Saturday 26 October 2019

DESA DAIRY FARM, KUNDASANG

Desa Dairy Farm, Kundasang. 
20 Oktober 2019. 
Harga Masuk: Dewasa RM5 Kanak-kanak RM4 (6tahun hingga 12tahun)

G E L A T O : bermaksud manisan beku. 

Ia berasal dari Itali dan cukup sinonim dengan negara itu sejak abad ke-16 lagi. 

Ustazah Min berpeluang menikmati gelato Halal yang bellisimo 👍 di Desa Dairy Farm, Kundasang. Tak terlalu manis dan berkrim elok. 

Rasa masam manis boleh tambah topping strawberi, blueberry dan lain lain. 

Harga untuk aiskrim coklat ustazzh ni RM5.30 sebekas ni. 

Pagi ustazah beli. Petangnye ustazah datang sini lagi untuk beli benda ni. Hahahahah. 

Datanglah ke sini jika anda nak berangan berada di negara New Zealand. Suasana yang sejuk dan nyaman. Ini kali kedua lah ustazah datang ke sini. 

Nanti balik ke Chini, ustazah nak ke ladang Farm Fresh pulak. Apa gelato yang ada di sana 😎 

Tarikan utama di Desa Dairy Farm ini semestinyalah kembu-lembu tenusu yang gebu, sihat dan comel meragut rumput di bawah kaki gunung Kinabalu, bertemankan udara sejuk dan segar. 

Pemandangannya memang tip-top ah masa kami tiba di sini. Berkabusssss..... Sebijik macam kat New Zealand, gituhhhhh! Hahahaha... 


Haaaa nampak tak kekabusan di belakang tu? Dilihat secara 'real' lagi cantik! Cuma tak berasap je mulut ni masa bercakap. Hahahah... 


Haaaa jelas dak??? Heheheheh.... 

Ish ish ishhhhh.... Betul-betul macam di negara New Zealand! Hehehe. Lembu-lembu kat belakang tu kan, dah biasa dah bergambo-gambo nih. Siap buat aksi-aksi manja lagi masa kita nak snap gambi dengan dia. Kiranya deme ni macam artis lah. Hahahha. 


Hhahaha kan?? Berani dia datang cium Zinnirah hahahaha. 

Boleh bagi minum susu kat anak lemby yang baru lahir kat sini. Masih ada tali pusat, belum kering pun lagi tali pusat anak-anak lembu ni. 

Sebotol susu anak lembu ni RM1.50. 

Sekejapan je habisnya. Hahahah... Laoar sunggu anak lembu ni. Maknya dalam kandang sana. Tengah diberi makan sementara nak diperah susunya pada sebelah petang nanti. 

Eh eh ehhhhhh.... Si Zinnirah ni berani pulak tarik-tarik telinga kambing tu. Hahaha. Mula-mula geli bukan main! Heheheh.... 

Itulah mak-mak lembu yang sedang menantikan masa untuk proses sedut susu. Errrr... Apa eh istulahnya? Hahaha... 

Kesiannnnn nengokkan lembu-lembu nih. Bengkak susu! Takleh berdiri. Baring jek. Huhuhu... Takpe lembu, kufaham situasi kau. Bengkak susu memang menyakitkan! 

Kebetulan. Masa nak ke kereta keluar dari sini, nampak Tok Abah dan Tok Mak 'dating' tepi pagar lembu. Hahaha.... Terus snap! Entah bila lagi kan kita boleh datang ke sini bersama.... Huhuhu.... 

Hokeyyyyy! 

Habis dah jalan-jalan tengok lemby tenusu. Jom gerak ke Ranau pulak. Ada banyak jugak tempat menarik di sana. Perjalanan sekitar hampir sejam jugak kot. 

#diariustazah #kakijalan #kakitravel #desacattle #desadairyfarm #kundasang

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...