Thursday 24 October 2019

KUNDASANG, SABAH.

Kundasang, Sabah. 

Sesuai amat dengan jolokan 'Switzerland Malaysia', spot-spot pemandangan kaki gunung Kinabalu yang cantik, tak ubah seakan perkampungan kecil di Lautenberg, Switzerland menjadikan Kundasang sebuah tempat pelancongan yang kena ulang-datang berkali-kali. 


Kedatangan kami kali ini bersama 4 orang anak kecil dan mak abah saya sekali. Kali pertama saya ke sini, tahun 2004, bersama team mendaki Gunung Kinabalu. Kemudian datang lagi pada tahun 2011 bersama suami dan anak pertama yang baru berusia 5 bulan. 

2011 kami tumpang menginap di rumah sahabat saya,  di Kampung Muhibbah Kundasang. 

Kali ini kami menginap di Ren-Hana KampungStay. Cantik rumahnya. Kecil. Tapi ada dua bilik. Satu dapur lengkap dengan mini stove, peti sejuk, pinggan mangkuk cawan kuali periuk untuk memasak. Ruang tamu ada TV dan bed sofa. Di dalam bilik, ada sebuah bilik lagi di bahagian atas. Dan sebuah bilik air. 

Sangat sesuai dan sangat selesa untuk kami sekeluarga. Ada beranda atau sinurambi menghadap pemandangan lembah sayuran di kaki gunung Kinabalu, terus mengarah ke Pekan Kundasang. Semilir angin petang sangatlah mendamaikan apabila kami minum-borak santai di sini. Gambar di atas diambil dari sinurambi rumah. 

Cantik, kan? Kalaulah ini rumah kita..... Kata anak-anak... Hahahaha... 

Tengok tu! Syok betul tu si kenit Zinnirah tu. Hahahaha... Sejuk sangat lantai tu.

Itu tangga ke halaman utama Ren-Hana KampungStay. Rumah kami inap ni di bawah. Di bawah kami ade sebuah rumah lagi. Di bahagian tangga, ditanam bunga-bungaan yang cantik-cantik warnanya. 

Ini bilik kedua. Berada di dalam bilik pertama. Maksudnya, dalam bilik, ada bilik lagi satu. 

Ini bilik pertama. Nampak tangga tu? Bilik kedua yang di atas tulah tu. Hihihi. 

Ruang tamu yang ringkas dan selesa. Jika bawak ramai ahli keluarga pun masih boleh tidur di bahagian ini. 
Bahagian pintu masuk rumah kami. Cantik. Selesa. Ringkas. Menarik. Tak rugi kami tambah satu malam di sini. Inilah hikmahNya homestay di Arnab Village dibatalkan. Alhamdulillah..... 

Ren-Hana KampungStay, 
Jalan Kuluan-Kundasang. 
Harga : RM250 /malam. 

1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...