Monday 12 June 2017

ZAKAT FITRAH

Ini saya *copy&paste daripada Group What's App 🌻🌻🌻
==================================================================

Soaljawab terkumpul:
Soalan.

Keluarkan zakat di tempat bekerja atau di kampung?.
yang mana lebih afdhal?.

🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟
Jawapan.

1. Tempat pembayaran zakat fitrah berbeza dengan tempat pembayaran zakat harta.

- Tempat pembayaran zakat fitrah adalah *tempat seorang itu berada ketika dia ingin membayar zakat fitrah* Contohnya : *buncit* bekerja di shah alam seksyen 9, dia tinggal di janda baik. pada 29 ramadhan dia nak bayar zakat fitrah, ketika itu dia berada di mekah, maka *buncit* perlu bayar zakat fitrahnya di mekah, tidak perlu *buncit* ambil tiket kapal terbang balik sekejap untuk bayar z akat fitrah di shah alam seksyen 9, atau di janda baik.

Didalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية juz.23 hlm.345 ada menyebut :

تفرق زكاة الفطر في البلد الذي وجبت على المكلف فيه.

Dibahagikan zakat fitrah pada *tempat yang wajib zakat tersebut atas mukallaf*.

- Manakala tempat pembayaran zakat harta ialah *ditempat harta berada*, _*tempat bekerja bukanlah menjadi ukuran*_. Contohnya : *kurus* bekerja di putra jaya, dia ada ladang lembu di kuala berang terengganu yang dijaga oleh pekerjanya, maka apabila cukup nisab dan haul lembu *kurus* maka *wajib kurus mengeluarkan zakat lembunya di kuala berang terengganu*, tidak perlulah *kurus* cari lori untuk keluar zakat lembunya ditempat dia bekerja, iaitu di shah alam.

Didalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته juz.3 hlm.320 syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy ada menyebut :

ويجب صرفها إلى الأصناف في البلد الذي فيه المال ...

( pandangan ulama mazhab shafei ) ialah wajib di diberikan zakat itu kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya yang berada di daerah yang ada harta pembayar zakat disitu.

Didalam kitab أسنى المطالب juz.1 hlm.403 syaikhul islam zakaria al-ansoriy menyebut .

(فَرْعٌ الْعِبْرَةُ فِي) نَقْلِ (الزَّكَاةِ) الْمَالِيَّةِ (بِبَلَدِ الْمَالِ حَالَ الْوُجُوبِ وَفِي) زَكَاةِ (الْفِطْرَةِ بِبَلَدِ الْمُؤَدَّى عَنْهُ).

(Far'un) Perkiraan pemindahan zakat harta adalah dari tempat harta itu berada ketika wajib zakat, dan pada zakat fitrah adalah ditempat orang yang ditunaikan zakat fitrah untuknya itu berada.

2. Majoriti ulama fiqh termasuk pandangan muktamad mazhab syafie berpendapat bahawa naqlu zzakat (memindahkan zakat) ke daerah lain yang jaraknya sampai 88 klmtr, hukumnya adalah *tidak di bolehkan*. Melainkan *apabila tempat wajib dikeluarkan zakat itu tiada asnaf yang berhak menerima zakat*, maka barulah boleh memindahkan zakat ke tempat lain untuk asnaf yang disitu.

Hukum ini adalah berdasarkan kepada sabda nabi saw kepada muaz bin jabal r.a. :

تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم.

Di ambil zakat dari orang-orang kaya di antara mereka, lalu di berikan kepada orang-orang fakir di antara mereka.

[ HR Al-bukhari, dan Muslim ]

-> hadith diatas menyebut diambil dari orang kaya mereka dan diberi kepada orang fakir mereka, ini memberi maksud dibahagikan zakat kepada orang fakir yang satu kawasan dengan orang kaya.

Didalam kitab الإقناع في حل الفاظ متن أبي شجاع juz.1 hlm.231 seyekh khatib assyarbini ada menyebut :

وَيحرم على الْمَالِك وَلَا يُجزئهُ نقل الزَّكَاة من بلد وُجُوبهَا مَعَ وجود الْمُسْتَحقّين إِلَى بلد آخر .

Dan *haram atas tuan empunya harta* serta *tidak memadai* ia memindahkan zakatnya dari tempat yang diwajib zakat padanya ke tempat lain, sedangkan ada orang-orang yang berhak menerima zakat ditempat tersebut .

Didalam kitab حاشية البجيرمي على الخطيب juz.2 hlm.366 ada menyebut :

قوله (إلى بلد آخر) المراد إلى محل تقصر فيه الصلاة ...

Perkataannya ( tidak boleh memindahkan zakat ke daerah lain ) maksudnya *ke tempat yang jaraknya boleh qasar solat* ...( Iaitu 88 klmtr lbih kurang ).

Dalam kitab الفقه الإسلامي  وأدلته syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy menyebut :

وقال المالكية: لا يجوز نقل الزكاة لبلد لمسافة القصر، فأكثر، إلا لمن هو أحوج إليها، ويجوز نقلها لمن هو دون مسافة القصر (٨٩ كم)؛ لأنه في حكم موضع الوجوب.

Telah berkata ulama mazhab maliki : *tidak harus memindahkn zakat* dari tempatnya ke daerah yang jaraknya boleh qasar solat, melainkan untuk orang lebih memerlukan kepada zakat. Namun *harus* memindahkan zakat kepada mereka yang berada pada tempat yang tidak

sampai jaraknya boleh qasar solat,(89klmtr).

Berkata syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy lagi dalam kitab الفقه الإسلامي  وأدلته :

وقال الحنابلة : المذهب أنه لا يجوز نقل الصدقة من بلد مال الزكاة إلى بلد مسافة القصر.

Telah berkata ulama mazhab hanbali : pandangan yang paling kuat dalam mazhab hanbali bahawasanya *tidak harus memindahkn zakat dari daerah harta zakat ke daerah yang jaraknya boleh qasar solat*.

KESIMPULAN.

Yang paling elok adalah bayar zakat fitrah ditempat empunya tubuh berada, dan bayar zakat harta ditempat harta berada ketika wajib zakat, kerana majoriti ulama fiqh berpendapat *tidak boleh* memindahkan zakat dari tempatnya ke tempat lain yang jaraknya 88 klmtr keatas, melainkan apabila tiada asnaf ditempat zakat.

والله أعلم

أبو أسامة البنداني

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...