Thursday 20 April 2017

FAQIH KENA OPERATE sebab Bisul

Assalamualaikum...

20 April 2017

Pengalaman pertama Yang bermakna buat diriku dan suami....

Anak ketiga kami, Ahmad Izzuddin Al Faqih terpaksa ditahan di wad untuk menjalani pembedahan kecil mengeluarkan darah dan nanah bisul yang terkumpul pada benjolan di bawah dagunya.

ALKISAHNYA BEGINI......

Anak beranak bisul batch pertama keluar lebih sebulan Yang lepas... Tapi Kering dalam masa seminggu selepas tumbuh... Rata-ratanya di kepala.

2 minggu kemudian,tumbuh pula biji bisul di bawah dagu. Diikuti beberapa biji bisul lagi di kepala...

Hujung minggu tersebut, Kami pulang ke kampung. Gian nak mandi di pantai, seronok dapat melepaskan gian 😁😁

Dan Yang Paling memggembirakan, bisul-bisul di kepala Faqih surut dan hilang !!! Clear Dan bersih kepala dan dahinya 😍

Tetapi,

Mata bisul yang bawah dagu pulak hilang sedangkan bisulnya tak surut pun!!! Allamakkkk 😱😱😱😱😱

2 minggu berlalu.....

Buntilan bisul tak bermata tu makin membesar dan memerah...Huhuhu... Faqih tak suka orang pegang-pegang leher atau bahagian bawah mukanya. Huhuhu...

Akhirnya pada ISNIN 17/4/2017 ibu pun bawak Faqih pergi klinik panel yang biasa ibu pergi Tu...

Doktor Rosnita kata, bisul tu perlu dibelah supaya darah keluar sebab ia menjangkiti saraf-saraf di bahagian itu. Beliau tak berani lakukan belahan kecil sebab Faqih masih kecik. Huhuhu.. Doktor Ros buat Kan refer letter kepada paediatric di SALAM Medical,Seksyen 19 Shah Alam.

SELASA 18/4/2017

Sekali lagi bawak Faqih jumpa doktor lain untuk second opinion 😅 Kali ini terus di SALAM Medical.

Sama jugak, doktor bagitau perkara Yang sama seperti Doktor Ros bagitau semalam. So beliau pun siapkan reference letter kepada pakar bedah, Dr Fardeel.

RABU 19/4/2017

Arini Faqih nak jumpa Dr Fardeel 😍😍

Dr Fardeel setkan tarikh untuk pembedahan kecil Faqih, pada 20/4/2017. Tapi, ibu mintak delay sebab pada tarikh itu, ibu Ada tugasan di Sekolah.huhuhu... So, faqih admit pada petang KHAMIS 20/4/2017 😋

TO BE CONTINUED..........

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...