Thursday 24 October 2019

KENALI MAKANAN KITA

KENALI MAKANAN KITA.
.
Bila dah tolak gula, kadang- kadang kemaruk attack lagi teruk daripada sebelumnya. Pernah rasa tak?
.
Jadi saya nak cadangkan selain repair jenis makanan harian, dan make sure seboleh- boleh tolak processed food dan sos, badan kita boleh dibantu oleh 3 jenis zat ini terdiri daripada vitamin, mineral dan lemak sihat.
.
❤ Vitamin B 
Kajian mendapati vitamin B7 atau Biotin membantu kita mendapatkan rasa puas makan terutamanya ketika makan makanan berkarbohidrat (yang mengandungi gula).
.
Biotin juga membantu tubuh menukar karbohidrat kepada glucose dan menjadi tenaga.
.
Vitamin B6 dan B12 pula penting untuk mengawal mood yang pastinya boleh terganggu pada minggu- minggu pertama anda cuba tinggalkan gula.
.
❤ Asid lemak Omega-3
Pengambilan asid lemak omega-3 yang cukup boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan bergula atau yang berkarbohidrat tinggi secara berlebihan.
.
Kajian juga mendapati pengambilan asid lemak omega- 3 meningkatkan serotonin di dalam otak yang menyebabkan kita cepat berasa puas dan kenyang ketika makan.
.
❤ Multivitamin 
Apabila badan lengkap dengan vitamin dan mineral, kemaruk gula dapat dikurangkan. Tahukah anda, badan yang tidak cukup vitamin dan mineral secara automatik akan "minta" gula!
.
Pengambilan multivitamin setiap hari dapat melengkapi keperluan nutrisi tubuh harian seterusnya dapat mengelak daripada munculnya keinginan untuk makan makanan bergula dan terproses tinggi.
.
Kalau kita sekadar berhenti makan gula berlebihan tapi tak pandai nak cari zat dalam makanan, kita akan sering craving dan inj memenatkan dan boleh buat kita putus asa.
.

#eatclean #eatright #eatrealfood #eatcleangetlean #sukusukuseparuh #roadtohealthylife #cabarancukupmanis #intermittentfastingmalaysia #eatcleanmalaysia #roadtohealthylife #malaysia #nosugarchallenge #detox #cleanse #dietmalaysia #mealprep #dietkalori #gengkurus #coachgula #nosugarchallenge #detoxqueen

1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...