Friday, 1 September 2017

BAHAYA_MELAHAP_DAGING_QURBAN

LApabila tibanya Hari Raya Aidiladha, maka akan berlakulah ibadat qurban hingga hari2 Tasyrik. Lembu, kambing, kibas, unta akan berlumba2 disembelih oleh umat Islam bagi merebut pahala.

Daging2 ini kesemuanya adalah daging merah (red meat). Daging merah adalah daging yg berwarna merah ketika mentah. Ia merah kerana mempunyai kandungan myoglobin yang tinggi di dalam dagingnya.

Malangnya, daging merah diketahui mempunyai risiko menaikkan tahap kolestrol dalam badan akibat kandungan lemak tepunya yang tinggi. Ini seterusnya meningkatkan masalah jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain. Kaitan antara pemakanan daging merah dan penyakit kardiovaskular adalah menghampiri tahap mutawatir dalam ilmu sains perubatan berdasarkan hasil kajian berskala raksasa yg dilakukan oleh para saintis seluruh dunia.

Justeru itu, apakah pemakanan daging merah perlu dielakkan sama sekali? Daging merah mempunyai kandungan zat besi dan protein yang tinggi yang semestinya mempunyai manfaat pada badan juga.

Namun sumber protein boleh juga diperolehi dalam daging putih (white meat) seperti daging ayam dan ikan serta kekacang. Daging ayam dan ikan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah dan oleh itu kandungan kolestrolnya juga adalah minima. Malah sesetengah ikan mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di dalam musim Qurban sekarang ini, apakah daging2 qurban perlu dielakkan sama sekali?
Bukankah ia menyelisihi sunnah?
Sebenarnya, kunci bagi persoalan ini adalah terletak pada petua para ulamak, "makanlah sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang". Islam menyuruh kita mengamalkan konsep wasatiyyah yakni bersederhana. Apa jua makanan jika dimakan pada kuantiti yg berlebihan sudah semestinya membawa mudarat dan menjadi racun kepada badan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam;

اَلْمُؤْمِنُ يَأكُلُ فِي مِعً وَاحِدٍ، وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِيْ سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

"Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus"

[HR Al-Bukhari (no. 5393), Muslim (no. 2060] dan yang lainnya dari Sahabat Ibnu Umar, juga terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Abu Musa.

Hadis ini tidak menunjukkan pada jumlah usus yang tujuh pada orang kafir namun adalah permisalan (majaz) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Qaadhi Iyadh (yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (XXIII/24), cet. Daar Ibnu Haitsam) bahawa hadis ini untuk menggambarkan bahawa orang kafir itu makan dan minumnya banyak, sedangkan orang mukmin adalah sederhana dalam makan dan minum. Lihat lengkapnya di Fathul Baari (IX/536-540)]

Oleh itu, apakah kuantiti pemakanan daging merah yg selamat dan sederhana bagi kita semua?

Jawapan bagi persoalan ini dijawab oleh Allah sendiri di dalam Al Quran.

“فسألو اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون” – (Al-Anbiya, 21:7)

Yg bermaksud, "Bertanyalah kpd yg mengetahui (ahli dlm sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”

Sudah semestinya bagi menjawab perkara ini mestilah terdiri daripada para doktor, pakar pemakanan dan para saintis yg mengkajinya secara mendalam.

Maka rumusan rekomendasi kuantiti dan cara pemakanan daging merah yg selamat adalah seperti berikut:

1. Total pemakanan daging tanpa lemak (lean meat), atau ayam (tanpa kulit) berkadaran saiz dua kotak mancis untuk hidangan makan tengahari dan makan malam sehari.

2. Ambil ikan (terutamanya yg kaya dengan omega 3 sekurang2nya 2 kali setiap minggu).

3. Ambil juga sumber protein lain seperti telur dan susu rendah lemak, protein dari sumber tumbuhan seperti tauhu, kekacang yang juga kaya dengan protein dan serat dalam hidangan seharian.

4. Pilih potongan bahagian daging yang kurang lemak tepu (lean cut meats) seperti daging batang pinang. Kebanyakan daging jenis ini (lean cuts) mempunyai perkataan "loin" padanya seperti sirloin, terderloin, rounds dan sebagainya.

5. Buang seberapa banyak lemak apabila memotong dan memasak daging. Juga buang lemak yg cair selepas memasak.

6. Elakkan mengambil organ dalaman seperti hati,limpa, otak yang tinggi kandungan kolesterolnya.

7.  Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang (grill), menyalai (broil), merenih (stew) dan kurangkan penggunaan minyak semasa memasak. 

8.  Bekukan atau sejukkan sup/stew daging sebentar di dalam peti untuk memastikan lemaknya membeku di bahagian atas. Keluarkan lemak yang mengeras  sebelum dipanaskan untuk dihidangkan.
Tips lain - lalukan senduk besi berisi ais batu di permukaan sup atau stew tadi. Lemak di permukaan sup tadi akan melekat di bahagian bawah senduk besi tadi. Lapkan minyak tadi dengan tisu atau basuh dengan air senduk tadi.

Jadi, berpada-padalah dalam mengambil daging qurban. Pandangan bahawa daging qurban adalah daging yg berkat dan kemudian melahap dan membahamnya tak hingat dunia adalah merupakan antara sebab paling kerap pesakit berjumpa kami di katil hospital setelah berhari raya.

Kongsikan jika  bermanfaat.

Nota: Rekomendasi pemakanan dipetik dan diolah dari American Heart Association (AHA).

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Perubatan Kecemasan M3*

dan

*Puan Ruqayyah Muhd*
*Pegawai Dietetik M3*

Medical Mythbusters Malaysia

Monday, 28 August 2017

RASULULLAH DAN SEORANG PENGEMIS

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW.

Pengemis itu berkata:
"Saya pengemis ingin meminta sedekah dari mu Ya Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai Aisyah, berikan baju aku itu kepada pengemis itu."

Sayyidah Aisyah RA pun melaksanakan perintah Nabi SAW itu.

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian Beliau SAW, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar itu:

"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah SAW?"

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang, dan semua orang yg hadir ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh hambanya agar membelinya dengan harga berapa pun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya:

"Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu aku merdekakan."
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi.

Alangkah gembiranya sibuta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah SAW yang didapatinya, orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:

" Yaa Rabb, dengan hak Rasulullah SAW dan berkat baju yg suci ini maka kembalikanlah pandanganku."

MaSya Allah...dengan izin Allah SWT, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, iapun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:

"Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku mau kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Sayyidah Aisyah RA:

" Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkahNya, ia telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta,
memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita."

Subhanallah...

Al-Imam as-Sayuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala sadaqah itu ada 5 macam:

‎أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
‎(كتاب بغية المسترشدين)

" Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori:

1) Satu dibalas sepuluh (1:10) yaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani.

2) Satu dibalas sembilan puluh (1:90) yaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau yg tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3) Satu dibalas sembilan ratus (1:900) yaitu bersedekah kepada kerabat yang sangat membutuhkan.

4) Satu dibalas seratus ribu (1: 100.000) yaitu sedekah/hadiah kepada kedua orangtua sendiri.

5) Satu dibalas sembilan ratus ribu (1 : 900.000) yaitu bersedekah kepada orang yg alim atau ahli fiqih.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin].

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiiiin.

Sunday, 27 August 2017

HENOCH SCHONLEIN PURPURA - ADHWA ADNIN

Bismillahirrahmanirrahim. Saya pernah janji nak tulis tentang ini, tapi aduhhhh perinciannya panjang. Tapi, saya rasa tak sedap pula kalau tak tunaikan, jadi saya tulis juga, moga-moga bermanfaat. Tapi, panjang ya, saya ni orang detail, tak pandai saya nak ringkaskan. Nak baca buat pedoman, bacalah, tak nak tak apa, simpanan buat kenangan saya.

Melinna awalnya demam, Ammar pun demam. Musim budak-budak sakit di taska, almaklum musim raya. Tapi, macam biasalah saya tak bagi dia ubat, jaga makan, bagi rehat, madu + lemon dan beberapa kaedah rawatan alternatif yang lain. Saya harap tubuhnya akan lawan demam dan jadi lebih kuat, tak mengharap bantuan ubat, macam saya adik beradik (mak memang ajar kami lawan penyakit daripada kecik).

Hari kedua, dia masih demam, mengadu sakit kepala, mual (nak muntah) dan sakit perut (tak teruk). Saya pujuk supaya dia kuat dan sabar, peluk dan beri dia keselesaan. Tak boleh nak fokus sangat sebab Ammar pun demam, meragam dan sentiasa mahu menyusu (df).Hari ketiga demam, bintik-bintik dah mula muncul, dia gatal dan tak selesa. Saya bimbang sebab habuk atau hama, saya buka semua cadar dan sarung bantal, basuh bersih, jemur.

Hari keempat, demam Ammar nampak dah kebah tapi Melinna makin lemah, dia mengadu perutnya makin sakit. Tapi, saya salahkan dia kerana tak mahu makan 😭 (my bad!), saya ingat dia masuk angin. Bintik-bintik purple kemerahan di kaki dan tangannya semakin merebak dan jelas. Bukan di atas kulit, dalam, di bawah kulit. Menjelang tengah hari, dia makin kesakitan, kakinya sudah bengkak tak boleh berjalan. Saya terkejut! ASTAGHFIRULLAH! Anak saya tak boleh menjejakkan kakinya ke lantai 😭 Jari jemari kakinya tak boleh digerakkan. Bintik-bintik (purpura) penuh di tapak kaki, kaki, betis, hingga ke punggung. Melinna menangis-nangis kesakitan. Saya bingung tak keruan, call suami mohon bantuan, agar anak kami dibawa jumpa pakar.

Petang itu, kami jumpa PAEDIATRICIAN di Bangi. Lepas pemeriksaan dan soal jawab, dr sahkan Melinna terkena satu penyakit yang RARE, tubuhnya terdedah kepada virus (berasal drp penyakit batuk/demam/selsema), kemudian virus tersebut bermutasi menyebabkan sistem pertahanan tubuhnya (antibodi) menggila/pening lalu menyerang tubuh badannya sendiri.

Kesannya kapilari darahnya (yang halus) bengkak (inflame) dan pecah menyebabkan purpura (bintik2 purple merah muncul di bawah kulit), mual, muntah, pening, tak selera, sakit pada sendi (arthritis) upper limb lower limb, sakit perut. Tapi, ketika itu, ketika kami bawa dia jumpa dr, dia cuma sakit sendi dan bengkak di bahagian kaki, tak boleh jalan serta tak selera makan. Dr kata nanti akan baik sendiri, boleh jadi sekejap sehari dua atau boleh jadi lama (sebulan), tak ada ubat, pantau keadaannya. Kami pun lega, balik rumah. Saya faham virus ni once dah masuk, kena tunggu dia settle, baru baik, tak ada ubat. So terpaksa hadap simptom dia, saya ingat macam tu lah. Jadi saya bersedia nak hadapi segala simptom dengan harapan satu-satu akan settle dan Melinna akan baik sendiri.

Hari ke-5, hari Jumaat, tangannya sakit, jari jemari tak boleh gerak. Pegang botol susu pun tak boleh. Bayangkanlah, tak boleh berjalan dan tak boleh pegang apa-apa. Punyalah dia sakit, kalau kita sentuh sahaja jarinya, dia menjerit sekuat hati. Kata suami, macam orang kena gout. Jari jemari dan tapak tangannya bengkak macam belon. Ayahnya yang jaga, betul-betul dia terseksa. Petang itu, sakit kakinya dah hilang dia dah boleh jalan. Tapi, malamnya pula dia sakit perut yang maha dahsyat. Dia tak tidur satu malam. Merintih-rintih sakit, paling sedih terdengar dia cakap seorang-seorang di tengah malam "Allah, Allah tolonglah adik. Adik sakit sangat Allah. Ayah, tolonglah adik, buatlah apa pun ayah, perut adik sakit sangat ayah" Pecah empangan air mata mama, dik.

Hari ke-6, Sabtu, tangannya dah boleh digerakkan. Masih sakit perut dan simptom seterusnya keluar, dia muntah-muntah dan muntah, sebanyak-banyaknya. Lebih 8 kali dia muntah hari tu. Melinna lemah, tak selera, tangan dah boleh gerak dan pegang, kaki dah boleh jalan. Mama dan ayah sedikit lega, petanda baik, maybe virus dah hampir selesai 'buat kerja' dan dah nak keluar daripada badan adik.

Ahad, nampak tak ada simptom baru keluar, dan semua simptom dah hilang kecuali purpura dan tak selera makan. Saya legaaaaaaaa sangat ingat dia dah nak sihat. Jiran saya, lecturer nursing dah bising nasihatkan agar kami bawa ke hospital, dia bimbang sebab takut ada internal bleeding. Tapi, saya optimis harap sangat anak saya dah okay.  Esoknya, Isnin saya minta suami jaga dia bawa ke office, tak berani nak lepas ke taska lagi.

Dan perkara yang paking ditakuti terjadi, petang itu, serangan kedua berlaku, sakit perutnya datang semula. Menjerit-jeritlah dia dalam bilik ayahnya, kakinya bengkak semula dan tak boleh berjalan, tangannya juga, kali ini dahsyat sebab semua simptom serang serentak. Sebaik ayahnya khabarkan pada saya, terus saya tersentak! Wake up call, saya kena cari pendapat kedua, bawa jumpa pakar lain. Saya tak sanggup nak lalu sekali lagi cycle simptomnya keluar.

Saya whatssapp kawan saya Azlina Nekmad, mohon pendapat. Terus dia rujuk kepada seorang pakar (prof) ppum di tempatnya bertugas. MasyaAllah, lepas saya dapat respon drp dia barulah saya tahu keadaan anak saya teruk dan saya tak sepatutnya biarkan dia tanggung kesakitan. Wallahi, saya tak tahu. Dia gesa agar saya terus ke hospital, sama juga dia bimbang ada internal bleeding atau kesan pada ginjal.  Kami ke KPJ Kajang berjumpa Dr Asmuni, jiran kami (lecturer nursing) tu yg suggest.

Di hospital, dr periksa melinna dan dia terus ditahan. Malam itu juga dia diberi steroid untuk kurangkan azab sakit dia. Malam itu buat pertama kalinya dalam seminggu ini dia tidur nyenyak senyenyaknya. Ada 3 jenis ubat yg diambil sepanjang kami di sana, steroid (hydrocort) utk redakan inflammation, ubat demam dan ubat sapu. Melinna buat semua ujian, ujian darah, ujian air kencing dan ultra sound. Alhamdulillah tak ada pendarahan dalam perutnya dan ginjalnya juga selamat. Hasil ujian darah mendapati dia terdedah dengan virus STREPTOCOCCUS, virus ni lah jadi punca, trigger antibodinya jadi gila menyebabkan HSP.

Dr beri antibiotik untuk STREPTOCOCCUS. Dari mana Melinna dapat virus ni? Daripada orang yang batuk, sakit tekak, selsema atau ada pneumonia. Sangat subjektif sebab kami hidup dalam persekitaran begini. Mungkin orang lain kena tak jadi apa, tapi apabila dia yang terdedah, tubuh badannya bereaksi begini. 2 minggu dia bertarung. Sepanjang di hospital, dia tak menangis saat dicucuk diambil darah, atau dimasukkan ubat melalui salur darahnya, dia tahan saja. Jadi saya tak boleh bayang bagaimana agaknya tahap kesakitan semasa simptom-simptom HSP menyerang sampai dia menjerit-jerit begitu. Kasihan Melinna. 4 hari sahaja kami di KPJ, seterusnya sambung ubat di rumah (habiskan antibiotik)

Saya ambil cuti separuh gaji jaga anak saya di rumah. Biar dia sihat betul-betul barulah saya lepaskan dia ke taska semula. Doktor pun dah pesan HSP boleh berulang, 6 bulan baru boleh declare bebas sepenuhnya. Seminggu dia di rumah, selera makannya mencanak-canak, balas dendam barangkali 😂 saat bertemu dr utk pemeriksaan susulan, dr terkejut melihat dia sudah montel dan beratnya naik begitu cepat 😂 Dr sahkan dia dah sihat dan boleh kembali ke taska.  Alhamdulillah.

Setakat hari ini Melinna sihat dan cergas. Saya dan ayahnya usahakan segala yang boleh kami lakukan untuk tingkatkan antibodi dan fungsi tubuhnya. Kami hidup dalam kawasan membangun, kaya debu dan pencemaran, maka perlu tentang dengan ilmu untuk pencegahan.

RUMUSAN
📌HSP bukan penyakit berjangkit, ini adalah reaksi tubuh seseorang terhadap virus.
📌Simptom HSP Melinna keluar satu per satu (fasa pertama), reda 1 hari, keluar serentak (fasa kedua)
📌Satu lagi simptom yang saya tak cerita kat atas, sembelit. Iya, melinna sembelit, AZAB.
📌HSP memang tak ada ubat, tetapi simptomnya boleh diredakan.
📌HSP yang teruk boleh menjejaskan ginjal
📌HSP boleh terjadi kepada orang dewasa
📌Semua simptom akan hilang, termasuk
purpura
📌 Total tempoh Melinna tanggung simptom sebelum ditahan di wad ; 9 hari.
📌 Total tempoh terima rawatan di KPJ KAJANG; 4 hari
📌Total tempoh jagaan penuh di rumah ; 9 hari

Sorry kalau ada kesalahan dari segi penerangan perubatan, saya bukan doktor tapi saya cuba memahami penyakit anak saya daripada apa yg saya saya lihat, lalui dan pandangan doktor. Saya kongsi begini sahajalah.

Tq pada kawan-kawan yang bantu saya dan insist supaya anak saya dapat rawatan yang sepatutnya. Tqvm 😘

~BAGAIMANA SAYA BERJAYA PUDARKAN JERAGAT DENGAN CARA ALAMI~

Bagaimana saya berjaya pudarkan jeragat?

Dulu,
Saya rajin oles Muka dengan Krim malam � Muka memang mulus laaa..Hehehe....

Pastu,
Sejak berkahwin, Saya rasa tak selesa nak berkrim malam � hukhukhuk.... Maka, dalam tempoh 6 tahun perkahwinan, kulit Saya jadi kering Dan mula berjeragat. Jerawat? Langsung takde!! � Tapi jeragat? Banyak di pipi khususnya.

Jadi,
Bagaimana saya berjaya pudarkan jeragat pada wajah saya? Antara cara saya ialah :

� Amalkan suplemen

Saya mula amalkan Vitamin C sejak tahun 2013. Terus konsisten bersama beberapa suplemen lain seperti alfalfa, vitamin E dan GLA Complex (omega-6).

� Rutin pencuci, pelembap Dan toner kulit

Macam-macam produk saya Cuba Dan guna. Tapi mesti kena ade 3 benda ni (cleanser, moisturiser, toner). At last, I found the right one! Iaitu Shaklee NUTRIWHITE �� Sangat melegakan kulit Saya yang kering Dan kusam.

Tapi sekarang NW dah tak keluar dah ��� maka , Saya beralih kepada produk desa pulak iaitu Sabun Minyak Kelapa Dara by TINIEYHERRY � di samping mencuci, ia juga membantu melembapkan kulit muka Saya ����

� Amalan pengambilan makanan berkhasiat Dan seimbang

Sejak zaman single lagi saya memang Seorang yang amat menitikberatkan pengambilan pemakanan Saya. So apabila Saya ade masalah kulit, Saya lebih alert & concern tentang makanan.

#diariustazah
#sihatceria
#shakleeefect

Friday, 25 August 2017

PENYAKIT KURANG DARAH

Tanda tanda:

Pucat, mata dan  daging bawah kuku. kekadang bengkak muka DAN kaki khususnya waktu oagi....keletihan, pening-pening, hilang nafsu makan dan kadang kadang cirit birit

Arahan:

Diet ringan dengan buah2an segar DAN makan sup ayam, HATI, lobak merah, Bayam merah. Hindarkan makanan berlemak.

PENYEDIAAN MAKANAN HERBA

4 Sudu Teh kayu manis india ditmbuk lumat
8 Sudu Teh Madu lebah
8 cawan air buah delima

Cara Penyediaannya:-
Larutkan serbuk kulit KAYU manis DAN Madu lebah didalam air delima. DAN minum

Dos:-
2 Sudu Teh larutan tadi kedalam 1/2 cawan air.

Selamat mencuba
Dipetik DARUL KITAB AL TIBB AL RAUDI AS SUFI

SETIAP HARI KENA DOA.....

Setiap hari kena :

#DOA diampunkan semua dosa.

Setiap waktu Kita buat dosa...Dalam sedar atau tidak..dosa yang telah lalu..dosa yang akan datang..Kan ade dalam DOA Tahajud Tu 😘

#DOA diampunkan dosa orang yang Kita Sayang.

Mulakan DOA dengan memohon keampunan untuk Mak Abah, pastu untuk guru-guru yang pernah mendidik Kita, termasuk 'upline/sideline'  & customers yang menjadi guru dalam bisnes Kita  (ni bagi yang buat bisnes Lah 😎).

Kemudian mohon DOA diampunkan dosa pasangan & anak2 Kita.. doakan juga agar kita sekeluarga ' dipertemukan kembali di dalam Syurga Allah'..Aamiiin...

#DOA dipermudahkan segala urusan.

Ini wajib! Sebab? In every our single day, Kita sentiasa berdepan dengan provokasi yang boleh menimbulkan kepayahan dalam urusan kit. Maka, kena pandai menguruskan emosi Dan urusan tersebut dengan sebijak mungkin!

Mohon lah pertolongan Allah SWT apabila menghadapi kekusutan/kesulitan dalam membuat keutusan atau ketika berurusan dengan hambaNya 😘 ini sebagai bukti kebergantungan Kita kepada Yang Maha Memberi Rezeki....

Teruskan berDOA, Dan berusaha! Pasti berjaya 😎

#diariustazah
#sihatceria
#liveamazing

Thursday, 24 August 2017

Harga Minyak Naik.....Apa nak buat?

=============================

Aduhaiiii....Mujurlah minggu ni harga minyak kenderaan masih pada harga minggu lalu.

Hmmm..
Tapi sejak lepas Aidilfitri, harga minyak naik bertingkek-tingkek kan? Lega jugak hatiku ni sebab kejadian ini berlaku apabila Aku dah mengajar dekat dengan rumah 😘 kalaulah Aku masih mengajar nunnnnn jauh berbatu seperti sebelum-sebelum ni, memang nangis tepi petrol pump agaknya 😖😖😖😖

Walaupun berulang-alik dekat dengan rumah, Kereta tetap kena dituang minyak jugak Kan, nak ke sana ke Mari. Nak harapkan duit gaji semata-mata, memang tercekik jugak! Huhuhuhu...

Alhamdulillah,
Minggu lepas berjaya kumpul RM 70 hasil jualan Vitamin SHAKLEE. Minggu ni dapat lagi RM50 😘 minggu sebelum Tu RM 50... So, memandangkan esok bermulanya cuti sekolah, pastu nak balik kampung halaman tercinta, maka duit-duit memang 'spend' untuk minyak Dan tol Lah 😁 

Kepada rakan-rakan & sanak-saudaraku,
Buatlah apa-apa perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan korang 😘 sebab Kita ni hidup di zaman yang sangat-sangat perlukan duit. Memang betul tak perlu duit banyak-banyak, tapi SEMUA benda perlukan duit Kan? Kecualilah korang memang suka makan ulam yang ditanam sendiri atau pancing sendiri ikan di parit 😎😎😎

Ok, adiós amigos 😋😋😋 wallahu a'lam....

#diariustazah

DIARI AISYAH HUMAIRAH

Haihhhh anak!

Mana tidak tumpahnya kuah Jika tidak ke nasik 😂😂😂

Aisyah oh Aisyah!

Hasil tangan dia memang menakjubkan! Ketika Aisyah berusia 1 tahun 8 bulan, Aisyah bina robot bersenjata & Kereta kebal daripada Lego. Setiap hari, pasti Ada sahaja pelbagai rupa robot yang dia bina 😁

Amazingly, Masa umur Aisyah 2 tahun 6 bulan, dia lukis gambar Amber, Roy, Heli (#robocarpoli) siap warna masing-masing tanpa melihat kepada benda2 Tu pun!

Hampir setiap hari Aisyah habiskan masanya dengan melukis & mewarna.....

Dan sekarang,
Buku sekolah Pon nak dilukisnya 😖😖😖😖😖

#diariustazah
#diariaisyah

Tuesday, 22 August 2017

WHY I 💓 SHAKLEE

~LANDMARK STUDY @ kajian Mercu Tanda~

Apabila disebut 'mercu tanda' , sudah pasti semua orang tahu bahawa ia adalah petunjuk kepada sesuatu tempat . Contohnya , KLCC adalah mercu tanda Malaysia... Eiffel Tower adalah mercu tanda Paris....haaa gitulah lebih kurang...

So, Shaklee sendiri pon mahukan suatu 'mercu tanda' sebagai kebitaraan produknya! 

KENAPA?
=======
Ini adalah permintaan daripada Roger Barnett sendiri agar data saintefik dikeluarkan bagi membuktikan Shaklee benar-benar berkesan. Maksudnya , tak perlulah buat testimoni palsu atau buat-buat cerita ;-)

APA YANG DILAKUKAN?
===================
Lebih daripada 1000 responden diambil terdiri dalam kalangan pengamal suplemen ; tidak mengamalkan suplemen ; pengamal suplemen Shaklee lebih 20tahun untuk dibandingkan tahap kesihatan mereka.

SIAPA YANG JALANKAN KAJIAN?
===========================
Roger Barnett meminta pihak ke-3 menjalankan landmark study ini yang diketuai oleh Dr Gladys Block dari University of California, Berkeley bersama pasukannya.

BAGAIMANA?
===========
Roger Barnett juga meminta agar apa jua keputusan yang diperoleh daripada kajian tersebut hendaklah di'publish'kan sama ada keputusannya baik atau sebaliknya. Berani beb!!!!

WHERE?
=======
Sapa-sapa saja yang mahu tahu tentang produk Shaklee boleh dapatkan maklumat berkaitan keberkesanan produk ini menerusi dapatan landmark study ni sama ada di laman web atau journal2 terbitan berkaitan kesihatan dan pemakanan.

Atau mungkin ada yang tercari-cari suplemen yang betul2 sesuai dan dipercayai mampu membantu memcapai tahap kesihatan, boleh lah buat comparison berdasarkan dapatan landmark study ni tadi...comfirmed memang tak tipu! ;-P

************************************************
Jom join saya jaga kesihatan! ;-)

Adah 012.3618431
Fitri 017.3129349

#landmarkstudy
#landmarkstudyshaklee

Saturday, 19 August 2017

BARANG WAJIB ADA DALAM BEG!

Walaupun kaki sebelah dah bengkak, tapi Muka tetap steady mengunyah 😁😁

Kaki sebelah bengkak sebab #boboyot tak duduk diam, mungkin jarum yang bawah kulit Tu tercucuk ke tempat lain. Huhuhuhu... Nurse datang, terus cabutkan! Ibu yang ngeri 😖😖😖

Jelas sangat kelihatannya sebelah kaki yang membengkak Tu.huhuhu... So ayah take over urutkan betis Dan peha dengan minyak kelapa dara. Pastu ibu pulak legakan dengan herbal blend yang berangin Tu 😄😄😄 nyaman, kan Faqih! Hihihihi...

Herbal blend ni Krim pelbagai guna. Applicable dan mudah dibawa ke mana sahaja. Spare je dalam setiap beg yang nak digunakan. Ada 1 tiub dalam beg taska Faqih, 1 tiub dalam luggage balik kampung, 1 tiub dalam backpack ibu 😎

Semasa bercuti atau balik kampung, sapukan di seluruh kaki Dan tangan anak-anak sebagai losyen. Inshaa Allah takde kesan gigitan nyamuk pun! Amazing!! Hahah..

Apabila Ainin kembung perut, atau sakit perut, cepat-cepat dia selongkar luggage atau beg taska Faqih atau back pack ibu Cari benda ni 😂 pastu sapu sesuka hati dia je nak banyak mana kat perut dia tu!! Urrgghhh!!!

Harga pun ok je RM39.90. Tahan berapa lama? Ikut kekerapan penggunaan lah 😄 lagi pun Krim ini BEBAS PARABEN dan mentholated 😋

Nak mintak COD herbal blend sekitar Klang - Bandar Kuala Selangor, boleh hubungi Saya 😚

#sihatceria
#multipurposecream

KURUS TANPA SUPLEMEN/VITAMIN

Boleh je nak kurus tanpa amik apa2 vitamin 😎 senaman 3 Kali seminggu (15-20 minit/sesi) confirm kurus dalam Masa sebulan!

Tak caya???

Wehhhh...Aku dah buat Lah!!! Hahahahahah....

Tapi...Kesannya SANGAT berbeza selepas Aku kurus dengan mengamalkan bersama beberapa vitamin (sejak 5 tahun kebelakangan ni).

Tubuh Kita perlukan multivitamin dan multimineral untuk kekalkan metabolism tubuh. Apabila kadar metabolik tinggi, badan Kita mudah bereaksi dan berpeluh. Perpeluhan amat perlu untuk pengeluaran toksin daripada badan.

Boleh je bersukan tanpa amik apa-apa suplemen 😎 tapi 'performance' dia mana sama dengan ahli sukan yang makan suplemen.

Apabila Kita bersukan, bahagian tubuh yang Paling kuat Dan banyak bekerja ialah TULANG! maka tulang kena kuat untuk segala macam aktiviti sukan yang Kita lakukan. Nak kuat, kena bagi makanlah Kan? Makanan tulang ialah kalsium, magnesium Dan vitamin D.

Otot jugak perlukan makanan, barulah dapat kurus yang cun, Bukan kurus kedinggggg!!!! Hahahahahah... Apapun tak boleh 😂😂😂 

So makanan otot ialah lesitin. Sebab tu ahli bina badan banyak ambil sumber lesitin untuk tujuan pembentukan otot yang tegap dan berbonjol-bonjol Tu! Aummmmm... 😘😘😘

Budak-budak sekolah pun macam Tu. Cikgu-cikgu dialah yang sibuk beriya bancuh air glukos bagi atlet dia minum! Budak ape tau? Tau teguk je bergelas-gelas 😂😂 (Aku ler Tu....Zaman sekolah dulu..Hehehe)

Vitamin membantu Kita sihat menyeluruh. KURUS dapat, kolesterol LDL Pon rendah, penyakit lain pon Kita boleh elakkan.

~Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri ~

#sihatceria
#diariustazah

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...