Tuesday, 9 January 2018

ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung " 😊😊😊

200 PENGAMAL TEGAR VITAMIN SHAKLEE PADA 2018

Kami mensasarkan 200 orang pengamal tegar vitamin Shaklee pada tahun 2018 ini. Ini adalah target utama kami untuk tahun 2018.

Bagi memastikan target ini dapat dicapai, beberapa agenda telah kami rangka untuk merealisasikan impian kami ini. Okey, nak tahu dak? Let's check it out!!!

Nombor Satu.

~ Satu Hari Jualan 100uv ~

Sebelum ini, kami hanya mensasarkan 50uv sehari sahaja. Ia nyata berhasil!! So kami mencabar diri untuk 50uv lagi.

100uv ini adalah nilaian bagi set vitamin yang perlu diwar-warkan kepada semua friendlist kami seperti Set Sendi, Set Hamil, Set Menyusu, Set Ahli Sukan, dan banyak lagi set vitamin yang kami adakan. Setiap hari WAJIB satu set vitamin berjaya dibeli oleh awak-awak di luar sana yang memerlukannya.

Nombor Dua.

~ Satu Hari 2 orang Ahli Shaklee ~

Ini adalah berita baik bagi awak-awak yang teringin nak makan vitamin Shaklee, tapi mengenangkan harganya yang 'boleh tahan' tu, maka saya mencadangkan sangat-sangatlah agar awak daftar keahlian. RM68.90 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Lapan dan Sembilan Puluh Shj) sahaja.

Tak tahu nak daftar dengan siapa? Hubungi sayalah. Hihihihih... klik kat sini www.wasap.my/60123618431 .

Atau pun satu cara lagi, awak beli vitamin berjumlah 200uv (anggaran belanja RM700), awak dah dapat PERCUMA KEAHLIAN tau! haaaa...... best kan?

:::::

Okeylah,

Setakat ini dahululah ye. Nak siapkan tugasan lain pulak. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus mesej kat link wasap kat atas tu. Inshaa Allah saya boleh membantu awak semua.

Sekian.

Aminah Syuhadah
Shaklee Independant Distributor (Jalan Kapar~Kuala Selangor / Klang)

Monday, 8 January 2018

HOBI SEJAK KECIK!

Hobi sejak kecik! 

Sejak kecik, hobi korang ape? 
 
Dari kecik, ustazah suka ambil angin keliling kampung dengan berbasikal. Hihi.... kemudian, ketika zaman belajar, sanggup beli tiket komuter dua hala je pun (pergi dan balik) semata-mata nak ambil angin luar dari hostel. Hahahahha... 

Jalan-jalan makan angin, walaupun di tanah air sendiri, adalah satu perkara yang menggembirakan hati saya dan membuatkan minda saya lebih bugar.
Jalan-jalan tengok tempat orang, dapat membuka minda dan jiwa kita lebih positif dan menerima perubahan dalam kehidupan. Minda anak-anak juga turut berkembang. Lebih petah bertutur setiap kali balik dari percutian. Alhamdulillah. 

Sememangnya hobi yang satu ini tak dapat dielakkan atau dinombor-duakan kerana hobi inilah yang paaling membantu saya me'refresh'kan semula diri dan hati setelah penat menanggung tugasan di rumah dan tempat kerja. 

Dalam sebulan, macam dah wajib pulak keluar dari sarang untuk sedut angin baru. Hihihihi... anak-anak pun memang seronok, malah diorang yang request nak stay kat mana-mana. Walaupun staycation hanya 10KM je pun dari rumah. Hahahahah...  

Kebiasaannya, kami akan peruntukkan sejumlah hari untuk melakukan hobi ini. Atau pun, kalau takde masa sangat, hujung minggu memang penuhlah jadual dari pagi hingga malam :
~ pagi keluar berjoging atau hiking kat mana2 bukit rekreasi.
~ petang usha2 pasaraya...
~ malam mencari tempat makan yang jarang orang pergi atau tempat makan yang spotted area. 

Ooooohhhh ya!!! Satu lagi, hobi baru! WINDOW SHOPPING  hihihihi .... seronokkan tengok2 barang. Sayang duit nak beli, dapat tengok je pun jadilah. Hahahaha...
Hobi korang, gapo? Share sikit.....
Diari Ustazah,
Aminah Syuhadah .
#diariustazah
#hobisaya

20 TAHUN LAGI SIAPA SAYA?

Hmmmm..... sambil-sambil mendengar ucapan puan GB di perhimpunan pagi Isnin ni, ustazah duk melayang jauh memikirkan masa depan ustazah 5, 10, 20 tahun mendatang. Hehehhe...

Memandang anak-anak murid yang tekun mendengar amanat 'bonda' SKSKI, ustazah teringat zaman ustazah seusia mereka 20 tahun lalu.

Hah??? 20 TAHUN dah berlalu rupanya!!!! Omaigaddddd  😱😱😱😱

Emmmmm.... so, ustazah ni, 5 tahun lagi nak kehidupan yang bagaimana ye? Hehehe.. yang jelas dan nyata, ustazah masih seorang pendidik di sekolah rendah. Kenapa? Ustazah sayang profesion ini.

::: 2018 ~ 2023 :::

Banyak benda ustazah nak buat untuk anak-anak kecil di sekolah rendah ni. Hmmm.... tapi cikgu2 zaman la ni, nak buat apa2 pun mesti kena ada sumber kewangan yang mantap, takleh nak harapkan duit sekolah dan ibubapa sahaja kan. Maka ustazah, selaku pencungkil bakat murid2 dia, kenalah berusaha untuk 'money freedom' agar apa yang ustazah dah plan baikkkk punya ni, berjalan dengan lancar. 👍👍👍

Pastu 10 tahun lagi....

::: 2020 ~ 2025 :::

Journey of Philosophy Doctor , inshaa Allah 😎😎😎

Patutnya, tahun 2020 tu dah boleh panggil Dr Aminah Syuhadah Zulkefli dah.... tapi... tak bergerak pun lagi. Hahahhaha... setakat ni rajin upload artikel2 je kat Scopus. Hihihi....

20 tahun berikutnya.....

::: 2038 :::

Umur 52 tahun dah masa tu. Yuhuuuu masa untuk PENCEN!! ✊✊✊✊✊ seronoknya!! Hahahahah... hmmm.. masa ni harapnya  dah naik pangkat jadi Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri la kot! 😎😎😎 inshaa Allah... 

Haiiiiii...seronok berangan ni. Tapi berangan2 jugak, ustazah serius ni nak benda ini jadi!!!!
........

Aminah Syuhadah
Muallim Mudarris Murobbi Muaddib Mursyid .

#diariustazah
#pelanjangkapanjang

Saturday, 6 January 2018

[ T E R A P I . M I N D A . C A R A Aminah Syuhadah ]

[ T E R A P I . M I N D A . C A R A  Aminah Syuhadah  😎 ]

Salam hujung minggu, semua! 😍

Pastinya hujung minggu macam ni paling ditunggu-tunggu oleh semua orang kan? .... samalah...saya pun! Hehehe... lebih-lebih lagi kalau 'long weekend' . Hahahaha....

Hujung minggulah kita nak buat macam-macam benda. Nak siapkan itulah, inilah... nak refleks semula kan apa yang dah berlaku sepanjang hari pada minggu tu.

Hmmm... biasanya, kalau tak ke mana-mana, kitorang sekeluarga lepak-lepak kat rumah je. Contohnya macam hari nilah. Arini nak pulun update blog sebab seminggu dah bersawang blog tu. Huhuhu.... semalam, Sabtu, dah pulun dengan kerja-kerja rumah dan siapkan kerja-kerja sekolah yang terbengkalai tu.

Kadang hujung minggu kitorang gatai jugak check in kat hotel depan rumah tu  😝😝 hahahaha... saja sambil layankan anak2 main kolam, kita ambil angin baru. Refresh minda. Cewahhh!!! 

Tapi selalunya  keluar awal pagi, pergi joging  atau panjat  bukit rekreasi sekitar sini dengan anak2. Hehehe...

Tapi, serius cakap beb! Refresh minda dengan melepak kat luar dari kawasan kita contohnya staycation kat mana2 walaupun hotel depan rumah je pun, bagi satu semangat baru ah kat saya! Anak2 pun sama! Depa happy sungguh! Mudah dengat cakap kita dan komunikasi pun jadi lebih baik dengan diorang.

Kita pun senang hati nak plan macam2, pastu hati ni sentiasa kembang setaman. Fikiran pun jadi lebih positif, pastu asyik fikirkan yang baik2 je. Masa ni, kalau saya bayangkan sales masuk, fuh!!!! Tetiba mesti dapat mesej ada yang order atau bertanyakan vitamin lah...soft ice cream lah... hihihi.... Alhamdulillah....

Hah, korang!

Kalau asyik berserabut  kepala tu, buatlah apa2 yang korang rasa best time hujung minggu ni. Pasti korang akan rasai kelainannya pada diri sendiri terutamanya. Sekian.

AMINAH SYUHADAH,
Ustazah Ceria  😊

#sihatceria
#diariustazah

Friday, 5 January 2018

Kalau dah amik VIVIX, perlu ke Vitamin lain?

"Kalau dah amik VIVIX, perlu ke Vitamin lain?"
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

PERLU!!!! SANGAT PERLU!!!

VIVIX hanya membantu memperbaiki, memulih dan menggantikan sel-sel yang rosak atau tidak sihat akibat daripada pengawalan genetik.

Sedangkan sel-sel baru yang telah diganti, diperbaiki dan dipulihkan oleh VIVIX juga memerlukan suplimen tambahan sebagai menggalak kepada sel-sel itu untuk terus berkembang sihat dan baik.

Tubuh kita ni terdiri daripada sel-sel. PROTEIN diperlukan untuk membina semula sel-sel yang sihat.

◎ protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. So, ia juga merangsang fungsi psikologi.

◎ kekurangan protein akan mengakibatkan :-

※ kelemahan dalam sistem imun tubuh untuk melawan penyakit
※masalah lebihan air dalam badan
※ kehilangan kepejalan otot
※ perubahan warna rambut
※ membantutkan pertumbuhan
※ masalah penghadaman
※ masalah penghasilan darah dan hormon

MULTIVITAMIN & multimineral diperlukan untuk

◎ pelengkap nutrisi kerana kita sering mengamalkan diet pemakanan yang tidak seimbang.

◎ penting untuk meningkatkan keupayaan sistem produktif @ tumbesaran.

◎ sangat membantu meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

VITAMIN C diperlukan untuk meningkatkan kekebalan sistem tubuh dengan meningkatkan interferon semulajadi, bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

=====================================

Jom bervitamin! Untuk kehidupan usia emas yang bahagia dan ceria :-)

#sihatceria
#shakleeeffects

Thursday, 4 January 2018

S N E A K E R S . I D A M A N

S N E A K E R S . I D A M A N

Cantik dak? Hehehe... harga dia pun cantik! Huwaaaaaa.....

Takpe, takpe! Kita buat satu tabung khas untuk beli kasut idaman kita ni. Heheh...

Sebenarnya, saya memang sediakan 'Tabung Sneakers' khas untuk collection untuk beli kasut-kasut kami anak-beranak. Hahahha.... nak beli kasut pun kena menabung ye  😜😜

Kasut sukan anak-anak dah dibelikan minggu lepas. Tapi ibu diorang ni masiiihhhh lagi mengidaamkan sneakers macam ni. Huhuhuhu... so kenalah penuhkan semula tabungan tu. Sebab harga sneakers ni boleh tahan gak kan. Padahal pakai di kaki je kot. Hahahahah...

Dah penuh tabung kasut tu, barulah boleh beli kasut idaman dengan senang hati. Hihihi...

Korang tahu tak? Sebenarnya apa sahaja yang kita idamkan, kita kena tulis. Kemudian kena usahakan. Contohnya macam saya buat nilah. Bila dah ada tabungan nak beli kasut, mestilah senang hati nak keluarkan duit untuk dapatkan kasut idaman ni. Cuba kalau takde tabungan? Agak-agaknya ringan dak jari-jemari tu nak keluarkan not-not duit daripada dompet? Hahahahh...

So, sekarang ni saya tengah kumpul not warna oren khas untuk kasut ni je! Hmmmmm..... 😊😊😊😊 

::::

Aminah Syuhadah
Peminat Tegar Sneakers 😎😎

#diariustazah
#visionboard

Wednesday, 3 January 2018

aktiviti PKK yang dirancang untuk 2018

D U N I A . P E N G A K A P . 2 0 1 8

Salam Pengakap!

Alhamdulillah dapat menghadiri Mesyuarat Pemimpin Pengakap PPM Kapar untuk kesekian kalinya.

Dengan izinNya jualah saya di sini. Asalnya guru lain yang diarahkan hadir, tapi beliau ada tugasan lain yang perlu diuruskan di sekolah.

Okey,
Ustazah kongsi di sinilah ye antara isi penting dalam mesyuarat ini.

Antara aktiviti PKK yang dirancang untuk 2018 :

✅ Pendaftaran keahlian PKK 2018 ~ RM7 (PKK) RM10 (pemimpin, penolong pemimpin, kuasa penganjur, pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK). Sebelum 31 MAC 2018.

✅ Kurus Ketua Patrol ~ 11 hingga 13 MEI 2018. Peringkat negeri Selangor (SK Bukit Komandul, Kuala Langat).

Cikgu2 pengakap bolehlah hantar ketua2 dan penolong2 Sekawan PKK korang.

✅ Iftar Ramadan ~ 8 Jun 2018.

Jomlah cikgu2 pengakap Selangor, kita berbuka puasa beramai-ramai di Mutiara Village.

✅ Rambu PKK ~ 30 Ogos hingga 1 Sept. 2018.

Sekurang2nya anak2 pengakap kena ada Lencana Keris Emas baru dapat join Rambu PKK.

✅ KOROBORI ~ 21 hingga 23 September 2018 di Mutiara Village.

Perkhemahan ini, SEMUA PKK boleh join ! Jangan malu2 ! Hehehhe...

✅ JOTA/JOTI ~19 hingga 21 Oktober 2018 di Mutiara Village.

Yang ini pon SEMUA PKK boleh join. Moh beramai-ramai kita berkampung di sana! 

:::

K U R S U S . M A N I K A Y U . U N T U K .P E M I M P I N

👍 KMK Pengenalan ~ Januari hingga Mac

👍 KMK peringkat 1  ~ Januari hingga Mac

👍 KMK peringkat 3 (1) ~ Julai

👍 KMK peringkat 3 (2) ~ September

:::::

Moga ini boleh dijadikan rujukan kepada guru2 Pengakap yang mencari-cari aktiviti Pengakap untuk disertai.

Jangan lupa DAFTARKAN KEAHLIAN anak2 Pengakap korang ye! Hihihihi....

Sekian,
Aminah Syuhadah
Pemimpin PKK SKSKI.

#diariustazah
#duniapengakap2018

T U R N I N G . P O I N T . O F M Y. L I F E

T U R N I N G . P O I N T . O F
M Y. L I F E

Dalam banyak2 hal yang berlaku dalam hidup saya, ada 1 perkara yang betul2 buat saya teruja dan berjanji pada diri sendiri untuk terus berpegang dan memastikan ia dapat dicapai dan menjadi 'bench mark' dalam kerjaya saya sebagai seorang guru.

Nak tahu apa dia?

Kejayaan 10 orang Pengakap Kanak-kanak mendapat Lencana Keris Perak (2013).

Kalau awak jadi cikgu penasihatnya, awak pun seronok kan? 😊😊😊 Keris Perak merupakan lencana ke-2 yang dianugerahkan dalam Pengakap Kanak-kanak khususnya di sekolah rendah.

So, apabila saya diarahkan bertukar ke sekolah lain, lebih2 lagi sekolah baru saya tu tak ada lagi murid2 Pengakap yang dapat apa2 sijil, maka saya lebih lagi la berkobar-kobar nak pastikan mereka ini mendapat 'sesuatu' apabila keluar dari sekolah.

Maka, dengan penuh rela hati dan berbesar hati, saya menerajui pimpinan Pengakap di skeolah baru. Yang lagi menyeronokkan, apabila saya dibantu dengan rela hati oleh 10 orang guru2 sekolah tersebut. 👍👍👍👍 terima  ye cikgu2! 

So, 2018 adalah 'Road to Keris Gangsa' lah untuk SK SKI. inshaa Allah.. semoga  apa yang telah  rancang, dapat dicapai pada Oktober  2018 ini.

Dan,
Untuk itu, ustazah  lebih fokus jaga kesihatanlah ni. Keep on supplements dan pastikan diri sentiasa positif dan ceria supaya rakan2 guru dan murid pengakap pun ceria dan senang hati follow apa yang ustazah dia ni dah plan baiiiiikkkk punya untuk diorang. Hihihi...

:::::

Emmm... pagi tadi breakfast dengan ESP Coklat dan roti sapu peanut butter. So, mood ustazah sangat happy 🙌🙌🙌🙌🙌😘😘😘

Sekian,
Aminah Syuhadah
Pemimpin Pengakap SKSKI.

#diariustazah
#sihatceria
#duniapengakap2018

Tuesday, 2 January 2018

AISYAH HUMAIRAH KE DERJOH 1 ~ part 2

S.A.M.B.U.N.G.A.N

Hari Pertama Aisyah Humairah di Tahun 1.....

Leganya Aisyah lalui hari pertama persekolahan dengan gembira dan penuh keterujaan. Hahhahah

Tak caya???

Dia tak kesah pun ibu dia ni ... huhuhuu.... seronok barangkali hidup dipenuhi rakan-rakan sekelas. Hahahaa....

So, esok pulak. 😜😜 dah pesan siap2 kat ibu, esok tak yah datang dekat dia. Huhuhu... baiklah nak... huhuhu... dia kata, waktu balik nanti dia tunggu kat pagar kecik tepi sekolah tu. Hmmmm... ok!

Lagi 15minit jam 10.00 malam. Dah lelap dah makcik tu. Entah apa lah dia buat di sekolah tadi. Hahhahah... esok  pakai baju PJ katanya. Dah siap2 dah gantung tepi pintu bajunya  😏😏😏 huhuhu...

Okey, ibu pun letih dan mengantuk sangat ni. Sebelum tidur, telan 4 biji OSTEMATRIX dahuli ye  😘 Aisyah pun dah telan OMEGA GUARD sebijik bersama VITALEA FOR CHILDREN selepas makan malam tadi.

Aminah Syuhadah
Ibu Anak Sulong yang Baru Masuk Sekolah  😜

#diariustazah

Monday, 1 January 2018

AISYAH HUMAIRAH KE DERJOH 1

Hari Pertama Aisyah Humairah bt Ahmad Fitri Rusman di Tahun 1....

Seawal jam 6.45 pagi kami sekeluarga dah keluar rumah. Ibu, ayah, aisyah, ainin dan faqih. Hahahhaha....

Destinasi 1 ~ hantar Aisyah ke sekolah agama.
Destinasi 2 ~ hantar Ainin dan Faqih di taska.
Destinasi 3 ~ hantar baju dan keperluan Aisyah di rumah transit.
Destinasi 4 ~ hantar ibu ke sekolah. Punch in ibu merah!!!! Warghhhhh!!!

Seterusnya , ayah meneruskan agendanya untuk urusan kemasukan air dan elektrik untuk pindah masuk rumah baru.

Segala urusan balik dari sekolah agama ~ rumah transit ~ ke sekolah kebangsaan telah diuruskan oleh pihak transit berserta transportation. Alhamdulillah... dipmudahkan segala urusan dan seperti yang dijangka, Aisyah berjaya laluinya sendiri. Well done, Along!!

Pssstt!!!
Dia ok tu sebab dia ade colleague dia 6 orang!!! Perghhhh!

Ibu dulu, bawak diri sendiri2 je nak masa derjoh 1. Form 3 baru ibu bina geng sendiri. Hahahaha....

Okey, ibu nak balik dah. Tinggallah awok kat sekolah ni. Petang nanti ibu ambik. Daaa... heheh...

Aminah Syuhadah
Ibu Anak Sulong yang baru  tahun 1 😎😂

#diariustazah

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...