Sunday 2 April 2017

STROKE @ STROK

STROKE/Angin ahmar adalah keadaan apabila berlaku gangguan atau kekurangan bekalan darah ke otak ➡️ oksigen dan nutrien tak sampai ke semua sel otak ➡️ sel otak mati

Jadi, dapat bayangkan tak komplikasi apabila sel otak ni mati?

🌸 Lumpuh
🌸 Maut

Punca stroke:

1. Arteri tersumbat (stroke ischemic)
2. Arteri/salur darah bocor (stroke hemorrhagic)
3. Gangguan aliran darah ke otak secara sementara = transient ischemic attack (TIA)

Bermakna, 2 punca utama STROK ialah :
🎀 Arteri tersumbat
🎀 Arteri pecah

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

1. Ischemic Stroke @ heart attack (80% dari kes stroke adalah daripada jenis ini i.e ada arteri tersumbat kt otak atau mana-mana salur darah yang membawa darah ke otak menyebabkan aliran darah tersekat).

A)  Thrombotic stroke
➡️ berlaku apabila ada darah beku (thrombus) terbentuk dalam salah satu arteri yang membekalkan darah ke otak.

➡️ darah beku terjadi sebab ada plaque (lemak/kolesterol) yang menyebabkan laluan arteri semakin sempit dan aliran darah semakin berkurang (artherosclerosis) atau keadaan arteri lain.

Dan stroke ni tak semestinya terjadi sebab darah tersumbat kat otak je,

Boleh juga berlaku apabila ada darah beku di kawasan lain/salur darah yang membawa darah ke otak,

Yg dipanggil...

B) Embolic Stroke
➡️ berlaku apabila darah beku atau bendasing lain terbentuk jauh dari otak (cth: jantung). Pastu darah beku/bendasing ini lalu semua salur darah tetapi akhirnya tersekat pada salur darah/arteri otak yang sempit. Jenis darah beku ini dipanggil embolus.

So, ingat stroke jenis iskemik ada thrombotic dgn embolic ➡️ dua2 sebab arteri tersumbat.

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Stroke jenis kedua pulak, hemorrhagic

2. Hemorrhagic stroke

➡️ berlaku apabila salur darah dalam otak bocor atau pecah (pendarahan otak)
➡️ punca: darah tinggi tak terkawal atau dinding salur darah dalam otak nipis/lemah (aneurysm)

Yang ini apabila dinding arteri menipis, apabila darah flow laju kat situ, ia boleh mengakibatkan salur darah pecah!!!

Itu pun akan memutuskan bekalan oksigen dan nutrien ke otak dan mengakibatkan stroke 😱

And last but not least,

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

3. Transient Ischemic Attack (TIA)

➡️ berlaku apabila ada gangguan aliran darah ke otak dalam jangka masa pendek (kurang 5 minit) ➡️ ministroke

➡️ punca seperti ischemic stroke i.e berlaku bila ada darah beku atau serpihan bendasing yg menghalangg kelancaran aliran darah ke otak.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...