Monday 5 June 2017

RAMADAN 1438H YANG AWESOME!

Ramadan 1438H ini amat bermakna 😘 sebab lebih separuh bulan ini dapat beribadah dengan tenang di rumah 😍 maka ibu boleh control puasa Along Aisyah dan Angah Ainin sepenuhnya 😘

Bersahur dan berbuka dengan tenang.. takperlu ibu kocoh-kocoh bangun awal pagi seperti tahun-tahun sudah semata-mata nak siapkan juadah sahur. Heheheh...

Berbuka pun sempoi seperti tahun-tahun sudah 😘 takde nasik, takde sibuk nak masak lauk! Happy layankan tekak anak-anak yang berpuasa ke bazar selepas Asar. Kalau tak pun, bawak dorang cuci Mata sambil cuci poket ibu 😨 di SCM @ Giant @ Tesco. Plaza Alam Sentral ibu belum gagah lagi nak heret korang tanpa ayah di sisi 😂😂😂

Bukan ape...Ibu bimbang kot baru je masuk situ, ibu pun bertukar menjadi otromen mahupun raksaksa 😇😇😇 hehehe...

Sebenarnya,

Apa yang ibu suka dan teruja sangat dengan Ramadan Kali ini ialah sebab ibu dapat bertarawih dengan aman Setakat hari ini 😘😘😘😘 Alhamdulillah.... Setakat hari ke-11 ibu dapat tunaikan 23 rakaat termasuk Solat Sunat Witir 😊

Lagi satu,

Ibu suka sangat sebab ibu dapat penuhkan hari cuti ibu sambil beribadah dengan tenang...Mengaji....Solat-solat sunat yang ibu jarang dapat laksanakan semasa hari bekerja 😩 Alhamdulillah syukur sangat!

Tambahan lagi,

Ibu dapat sebarkan kebaikan produk-produk vitamin SHAKLEE yang ibu amalkan ini kepada semua orang di luar sana melalui laman sosial tanpa perlu rasa bersalah menggunakan waktu-waktu luang yang ada berbanding pada hari bekerja....

Pada hari bekerja, ibu hanya memulakan perkongsian selepas jam 3.00 petang, iaitu selepas tamat waktu bekerja (ketika ibu telah berada di rumah). Tapi adakalanya tak sempat jugak nak update pape sangat pun..Hihihi...

#diariustazah #diariramadan

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...