Tuesday 11 April 2017

KURSUS MANIKAYU 1

Alhamdulillah...

Berjaya juga ustazah ceria  😜😜😁😁😁 habiskan Kursus Manikayu Peringkat 1 pada 7 hingga 9 April 2016 😄😄

Inilah saat yang ustazah ceria nantikan setelah menyepi selama 2 tahun..Huhuhu...

HARI PERTAMA (07/04/2017)

Cepat-cepat siapkan segala tugasan di Sekolah, sebab UstazahCeria dah tak sabar nak mendaftar di kem 😂😂.

Jam 2.45 petang, ustazah ceria dah terpacak di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor. Masa tu dah Ada 3 orang peserta KMK 1 yang menantikan urusetia.

Jam 4.00 petang, slot 1 bermula dengan pengenalan Jurulatih-jurulatih kursus. Kebanyakan mereka UstazahCeria kenal sebab pernah berjumpa semasa aktiviti kepengakapan beberapa tahun lalu di Eco Village and Resort, Semenyih.

Jam 5.00 petang, seusai solat Asar, aktiviti pertama Kami ialah Laung Agung.

Laung Agung merupakan perhimpunan anak-anak Pengakap bersama Akela. Akela ialah Ketua a.k.a Pemimpin kumpulan tersebut.

Bagaimana Laung Agung dilaksanakan?

1. Akela laungkan "PEK!!" 1 Kali. Anak-anak pengakap Yang lain berhenti buat kerja Dan beri perhatian kepada Akela.

2. Akela laung "PEK! PEK! PEK!" Anak-anak pengakap menyahut "Peeekkkkkk!" yang panjang sambil bergerak mendekati Dan mengelilingi Akela.

3. Semasa dalam bulatan (keliling Akela), Akela depangkan tangan, yang lain buka bulatan.

4. Akela jatuhkan tangannya, yang lain lepaskan tangan.

5. Akela depangkan tangan untuk kali ke-2, yang lain berdiri dengan menjengkitkan kaki.

6. Akela turunkan tangannya, lalu yang lain terus duduk mendekam sambil tangan diletakkan di sisi kaki, lalu menyebut, " Akela, kita buat habis baik! " Dan terus berdiri.

7. Akela berdiri menghadap untuk memcabar seorang daripada anak pengakap. Anak pengakap Yang dicabar itu tabik hormat, lalu berkata, " kamu buat habis baik?"

8. Terus disambut oleh anak-anak Pengakap yang lain, "Kami buat habis baik!"

9. Seterusnya, Ketua Sekawan melapor kepada Akela.

Selesai aktiviti Laung Agung, Kami bersama-sama mendirikan khemah masing-masing.... 😜😜😜

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...