Sunday, 11 February 2018

Apa yang best dan berbezanya produk penjagaan kulit dari SHAKLEE dengan produk skincare lain yang glamour di pasaran dan di iklan-iklan TV tu?

Apa yang best dan berbezanya produk penjagaan kulit dari SHAKLEE dengan produk skincare lain yang glamour di pasaran dan di iklan-iklan TV tu?

Haaa... tak tahu kan????

Okey, sini, ai kasi tahu. 😚😚😚

1.
Bahan botani yang sama yang digunakan dalam pembuatan vitamin2 shaklee.

Antaranya, Muscadine Grape, ada dalam VIVIX, ada jugak dalam  cleanser dan toner YOUTH ni. Wowwww!!!

2.
Lotus Japonicus yang dahulunya ada dalam produk Nutriwhite, kini dimasukkan juga ke dalam Night Cream dan Serum.

3.
Schishandra Chinensis, sejenis herba dari negara China yang ada dalam vitamin DTX Complex untuk kesihatan hati, juga ada dalam Night Cream dan Serum.

4.
Vitamin C dan Vitamin E, ofkoslah Shaklee ada produk vitamin C dan E kan? Hehhehe.. so dua vitamin ni ada dalam Radiance C+E. 😎😎 haaa yang ni, siap plus Raspberry lagi!! Heheh....

Jom2 cantik semulajadi dengan Y.O.U.T.H !!!! www.wasap.my/60123618431

#MyShakleeYouth
#MyShakleeBeauty
#LookYoungerLonger
#LookBeautifulBeYouthful

Thursday, 8 February 2018

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN....

ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN....

GENGGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG.....

Mashaa Allah..... dah lebih jam 3.00 petang waktu Malaysia, dan saya masih di bumi Malaysia 😋 Alhamdulillah...

Dari pagi, tak berhenti mengadap laptop. Macam-macam nak disiapkan sebelum Cuti TBC menjelang. Huhuhu.... cuti panjang wehhhhh... belaka nak kena setel supaya percutian tidak terganggu. Hihihi...

>
>>

Dah berada di rumah. 😎😎😎😎 Masa untuk pekerjaan nombor dua saya  😘😘😘

Sambil-sambil jaga kesihatan sendiri, sambil-sambil jugak jaga tepi kain kesihatan ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Best buat bisnes vitamin ni. 👍😋 sebab ramaaaiiii orang yang mencari vitamin untuk masalah kesihatan mereka dan saja-saja nak bervitamin untuk jaga kesihatan.

Saya mulakan bisnes ni dulupun dengan belikan ahli keluarga vitamin je...tak sangka dapat duit pulak tiap2 tengah bulan!

Pastu,
Belikan vitamin untuk kawan2 yang berminat pulak. Yang ni lagi best! Bertambah lagi duit tengh2 bulan! 

Pastu,
Makin ramai pulak orang yang tanya tentabg vitamin apa yang sesuai untuk masalah2 berkaitan kesihatan diorang. Laagiiiii masyukkk rupanya. 😱😱😱😚😚😚😚👍👍

Mula2 malu jugak nak cerita tentang vitamin yang saya makan setiap hari.....huhuhu...

Yelah, asal sebut je vitamin Shaklee, macam kena tulah pulak! Pakat senyap terus  hahahahahhha.....

Tapi,
Bila difikir-fikirkan semula, apalah yang nak ditakutkan? Bukan  saya jual racun pon. Huhuhu... malah, saya  jual produk  yang semua orang dah tahu pon tentang kewujudannya. Kan??

Cuma bezanya, produk2 Shaklee takdelah sampai keluar iklan gempak2 kat TV..... takdelah sampai dipanggil kat Go Shop untuk buat demo.... hahahah... sebabnya, konsep Shaklee ialah kita sendiri guna, kita sendirilah MODEL dan DUTA PRODUK Shaklee tu 😚😚😚 

Dah alang-alang jual, saya pon mestilah nak jadi DUTA PRODUK SHAKLEE sendiri 😘😘😘  hahahaha....

Okeylah,
Mengantuk sangat! Lelap sat sebelum Asar berkumandang. Adios..... tak sabarnya nak tunggu posmen datang hantar Y.O.U.T.H 😚😚😚

Aminah Syuhadah
DUTA SHAKLEE (M) SDN.BHD.
😚😂😎😘

#diariustazah
#alangalangselukpekasam

PERKARA YANG PALING SAYA TAKUTI

Perkara yang PALNG saya T.A.K.U.T.I 😱😱😨😨😨😨😨

B E R A T . B A D A N . B E R T A M B A H

No! No! No! Tak boleh stress! Plis jangan stress Aminah Syuhadah  😘😘

>
>>

Apabila digit berat saya bertambah, saya stress! saya jadi kurang, kurang dan sangat kurang makan.

Apabila digit berat saya bertambah, mulalah saya asyik nak berlari aje! Sedar-sedar dah 10KM saya lari. Huhuhu....

Apabila digit berat saya bertambah, mood saya mudah ke 'laut' dan saya rasa seperti tiada keyakinan diri. Hukhukhuk....

So, apa yang saya buat biasanya????  😚😚😚

Apabila digit berat saya bertambah, saya cepat-cepat cool kan minda! Think positive.

Apabila digit berat  saya bertambah, cepat-cepat saya plan semula gaya pemakanan saya. Buat aturan makan dan disiplin dengan aturan tersebut.

Apabila digit berat saya bertambah, saya kurangkan pengambilan kopi, caffein dan makanan bergula!

Apabila digit berat saya bertambah, saya kembali dengan aktivit olahraga 30 minit setiap sesi, setiap hari......... 😎😎😎😎😎

So sekarang? Boleh lah berat maintain macam dulu..... 😚 hihihi.....

#diariustazah
#gemuktakOK

Wednesday, 7 February 2018

Masakan paling mudah tapi SEDAP

Sementara menunggu masa nak keluar pegi ambik Ainin dan  Faqih......

Masakan paling mudah tapi SEDAP yang aku boleh buat. Hahahahhahaha....

S I N G G A N G . A Y A M

Potong kecil ayam.
Hiris bawang merah, bawang putih, kunyit , halia, lengkuas jika ada.

Buh 3 cawan air.
Masukkan ayam.
Cek paras air, agak2 atas sikit je dari ayam, just nice 👍

Masukkan bahan yang dah dihiris tadi.
Kacau2 sikit.
Biarkan mereneh sendiri.

Bila dah baik bau, kacau2 sikit.
Biarkan 5 minit.
Tutup api.
Campakkan secubit garam. 😂😂😂 kacau2 sikit biar sebati.

Okey, jom pi amik AAF ! 😎

#diariustazah
#resepiustazah

Tuesday, 6 February 2018

Terima tanggungjawab seadanya dan bersikap optimis.

Haihhh... baru bertemu muka dengan rakan2 guru di bilik guru. Hahahh...

Semua orang mencari saya hari ini. 😝😝😝 hahahhahha.....

Maaf....
Hari ni macam-macam saya nak setelkan.

Finalise peserta lontar peluru dan lompat jauh untuk didaftarkan esok.....

Mencari dan melatih peserta  untuk wakili sekolah bagi acara Tilawah Quran MTQSS Daerah hujung bulan ini.....

Uruskan persiapan trip Doktor Muda ke Bandung.....

Huhuhuhu....

Tapi takpe... saya okey je dengan tanggungjawab yang diberikan. Sebab saya pon enjoy dengan tugas2 tu. Hihihihi....

Untuk pemilihan peserta acara balapan, saya ambillah peranan sebagai peneraju utama sebab sayakan Pegawai Teknik KOM.

Untuk Tilawah, bagus jugak saya terima tugas ni!  Sebab secara tak langsung, saya pun belajar dan perbaiki semula bacaan tarannum saya. Uiiii...boleh  tahan sedap  suara koi dalam rakaman ni. Hihihi.... lamaaaa dulu dah belajar tarannum ni. Semester 1 maktaab dulu. Hahahha... berkarat dah tekak n. Hahahahah....

Kita ni, hidup dengan manusia. Kenalah jadi contoh terbaik terutamanya kepada anak didik dan rakan sejawat. Terima tanggungjawab seadanya dan bersikap optimis.

Hahhh! Jangan lupa, laksanakan tugas dengan gembira dan senang hati. 😎😎😚😚😚😚 barulah hati kita ni takde rasa dengki dan tak puas hati dengan orang....hihihi....

Dan,
Jangan lupa take your supplement! Badan kita bukan selamanya sihat  dan cergas. Bekerjalah berpada-pada, jaga kesihatan. Amalkan gaya hidup sihat juga!.

Okey, pesanan ringkas ini daripada,
Aminah Syuhadah
Ustazah Ceria  😝😝😝

#diariustazah
#hidupdengangembira

Anda yang kulit bermasalah dan sensitif dengan mana-mana produk penjagaan kulit di pasaran.

Setiap pagi pandang muka kat cermin, apa perkara pertama yang korang buat? Hahahhha...

Saya?

Huhuhu.... benda pertama tengok dan sebut ialah, alahai...jeragat....eye bag pun ada sikit. Kedutan hujung mata belum muncul lagi..huhu...janganlahhhh!!!!! Ai masih muda, ok!!! Baru umur 31, tapi muka macam umur 38. Huwaa!!!!

Lebih-lebih lagi saya tak pandai bermekap segala ni. Huhuhu...

Tapi,

Sekarang dah tak risau!

Sebab Shaklee sendiri dah ada produk penjagaan kulit sendiri iaitu Y.O.U.T.H  😘😘😘

Baru je lancar pda BLNC Sabtu lepas. So sempatlah grab harga promosi 1 set. Bulan Mac 2018 ni nanti baru ada di pasaran Shaklee 😚😚 tazzabaarrrrrr

>>
>>>

Okey, nak ceritanya Y.O.U.T.H ni sebenarnya hasil kajian selama 8 tahun di Shaklee dan tak tahulah Y.O.U.T.H ni batch yang ke berapa ratus entah dalam proses R&D skincare product ni.

Y.O.U.T.H dihasilkan untuk memastikan yang semuaaa orang pandang muka kita ni, akan kata macam ni, "eh mudanya dia!" Atau "wow, cantiknya kulit dia, mesti muda lagi ni!"

Haaaaa ... padahal umur dah 40an tapi kulit muda licin dan segar!!!

Mesti suka kan?? Hehe... 

Sebenarnya, ada 3 orang pengamal produk Shaklee telah dipanggil oleh SHAKLEE HQ untuk menjadi testimoni pengguna Y.O.U.T.H selama 30 hari.

Masa BLNC aritu, mereka dah dipamerkan di hadapan semua peserta BLNC. Sangat menakjubkan!!! Tak sangka, muka licin, flawlesss tapi umur 54 tahun!!!!!! Kita yang muda2 ni, just said "wowwwwww!!!" je sebab terpegun tengok muka diorang!!!!

Sebenarnya,

Set Y.O.U.T.H yang dipakai konsisten selama 7 hari, menjadikan  kulit kita 100% kelihatan 10 tahun lebih muda dari  kita!!! Huhh! What can I say???? Hahahaha

Lagi satu,

Y.O.U.T.H 100% dibuktikan secara klinikal daripada bahan botani. Malah melalui 350 saringan bagi 2500 bahan kimia dalam setiap bahan botani yang digunakan.

Memang sah-sah lerrr SELAMAT!!!! 👍👍

So korang? Lepas ni dah boleh bertukar kepada produk Shaklee Y.O.U.T.H terutama  anda yang kulit bermasalah dan sensitif  dengan mana2 produk penjagaan kulit  di pasaran. 😚😚😊😊

>>>
>>

Nak try salah  satu produk Y.O.U.T.H ? Wasap je www.wasap.my/60123618431/youth .

Tapi bulan Mac tau baru ade yang set tu. Kalau  nak beli loose tunggu bulan May 2018 😘😘

#diariustazh
#MyShakleeYouth
#MyShakleeBeauty
#LookYoungerLonger
#LookBeautifulBeYouthful

Monday, 5 February 2018

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√    Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√    Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√    Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu ->  madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu ->  tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

Kredit  : Dr Hisham Hashim

Sunday, 4 February 2018

HAPPY COACHING

Assalamualaikum....

Baru habis kelas. Legaaaa.....

Belek-belek semula mesej-mesej malam tadi dalam wasap dan buku maklum-balas ahli dan customers yang makan sendiri vitamin Shaklee.

Emm.... ada peningkatan!!

Bermula dengan hanya makan vitamin dan guna produk untuk kesihatan diri sendiri, sekarang dah ada 3 orang daripada customers tu dah pandai sharing maklumat dan kebaikan vitamin ni dengan kawan-kawan dan keluarga.

I like!!!!! 😚😚😚😚

So, malam tadi saya ajarlah cara camna nak buat sharing tentang produk ni.

Mudah je....

Mulakan sharing dengan apa yang kita makan dan pakai. Sebab? Kita je yang tahu kan apa yang tubuh kita rasa kan?

Pastu, saya ajar jugak cara-cara buat poster menarik. Alahhh...intall je daripada play store tu, berlambak aplikasi cantik2 untuk tulisan segala bagai. Hihihi....

Pastu, kitorang buat contest. Sapa yang berjaya buat sebanyak mungkin poster and sharing di FB dan IG, saya bagi hadiah. Heheheh.... rahsiaaaa.... 😋😋

Anak-anak buah seronok tu bila leader dia buat gini. Hhahaha. Sebagai leader, saya  sendiri kena timbulkan keseronokan mengamalkan vitamin dan keseronokan sebarkan kebaikan ambil suplemen ni kepada orang luar.

Sebenarnya kan, saya  sendiri pon hari-hari join coaching dengn uplines saya. Pastu, saya duplicate je apa yang saya dapat, kepada downlines dan customers.

So,

Happy coaching! 😊😊😊😊😊😊 oppss! Taklehlah screen shot sini hasil perbualan sesi malam tadi. Sebab ada  banyak R A H S I A 😎😎😎😎

#dairiustazah
#thegreatcoach

Selain amalan-amalan sunat seperti tahajud, dhuha, berzikir, bersedekah....seorang ISTERI juga adalah salah satu elemen penting dalam MELANCARKAN REZEKI

#korangtahutak

Selain amalan-amalan sunat seperti tahajud, dhuha, berzikir, bersedekah....seorang ISTERI juga adalah salah satu elemen penting dalam MELANCARKAN REZEKI :-)

Alhamdulillah....
Syukur aku berpeluang bergelar ISTERI...

1. Isteri yang bahgia akan membahgiakan keluarganya. Perasaan gembira isteri membantu menceriakan rumahtangga. Bila mak hepi, takdelah mak nak marah-marah anak-anak kan? Setuju? Heheh

2. Isteri adalah sumber rezeki suami. Iaitu anak-anak :-) setiap.anak tu membawa rezeki.dalam keluarga. So sapa yang asyik.rasa tak cukup rezeki tu, mohonlah kepadaNya agar dikurniakan rezeki isteri (menikah). Heheheh

3. Sebagai isteri, kena sentiasa bersyukur. Syukur seorang isteri akan Allah lipatgandakan dengan rezeki yang berkah. Bila rezeki berkat, semuanya akan rasa.cukup, tak perlu merintih...

4. Isteri adalah jantung hati dan tangan kiri suami. Jadilah isteri yang membahgiakan dan menggembirakan hati.suami..... kerana? Apabila suami berasa gembira dan bahagia, suami.akan keluar mencari rezeki dengan lebih bersemangat dan pulang dengan senyuman :-)

Peringatan untuk diri sendiri ;-)

#diariustazah

Haihhhh bahagianya kalau setiap hari ada order berderet macam ni, kan?

Pagi Ahad yang hening... dah tidurkan semula si Faqih, belek-belek jap buku order vitamin ni.

Haihhhh bahagianya kalau setiap hari ada order berderet macam ni, kan? Hihihi....

Time takde order masuk tu yang mulalah rasa lemau...huhuhu....

Dulu, yes! Bila satu hari takde order masuk, mood mulalah ke laut. Takde mood nak buat apa-apa. Nak follow up takde mood....nak buat sharing takde mood...entah apa-apa!!!

Tapi,
Semua tu dak takde lagi sejak saya tukar cara saya layan mood saya. 😎

Sebenarnya kebetulan kot masa tu tengah frust sebab 3 hari takde order masuk. Hahahaha.... pastu entah angin kus2 mana datangnya, duklah belek-belek semula buku order.

Tiba2, mata terrtancap kat satu muka yang penuh dengan order vitamin! Selak lagi helaian seterusnya. Ada lagi! Selak sebelah lagi! Ada banyak order jugak! Tengok pada tarikh order tu, beza bulan je.

So kat situ, terus hilang lemau saya tadi, terus datang semangat nak follow up customers. Heheheheh....

Sekarang?
Takde lemau2 sendu2 dah. 😝😝😝 kalau datang jugak lemau tu, belek2 la buku order vitamin ni. 😚😚😚
:
:

Nak order vitamin? Klik je www.wasap.my/60123618431

#diariustazah
#dontletdownyourself

Friday, 2 February 2018

Sapa kata kita tak perlukan suplemen?

Usai Majlis Ramah Mesra sekolah agama Aisyah Humairah, bergerak ke Tesco dalam misi memenuhkan semula peti ais di rumah. Sayur, buah, ikan, ayam. Stok untuk seminggu.

Sekarang,
Mandikan cik mera dahulu.

Sambil tunggu cik mera grooming, belek-belek business progress dari December 2017 hingga 1 February 2018.

Emmmm....

Sapa kata kita tak perlukan suplemen?

Orang buncit pun cari suplemen nak kempiskan perutnya, tau! Hihihi...

Okey, mari saya terangkan pasal gambar di bawah ni.

Pertama,
Saya setkan berapa UV atau berapa RM yang saya mesti dapat untuk satu hari atau hari tersebut.

Kedua,
Saya tentukan masalah apa yang nak saya bantu dengan vitamin apa yang diperlukan. Kemudian, saya iklankan di media sosial dan menulis di blog.

Ketiga,
Saya follow up dan follow through prospek hasil daripada iklan. Dan, inilah hasilnya! 😚

Keempat,
Saya kumpulkan maklumat dalam database pelanggan saya. Kemudian, follow up lagi prospek tadi. Jika dah memang rezeki, takkan pernah salah alamatnya, kan? Hihihi...

Kelima,
Usha-usha blog. Wow!!! SEO dah bagi komen yang 👍👍👍👍 okey, lebih bersemangatlah nak blogging! Hihihi..

Hmm.... nampaknya business saya dah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Semoga ia terus berkembang dan dapat membantu lebih ramai lagi untuk sihat dengan suplemen.

By the way, makan supplement ni pun kena makan nasik, sayur , buah, ayam, ikan jugak tau!!!! Hihihi.....

#diariustazah
#businessprogress

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...