Friday 14 April 2017

KURSUS MANIKAYU 1

Hari kedua KMK1 (8/4/2017)

Aktiviti pagi selepas Subuh dimulai dengan Laung Agung Dan sarapan pagi. Selesai mengisi perut, Kami masuk ke dewan untuk slot berikutnya.

Hari ini kami masuk kepada slot UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK).

"Jika Pengakap itu tidak Ada keseronokan, maka ia akan kehilangan daya tarikan Dan kejayaan. "
~ Baden Powell ~

Benarlah kata BP, dah nama pun kanak-kanak, aktiviti PENGAKAP mesti dipenuhi dengan nyanyian, permainan Dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan 😁😁😁😁

Korang tahu tak?

Pengakap dikategorikan kepada :-

💓 PENGAKAP LEBAH ~ Pra Sekolah 4 - 7 tahun.
💓 PENGAKAP KANAK-KANAK ~ umur 9 hingga 12 tahun.
💓 PENGAKAP MUDA ~ Umur 13 hingga 15 tahun.
💓 PENGAKAP REMAJA ~ Umur 16 hingga 17 tahun.
💓 PENGAKAP KELANA ~ umur 18 hingga 26 tahun.

=================================
LAGU : 1 Jari

Satu jari, satu jari, satu jari,
Tret tet tettt..
Tunjuk atas, tunjuk bawah,
Tepuk tangan,
Tret tet tettt....
=================================

LATIHAN DALAM PKK

Perlu ada amalan sosial, kerohanian, emosi, jasmani, kepimpinan.

Usia 8 - 9 tahun :

Kanak-kanak tidak memikirkan tentang masalah Dan kesusahan. Namun, mereka agak kelam-kabut dalam mempelajari perkara baharu. Mereka sentiasa bergembira, berangan Dan berkhayal. Mereka sangat perlukan perhatian dan kasih sayang dan perlu diberikan pujian setiap Kali selesai tugasan.

Usia 9 - 10 tahun :

Ketika usia ini, mereka perlukan keseronokan Dan inginkan kebebasan. Mereka mula percayakan kebolehan diri jika didorong dan mula menonjolkan sikap kepimpinan dan bekerjasama.

=================================
LAGU : 3 Aras

Mari kita nyanyi 3 Aras, Aras,
Mari kita nyanyi 3 Aras , Aras ,
Aras atas,
Aras tengah,
Aras bawah,
3 Aras, Aras.
=================================

Usia 10 - 12 tahun :

Ketika usia ini , kanak-kanak mula bertanggungjawab. Justeru, KETUA SEKAWAN biasanya dalam kalangan PKK usia ini.

Golongan ini mula saling menghormati, boleh ditugaskan untuk mengumpulkan rakan-rakan Dan tegas dalam menghadapi masalah.

Mereka gemar meneroka Dan menjelajah serta permainan lasak, namun masih tetap mementingkan ahli kumpulan
👍👍👍.

=================================
LAGU : Rumah Dalam Hutan

Sebuah rumah di dalam hutan,
Anak Rusa tinjau di tingkap,
Seekor arnab berlari,
Mengetuk Pintu....

Tolong! Tolong! Katanya
Pemburu nak tembak saya,
Mari! Mari! Masuk ke dalam,
Bersukaria....
=================================

Jom berpengakap bersama UstazahCeria 😘

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...