Saturday 26 October 2019

SOSODIKON HILL

SOSODIKON HILL, KUNDASANG. 
Bayaran Masuk : RM3.00 seorang. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah masuk percuma. 

Laluan masuk ke Sosodikon Hill. 

Betul2 tepi pintu utama Dream World Resort. 

Datang awal jam 7.00 pagi. Dapatlah pemandangan jelas Gunung Kinabalu. Tapi 7.30pagi pemandangan sekitar dan dilitupi kabus. Sehinggalah ke Bukit Sosodikon tu. 
Tu pondok jaga Dream World Resort. 
Budak kenit yang terselit tu, sejak awal kewujudannya dalam perut ibu lagi dia dah hiking and traveling. Melayankan kegilaan maknya. Hahahaha... 
Sepanjang susur laluan ke bukit Sosodikon ni banyak tanaman sayur dan bunga. TokMak jadi rambang mata. Hahaha. 
Syoknya banyak bunga macam ni. Tumbuh segar dan berwarna terang. 
'Pintu Masuk'. Pisang tu sesikat RM 3.00 je. Dijual di pondok bayaran masuk tadi. Kat situ pun ada jualan minuman. Kot korang tak bawak air macam kami ni. 
Okey jom! Pendakian bermula... Ngehngehngeh... 
Tengok!!! Hahaha teruja betul Mak dengan bunga-bunga di sini. 
Bergambar lagi. Hahahah 
Okey, teruja dengan bunga matahari. Kita pun teruja jugak! Hahha 
Pit stop lagi. Bila nak sampai ke atas ni, mak? Hahaha. 
Akhirnya..... Tiba juga di puncak bukit. Sebelah kiri ni, ada tandas. Bersih. Sempurna. Sejuk airnya. Berbaloi lebih kan dengan bayaran RM3 tu? 
Penat amat gayanya si bujang tu. Hahhahaha 
Takde orang boleh tolong ambilkan gambar kasi nampak view sosodikon tu huhuhu.. Selpiaq la sendiri dengan Zinnirah. Hahhaa... Encik suami sibuk melayan anak-anak yang lain. 
Spot yang viral tu kat sana nu.... 
Patutnya nampak Gunung Kinabalu. Tapi dah berkabus. Huhuhu. 
Kita berdua jauh berbeza. Langit dan bumi. Tapi serasi. Ku cintai mu. Kau cintai ku. Itu saja yang perlu kau dan kutahu. 
Jadilah... Sebagai kenangan. Bukti kita pernah datang ke sini. 
Ter'capture' pulak pemandangan indah ini. 
Okey, jom turun. Sejukkk!!! 
Tu, ternganga tidur kepenatan dan kekenyangan dek sebutir pisang sepanjang pendakian tadi. Hahahaha... 
Bye bye Sosodikon. Till we meet again. Mungkin masa tu nanti kami datang dengan 7 orang anak. Hahahaha.... 

Bukit Piramid, 
20.10.2019 

#kundasang 
#diariustazah

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...