Sunday, 21 May 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Pelihara Hak Muslim Tanggungjawab Muslim*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَخُونُهُ وَلَا يَكْذِبُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْضُهُ وَمَالُهُ وَدَمُهُ التَّقْوَى هَا هُنَا بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْتَقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

_*Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seorang muslim itu saudara bagi seorang muslim, dia tidak mengkhianatinya, tidak berdusta kepadanya juga tidak boleh merendahkannya. Seorang muslim itu haram atas muslim lainnya untuk mengganggu kehormatannya, hartanya dan tidak pula menumpahkan darahnya. Takwa itu berada di sini (dada), cukuplah dalam hati seseorang itu ada keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim."*_ (HR Tirmizi No: 1850) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain

2.  Seorang Muslim perlu menjaga hak Muslim yang lain dengan:

a.  Tidak mengkhianatinya
b.  Tidak berdusta kepadanya
c.  Tidak merendahkannya.

3.  Seorang muslim itu haram  memperlakukan sesuatu yang buruk keatas muslim yang lain:

a.  Mengganggu kehormatannya
b.  Merosakkan hartanya
c.  Menumpahkan darahnya.

4.  Takwa itu sesuatu yang terhunjam di dada

5.  Apabila seorang Muslim menghina saudara muslim yang lain, bererti di dalam hatinya ada keburukan

*Marilah kita memelihara hak saudara Muslim yang menjadi tanggungjawab kita.*

21hb Mei  2017
24hb Syaban 1438H

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

*Nafkah kepada Keluarga Adalah Sedekah*

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

_*Dari Abu Mas'ud Al-Anshari RA maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah."*_ (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Tanggungjawab seorang lelaki Muslim adalah menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak.

2.  Wajib bagi seorang suami memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status:  Sahih

3.  Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah

22hb Mei 2017
26hb Syaban 1438H

TULANG & KOMPOSISI DARAH

TAHUKAH ANDA...!!!!!...

Kekuatan structure & anatomi tulang merupakan titik tolak pada kesempurnaan komposisi darah sel merah anda,..

Ini kerana Erythrocytes dijanakan Dari sum2 tulang .,kelemahan pada structure & anatomi tulang akan menjanakan ketidaksempurnaan Dari sudut komposisi

TIP's
====
Bagaimana untuk menguatkan tulang..??

🌴 Pengambilan kalsium yg seimbang, serta vitamin D yang terdapat pada cahaya matahari di waktu dhuha amat memberi reaksi yang positif kepada kesihatan tulang, ada juga info yang menyatakan batang saderi baik untuk tulang.

..Sekarang ANDA sudah tahu..!!! Ucapkanklah "SUBHANALLAH"
==========

Saturday, 20 May 2017

Vivix untuk Jantung

Penyakit jantung atau Penyakit kardiovaskular ialah sejenis penyakit yang berkait dengan sistem peredaran darah,jantung dan pembuluh darah.

Penyebab Penyakit Jantung Secara Umumnya adalah diseebabkan gaya hidup yang tidak sihat

Penyebab lain adalah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit diabetes, tabiat merokok, stres, dan obesiti

Kolestrol, darah tinggi dan jantung... sgt berkaitan!

Jadi, untuk mengelakkan semua ini terjadi kena la jaga pemakanan. Jajan, makanan berproses, makanan berlemak, perlu dielakkan.

ambil makanan seperti bijian, sayur2an, susu rendah lemak dan sebagainya. Kurangkan juga pengambilan garam dan bahan perasa

Hentikan juga tabiat merokok dan pandai uruskan stress. Lakukan aktiviti bersukan yang sesuai dengan had umur masing-masing.

VIVIX dan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension

Hypertensi merujuk kepada tekanan darah yang menolak ke arah dinding arteri dengan tekanan yang tinggi semasa peredaran darah

Individu yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat adalah dijangka mempunyai penyakit darah tinggi.

Tekanan darah yang meningkat melebihi paras normal dan kekal tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung.

Bukan tu jer, kegagalan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga masalah kesihatan yang lain.

Pengukuran tekanan darah, nombor di bahagian atas tu dikenali sbgai tekanan sistolik, iaitu mewakili tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam darah. Nombor di bahagian bawah pula adalah tekanan diastolik, yang mewakili tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman

Masa paling baik utk mengukur tekanan darah adalah semasa dalam keadaan duduk atau baring.

Bacaan tekanan darah paling rendah adalah semasa tidur dan meningkat apabila bangun dari tidur. Ia juga berlaku peningkatan apabila seseorang itu teruja atau aktif.

Vivix dan Darah Tinggi

HIPERTENSI

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hypertension

Hypertensi merujuk kepada tekanan darah yang menolak ke arah dinding arteri dengan tekanan yang tinggi semasa peredaran darah

Individu yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat adalah dijangka mempunyai penyakit darah tinggi.

Tekanan darah yang meningkat melebihi paras normal dan kekal tinggi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk serangan jantung.

Bukan tu jer, kegagalan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga masalah kesihatan yang lain.

Pengukuran tekanan darah, nombor di bahagian atas tu dikenali sbgai tekanan sistolik, iaitu mewakili tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam darah. Nombor di bahagian bawah pula adalah tekanan diastolik, yang mewakili tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman

Masa paling baik utk mengukur tekanan darah adalah semasa dalam keadaan duduk atau baring.

Bacaan tekanan darah paling rendah adalah semasa tidur dan meningkat apabila bangun dari tidur. Ia juga berlaku peningkatan apabila seseorang itu teruja atau aktif.

Vivix & Kolesterol

KOLESTEROL

Ramai org di luar sana yang beranggapan kolestrol adalah tidak baik untuk kesihatan. Betul tak?

Hakikatnya bukanlah begitu. Ini kerana kolesterol ada yang baik(HDL) dan ada yang jahat(LDL). Seperti gambarajah di atas.

Tahap kedua-dua kolesterol ini perlu seimbang mengikut keperluan tubuh.

Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh kerana ia membawa masalah kepada pengumpulan kolesterol dalam arteri yang membawa kepada beberapa masalah kesihatan.

Kolesterol yang baik pula berfungsi sebagai pembentuk sel membran, menyaring setiap molekul yang masuk dan keluar dari dalam sel, membantu menghasilkan hormon tubuh seperti hormon seksual dan membantu dalam menghasilkan cecair hempedu.

Kolesterol ni sebenarnya berada di hampir semua bahagian tubuh badan kita seperti di otak, sistem saraf, otot, kulit, hati, usus dan jantung

Dalam tubuh badan kita sendiri yang menghasilkan Kolestrol adalah hati.

Selain itu kolesterol diperolehi daripada makanan yang kita makan setiap hari. Contohnya makanan yang berasaskan tenusu, kuning telur, hati ayam, mentega, udang, makanan yang diproses dan lain2 lagi

Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.

Tahap Kolestrol yang tinggi boleh menjadi penyebab kepada penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) dan seterusnya penyakit jantung ❤

Ulangkaji Bab Puasa

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua -

(Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian

(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Shaa ALLAH..
😀😀😀

* Berbuka puasa dgn buah kurma + minum air suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

*** Ambil peluang utk kurangkan atau berhenti terus drp merokok.

Friday, 19 May 2017

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

**

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

_*Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.".*_ (HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala

2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk.

3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka:

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada disyurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka” (HR Tirmizi No: 1932)

*Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Moga sifat malu yang ada sebagai ganjaran ke syurga. Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka*

20hb Mei  2017
23hb Syaban 1438H

Miliki Cabang-Cabang Iman

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

**

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

_*Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah perkataan, LAA ILAAHA ILLALLAHU (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman."*_ (HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Iman itu memiliki lebih 60 cabang

2.  Cabang Iman yang paling utama ialah ucapan kalimah syahadah

3.  Iman yang paling rendah ialah membuang sesuatu di jalan raya yang boleh menjadi gangguan atau mudarat kepada orang lain

4.  Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.

إِنَّ لِكُلِّ دِينِ خُلُقًا وَخُلُقُ الإِسْلاَمِ الْحَيَاءُ

“Setiap agama memiliki  akhlak dan akhlak utama Islam adalah sifat malu”  Riwayat Ibn Majah

*Semoga kita memiliki sifat malu yang merupakan cabang Iman.*

19hb Mei 2017
22hb Syaban 1438H

Wednesday, 17 May 2017

Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

**

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

_*Dari Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."*_ (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.

2.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan solleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.

3.  Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU"  dengan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada orang lain melalui pelbagai relung dan ruang yang ada termasuk media sosial seperti whatsapp, telegram, FB dan sebagainya.

17hb Mei 2017
20hb Syaban 1438H

LALUI PRA MENOPOS YANG CERIA 😍

Ini kakak order untuk dirinya dan suami tercinta ;-) sweet-sweet gitewww!!

Omega-3 [Omega Guard] dan Omega-6 [GLA Complex] membantu seimbangkan hormon wanita agar dapat menjalani kehidupan usia emas yang lebih ceria dan mengujakan :-)

Omega-3 [Omega Guard] dan Ostematrix membantun mengurangkan keradangan akibat sakit sendi terutamanya untuk cik abam yang kuat bekerja ;-)

Suplimen membantu melengkapkan nutrisi dalam makanan harian kita. So suplimen perlu diamalkan sama seperti kita makan makanan setiap hari. Sebab? Suplimen adalah BUKAN ubat!!

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...