Haihhhhh... Gerammm je UstazahCeria tengok budak-budak ni buat ujian SEGAK
Budak-budak zaman la ni, ramai yang dikategorikan sebagai OBESITI
Seingat UstazahCeria dulu, umur 10 tahun, berat badan tak sampai 20kg. Hahha... Tu pun dah dikira 'berat' jugak la pada zaman tu, sebab UstazahCeria selalu digelar 'anak gajah'
Ujian SEGAK pertama UstazahCeria jalani adalah ketika pengajian ustazah di Maktab Perguruan 9 tahun dulu masa tu berat UstazahCeria range 48-50kg aje...Hihihi...Zaman tu, UstazahCeria masih aktif bersukan dan suka beraktiviti luar. So fitness ustazah memang tip top hehehe...
Okey, sini nak cerita apa benda yang dikatakan sebagai ujian SEGAK
1. UKUR BMI
Time ni la paling berdebor Dan paling malu!! Siap buat kepungan lagi dekat alat timbang tu kalau boleh, jangan Ada orang yang nampak kat mana jarum penimbang tu berhenti kihkihkih...
Body Mass Index dikira dengan cara :
Berat
------------------------
Tinggi X Tinggi
------------------------
Tinggi X Tinggi
Contohnya :-
50kg / (150cmX150cm) = 22.00
Ahhhh legaaa!!! Masih dalam 'range' NORMAL
Klasifikasi Tubuh Berdasarkan BMI :
<18.5 (kurang berat)
18.5 - 23.5 (normal)
> 23.5 (obesiti)
18.5 - 23.5 (normal)
> 23.5 (obesiti)
2. DUDUK JANGKAU
Aaahhhh... Aktiviti ini Yang paling 'sakit' Ini adalah aktiviti untuk mengukur tahap fleksibiliti tubuh kita.
Dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, tapak kaki dirapatkan kepada bangku lunjur. Tangan pula diletakkan di atas permukaan bangku lunjur itu, dan tubuh dibongkokkaan ke hadapan secara perlahan-lahan, semaksima mungkin, sehingga titik akhir Yang mampu dicapai oleh jari. Berhenti selama 3 saat dan bacaan pun diambil.
Hahahhahahahah Yang ni ustazah tengok budak-budak ni, kejung je badan masing-masing
3. TURUN-NAIK BANGKU
Aduhaiiii.. Yang ini lagi haru!! Kehkehkeh boleh bikin semput.
Ini adalah aktiviti untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular. Murid dikehendaki Naik Dan turun daripada bangku Yang disediakan mengikut irama bit yang dibunyikan. 5 saat selepas aktiviti ini, murid-murid hendaklah mengira kadar denyutan nadi masing-masing dalam masa 1 minit.
Hahahhahahahah masa nilah nak tengok kat mana nadi korang 😂😂😂😂😂
4. BANGKIT TUBI SEPARA
Huhuhu aktiviti ini adalah untuk menguji kekuatan otot abdomen.
Cara nak buatnya camni, baring Dan bengkokkan lutut. Kemudian bangun, sambil Dagu dirapatkan ke dada. Kemudian, baring semula. Ulang sehingga 1 minit. Dalam masa seminit tu, dapat buat berapa Kali bangkit tubi. Hahahhahahahah...
Rekod UstazahCeria untuk ujian ini hanya 50 Kali je..Huhuhu.... Sehari kemudian, Perut cramp seminggu!!! 😜😜😜😜😜
Okaylah, selamat mencuba aktiviti SEGAK ini di rumah 😘
No comments:
Post a Comment