkan akaun Tabung Haji aku sendiri dah penuh dan cukup untuk dua orang menunaikan ibadah wajib itu. Ya Allahhhh..... anak apakah aku ini?

Jadi, aku bertekad untuk menambahkan jumlah deposit ke akaun Tabung Haji abah dan mak mulai 2018!

Setiap kenaikan gaji hakiki yang aku terima aku dahulukan deposit ke akaun kedua insan yang aku cintai ini, dan sedikit bahagian untuk anak-anakku sendiri.

Ya Allah... Kau mudahkanlah urusan aku dan urusan mereka ke jalan-Mu..... luaskanlah dan bukakanlah pintu rezekiMu yang Kauberkati, agar setiap niat dan cita-citaku untuk membantu suami dan ibubapaku dapat aku capai.

Ampuni dosaku Ya Allah kerana terleka dengan nikmat dunia yang Kauberikan.....

Aamiiin......

#diariustazah
#selfremind

MILIKI KULIT GEBU DAN LEMBUT

MILIKI KULIT GEBU DAN LEMBUT DENGAN C.O.Q.10

Setiap hari kita menjaga kulit kita. Siang dan malam. Pelbagai produk kecantikan kulit telah kita amalkan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan memastikan kulit kekal gebu dan halus lembut.

Sebenarnya,
Kita terlupa atau mungkin tidak tahu tentang nutrien untuk kulit yang sihat dan cantik ini.

Iaitu COENZYME Q10 atau CoQ10.

Ia adalah antioksida yang tinggi dalam lapisan epidermis.  Ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan sebagainya.

TAHUKAH ANDA?

Tubuh kita boleh menghasilkan Coenzyme CoQ10 sendiri.

Namun, penghasilannya mula berkurang apabila menjelang usia 20an!

Justeeru, amat digalakkan untuk kita mengambil supplement CoQ10  😋👍💪

>>>>>>>>>>>>>>

CoQ10 : NUTRIEN untuk Kulit Sihat, Gebu dan Cantik. 


Kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan dan bertindak balas pada keradangan. 


Jadi,

Berikan kulit kita nutrien agar kulit kekal sihat, gebu dan cantik. 


Ini kerana, CoQ10 bersifat tinggi antioksida, akan bertindak melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang merosakkan kolagen dan elastin kulit.  


Kulit kita boleh menghasilkan satu jenis antioksida, namanya Coenzyme Q10 (CoQ10). 


CoQ10 berfungsi untuk melindungi kulit daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan sebagainya. 


Jumlah CoQ10 ini tinggi dalam bahagian epidermis. 


Tetapi, penghasilannya semakin berkurangan apabila usia menginjak 20an. Huhuhu... 


So, amat digalakkan mengambil suplemen CoQ10 sebagai amalan. Hanya SHAKLEE yang telah menghasilkan antioksidan jenis ini. 😎 


Nak CoQ10? Klik www.wasap.my/60123618431/CoQ10


Monday, 12 February 2018

Cantiknya rumah kami.....

Cantiknya rumah kami..... 😚😚😚😚

Dibina di atas tanah yang dibeli hasil tabungan sendiri. Kedudukan 1KM dari pantai nan terbentang luas.

Berbumbung tinggi, berukir seperti rumah tradisional negeri Terengganu. Berdinding batu dan berlantaikan marmar. Ini diilhamkan ketika kami melancong ke Terengganu tahun lalu. Bermula dari situ, kami mula merancang konsep rumah kami ni. 😎

Di kelilingi pokok-pokok manggis, nyior, mangga, ciku, salak dan dilatari rumput-rumput  menghijau yang mendamaikan pandangan mata. Koridor di letakkan pasu-pasu berisi bunga-bungaan segar.

Terdapat mini air terjun buatan di sudut halaman. Gazebo sebagai tempat bersantai ahli keluarga termasuk sepupu-sepapat kami yang ramai tu. Hahahaha...

Mini zoo yang menempatkan dua ekor kambing bor, reban arnab, dan sangkar kucing-kucing kesayangan Aisyah Ainin Faqih.

Garaj terbuka yang boleh diubahsuai menjadi tempat bersembang ahli keluarga. Dikelilingi pagar kayu dan batu separas dada bagi memudahkan laluan angin sepoi-sepoi bahasa.

Ruang tamu yang luas untuk acara keramaian keluarga. Ruang dapur yang luas untuk acara memasak dan makan beramai-ramai. Maklumlah, kami ni dua-dua pihak saya dan suami, ahlinya ramai. Huhuhu... datang serbu serentak biasanya.

Ahhhhh.... inilah gambaran rumah yang kami suami-isteri idamkan. Inshaa Allah, akan ditunaikan sedikit masa lagi.

#diariustazah
#rumahidaman

Sunday, 11 February 2018

KENAPA SAYA BUAT BISNES?

Hari ini berbengkel ICT dalam PAK 21.

Ginilah tugas guru zaman teknologi tinggi. Semuanya berasaskan ICT. Seronok ke tak, bergantung kepada perspektif individu guru. 

Tapi bagi saya, saya suka! Pembelajaran di hujung jari, gitewww..... Hihihihi.... lebih-lebih lagi zaman la ni, budak-budak sekolah seawal usia tujuh tahun pun dah ada henfon adroid sendiri kan? Tambahan lagi, saya mengajar kelas yang boleh dikatakan separuh daripadanya adalah golongan berkemampuan.

>>
>>>

Tapi...

Saya kenapa saya masih ada masa untuk berbisnes?

Sebenarnya,

Saya ambil konsep yang sama dengan PdPC. Bisnes di hujung jari.

Orang bisnes arini tak perlu susah nak sewa kedai...tak perlu susah payah nak pergi jumpa orang sana sini.... tak perlu lagi hadiri perjumpaan hingga larut malam....

Kita cuma perlu daftarkan sahaja perniagaan kita di SSM.

Kemudian, coaching atas talian. Urusan jual-beli juga boleh berlaku di atas talian. Cuma saya kena gigih bina kepercayaan pembeli-pembeli di luar sana agar mereka percaya dengan saya.

Sebenarnya,

Saya terinspirasi nak buat bisnes online sebab,

Yang pertama,
Ia mudah, lebih mesra dan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Sambil duduk depan TV, sambil lipat kain, sambil baring-baring pun boleh buat urusniaga. Hihihi....

Yang kedua,
Saya tak nak bergantung sepenuhnya kepada duit gaji hakiki.

Sebab saya punya impian yang besar. Jika hanya mengharapkan gaji bulanan, saya tak pasti ia cukup atau tidak untuk menampung keinginan saya. So saya kena buat sesuatu untuk capai impian saya.

Hmmm... itulah dua point utama KENAP SAYA BUAT BISNES. 😊

>>>>

Korang ada bisnes? Ce tulis kat komen. Kalau  ada blog, link kan sekali blog korang. Nak blog-walking. Hihihi....

Okey jom  masuk bengkel!!!

#diariustazah.

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...