Friday, 3 March 2017

SESUNGGUHNYA ALQURAN ITU ADALAH PENAWAR....


Kena simpan ilmu ni baik2...
Orangnya pun dah takda lagi...
(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) - *Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu*.
-Ambil Sisik Terakhir ( hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - *Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada OTAK ikan tersebut*.
   - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
   - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - *Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada Buah Kelapa Sawit*.
   - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
   - Jangan ambil menggunakan tangan,  sapu menggunakan Sabut Kelapa Sawit itu sekali
   - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) *Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri*
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) *Resdung*
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) *Masalah Sakit Tumit / Sakit2 Sendi (rheumatism)*
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah
- At Taubah ayat 14
- Surah Al - Hashr ayat 21

7) *Fibroid, atau masalah yang
     melibatkan wanita*
- Menggunakan Madu Asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat Kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayat 69, jampi ayat tersebut pada Madu
- Makan 1 sudu sehari
   Bc Surah An -Nahl, ayat 69

8) *Angin Pasang*
- Menggunakan Madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah
- Surah Al - Isra', ayat 82
- Surah Al - Hashr, ayat 21
- Surah Ash - Shua'ra', ayat 70

9) *Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, & masaalah Jantung*
Bahan - bahan :
- Ambil Serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah Kelapa (yang berhingus)
   Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,
1 bj kelapa, 3 btg serai, 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

- Ambil buah kelapa, letak atas
   api gas & panaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah
   suam.
*Satu biji kelapa, selang 2 hari.
( guna 7 bj kelapa  dlm tempoh ini)

10) *Susah tidur malam*
Surah Al - Kahf, ayat 11

11) *Angin dalam badan, sakit - sakit sendi*
Surah - fussilat, ayat 44

12) *Merawat histeria*
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup~ Dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus,
Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar Diri dahulu sebelum mengubati orang lain ~
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

#copy paste

VERTIGO

Pernahkah anda atau sering alami satu keadaan di mana anda merasakan dunia sekeliling anda berpusing-pusing, hingga adakalanya menyebabkan anda rasa mual Dan muntah? Malah sukar untuk bergerak dan berjalan?

Ada juga yang sampai berpeluh dingin! Bahkan, ketika berbaring pun masih boleh rasa 'pusing mata'!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sebenarnya, apa itu VERTIGO?

1. Ia adalah 'perasaan' seperti kepala berputar, atau merasakan keadaan sekelilingnya berpusing-pusing.

2. Mual yang luar biasa hingga mengakibatkan muntah.

3. Gerakan Mata yang abnormal.

4. Berpeluh dingin.

5. Telinga berdengung.

6. Sukar untuk bercakap Dan berjalan akibat rasa keadaan berputar. 

Apakah SEBAB Vertigo ini?

# Gangguan keseimbangan di bahagian dalam telinga (vestibular) atau mungkin di bahagian otak (saraf).

# Keradangan pada bahagian labirintis telinga (vertigo kadang-kadang terjadi dengan tiba-tiba Dan diikuti dengan hilang pendengaran).

# Ada masalah jantung.

# menghadapi Anemia atau kurang darah.

# Pernah berlaku pendarahan di otak atau kecederaan di kepala.

# STRESS

# Migrain

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Boleh ditangani dengan cara :-

@ Jangan buat gerakan mengejut!

@ Cepat-cepat duduk apabila VERTIGO menyerang.

@ Buat gerakan kepala perlahan-lahan, TAPI jangan dongakkan kepala atau membongkokkan badan!

@ Kurangkan pengambilan GARAM dalam menu harian 😘

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
RESVERATROL untuk VERTIGO

Oleh sebab VERTIGO ini berpunca daripada masalah saraf dan ketidaklancaran aliran darah, maka RESVERATROL bertindak melancarkan aliran darah melalui saraf ke bahagian otak.

Namun, lain orang lain pengalaman VERTIGO yang dialaminya 😋 

So, berjumpalah dengan Doktor anda bagi mendapatkan kepastian mengenai penyakit yang anda hadapi. VIVIX adalah Supplement, ia BUKANlah ubat untuk merawat Dan menyembuhkan penyakit anda 😘😘😘

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Nak tahu Pasal vitamin Shaklee? Wasap terus kat UstazahCeria

http://www.wasap.my/60123618431

Wednesday, 1 March 2017

*Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

_*Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."*_ (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih

*Pengajaran:*

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1.  Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

a.  Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b.  Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

2.  Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)

3.  Berakhlak baik
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan  berhubungan dengan kawan dan lawan)

*Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jamin syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang berakhlak baik, rumahnya paling tinggi di syurga.*

02hb Mac  2017
03hb Jamadil Akhir 1438H

Tuesday, 28 February 2017

MENARIKNYA LECITHIN NI 😍

Korang tahu tak bahawa LECITHIN mengandungi INOSITOL iaitu gabungan vitamin B8?

Vitamin B8 ini (dikenali sebagai INOSITOL) menyediakan manfaat yang unik untuk minda Dan tubuh yang tidak terdapat dalam vitamin B COMPLEX.

LECITHIN adalah asid lemak yang baik Dan amat bermanfaat kepada tubuh kita. Justeru, pengambilan LECITHIN adalah sama penting seperti kita mengambil minyak omega-3 (OMEGA GUARD) dan minyak omega-6 (GLA COMPLEX) .

INOSITOL  atau B8 bantu mengurangkan stress yang keterlaluan dan kemurungan. So, ia digunakan sebagai satu daripada kaedah perawatan terhadap keseimbangan kognitif yang serius seperti OCD, PTSD, panic attacks dan clinical depression.

LECITHIN boleh diperoleh melalui pemakanan seperti jagung, kuning telur Dan kacang soya.

LECITHIN SHAKLEE adalah bersumberkan daripada kacang soya 😎 Dan LECITHIN kacang soya adalah sangat sangat sangat bebas kolesterol!!!

Wowwww😘😘 I like!!!!!

******************************************

© LECITHIN sebagai PELINCIR SENDI Dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang serta sistem penghadaman.

Hmmm... Patutlah mudah je nak membuang air besar 😂😂😂😂

© LECITHIN juga adalah zat untuk KECANTIKAN 😍😍

Ia perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut Dan juga mencegah ECZEMA.

© LECITHIN diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine.

Ia amat penting bagi mengurangkan atau mencegah PMS Dan gejala menopause.

*Bertakwa dan Bergaul Dengan Akhlak Yang Baik*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

_*Dari Abu Dzar r.a. ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergauilah manusia dengan akhlak yang baik."*_ (HR Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.

*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2.  Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3.  Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan pengawasan diri oleh Allah.

4.  Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan.

5.  Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia.

6.  Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita, jangan ada umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.

*Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia.*

28hb Februari  2017
01hb Jamadil Akhir 1438H

Monday, 27 February 2017

RADANG SENDI : Arthritis , Rheumatoid Arthritis , Osteoarthritis

Tubuh kita direka daripada 206 tulang yang disambungkan oleh sendi untuk memudahkan kita berjalan, bergerak, membongkok, berpusing.. dengan kata lain, untuk memudahkan kita melakukan aktiviti dan pergerakan.

Sendi-sendi yang mempunyai banyak fungsi ini boleh mengalami keradangan atau inflamasai. Inilah yang dipanggil arthritis.

Apakah penyebab arthritis?

Arthritis bukanlah penyakit keturunan, namun begitu dengan mempunyai gen-gen tertentu ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat arthritis.

Pakar perubatan telah pun mengenal pasti lebih dari 100 penyebab arthritis. Antara penyebab-penyebab penyakit arthritis termasuklah osteoarthritis, arthritis yang disebabkan jangkitan kuman, gout, psoriasis dan rheumatoid arthritis.

Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkab kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan.

Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.

Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi.

Dalam penyakit gout, pengkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan Kristal asid urik.

Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan sewaktu bersukan sebagai contoh bermain bola sepak. 

#VIVIXuntukArthritis

******************************************
Order & Consultation :
012-3618431
UstazahCeria

Sunday, 26 February 2017

TELOMERE : PERAMAL PENUAAN, PENYAKIT

RAMAI saintis percaya pemahaman yang mendalam mengenai telomere dapat membantu memahami kaitannya dengan kanser, penyakit paru-paru dan penuaan.

Alexey Olovnikov merupakan saintis pertama mengenal pasti telomere pada 1973. Beliau mendapati saiz telomere menjadi semakin pendek dengan peningkatan umur.

Setakat ini terdapat ribuan kajian sains berhubung telomere. Telomere merupakan unit kecil DNA yang terletak di kedua-dua hujung DNA.

Ia berfungsi menjaga kestabilan bahan yang yang terdapat pada gen, menghalang pengaktifan jalan-rentas (pathway) yang menyebabkan kerosakan DNA dan mengawal proses penuaan sel.

Keadaan tersebut dipercayai berlaku kerana telomere tidak direplikasi sepenuhnya. Jadi, telomere yang dipercayai berfungsi sebagai jam biologi yang paling berkuasa yang pernah dikesan setakat ini menjadi semakin pendek dari masa ke masa hingga menjelang saat kematian.

Akhirnya replikasi DNA dan pembahagian sel berhenti di mana ia menjadi satu daripada punca kematian.

Namun terdapat pelbagai kajian menunjukkan nutrien tertentu mampu memainkan peranan penting dalam menjaga malah mampu menambah saiz telomeres dengan menjadikannya semakin panjang.

Keadaan tersebut seterusnya dipercayai memberi kesan positif kepada proses penuaan yang dipercayai menambah bilangan jangka hayat atau usia seseorang.

Bahan bermanfaat

🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

Sebuah kajian terkini berjudul Diet, Nutrition and Telomere Length seperti dilaporkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry (Oktober 2011) menunjukkan folat iaitu sejenis vitamin B memainkan peranan dalam memulihara integriti dan proses methylation DNA.

Ia seterusnya dipercayai membantu mempengaruhi saiz panjang telomere.

Methylation ialah proses penambahan kumpulan methyl kepada sesuatu sebatian atau penggantian atom dengan kumpulan methyl.

Kajian juga mendapati wanita yang mengambil suplemen vitamin B12 memiliki telomere yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak mengambil vitamin tersebut. Vitamin D3, Zink, zat Besi, asid lemak omega-3, vitamin C dan vitamin E didapati mempengaruhi panjang telomere.

Penemuan ini menyokong penemuan kajian terdahulu yang dilaporkan pada 2009 yang menunjukkan bukti dari sudut epidemiologi mengenai pengambilan multivitamin oleh golongan wanita dikaitkan dengan saiz telomere yang lebih panjang. 

Kajian terdahulu yang dimaksudkan berjudul Multivitamin Use and Telomere Length in Women seperti dilaporkan dalam jurnal American Society for Nutrition (2009).

Kumpulan saintis yang menjalankan kajian tersebut menyatakan  panjang relatif telomere DNA leukosit pada wanita yang mengambil multivitamin setiap hari ialah purata 5.1 peratus berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

Analisa mikronutrien mendapati pengambilan vitamin C dan vitamin E yang terkandung dalam makanan yang mengganggunya pula setiap satu dikaitkan dengan saiz telomere yang lebih panjang walaupun setelah mengetepikan faktor penggunaan multivitamin.

Apakah mekanisme yang menyebabkan nutrien mempengaruhi panjang telomere? Nutrien dipercayai mempengaruhi telomerase iaitu enzim yang membantu penambahan ‘telomere berulang’ (telomeric repeat: terdiri daripada jujukan/urutan protein DNA dengan singkatan TTAGGG) pada kedua-dua hujung DNA.

Pada 1984, profesor biokimia dan biofizik dari University of California San Francisco, Elizabeth Blackburn mendapati enzim telomerase sebenarnya berupaya memanjangkan saiz telomere dengan mensintesis DNA daripada primer RNA.

Primer DNA ialah benang asid nukleik yang berperanan penting dalam proses awal pembinaan DNA. Beliau bersama Crol Greider dan Jack Szostak telah dianugerahkan Hadiah Nobel in Physiology of Medicine secara bersama pada 2009 kerana penemuan mereka bagaimana kromosom dijaga oleh telomere dan enzim telomerase. 

Pengetahuan berkenaan telomere dikatakan dapat membantu memanjangkan umur manusia. Kumpulan saintis yang menjalankan kajian bertungkus-lumus cuba mewujudkan strategi dalam bentuk bahan farmaseutikal bagi memanjangkan saiz telomere.

Namun pada masa sama terdapat bukti kukuh mengenai strategi perubahan gaya hidup dan intervensi nutrisi yang mampu lakukannya.

Bukankah ia berita baik untuk semua orang kerana telomere bersaiz pendek bukan sahaja faktor risiko untuk kematian malah untuk pelbagai penyakit lain.

Misalnya telomere didapati mempunyai kaitan dengan penyakit termasuk sistem imun kurang cekap, diabetes jenis 2, parut atherosclerosis, penyakit berkaitan saraf dan kerosakan saraf. Ia juga dipercayai menyebabkan kerosakan buah zakar, spleen dan usus.

Vitamin D penting

Pelbagai kajian mendapati nutrien-nutrien yang akan dibincangkan memiliki impak bermanfaat terhadap panjang telomere. Namun pembaca budiman perlu ambil perhatian mengenai nutrien antipenuaan bukan hanya tertumpu kepada nutrien yang disebutkan di dalam artikel ini.

Ini kerana hakikat antipenuaan memerlukan penglibatan pelbagai aspek penting iaitu yang terkandung dalam lingkungan gaya hidup holistik.

Ia melibatkan unsur-unsur fizikal, mental, psiko-emosi dan semangat. Terdapat pengamal yang menggunakan nilai kerohanian bagi menggantikan semangat.

Bahan pertama yang akan dibincangkan secara ringkas ialah vitamin. Sebuah kajian yang melibatkan 2,000 wanita didapati mereka yang mempunyai paras vitamin D tinggi mengalami perubahan berkaitan penuaan yang rendah pada DNA mereka. Mereka juga didapati kurang mengalami inflamasi (keradangan).

Wanita yang memiliki paras vitamin D yang tinggi juga didapati memiliki saiz telomere yang lebih panjang. Ia dapat diterjemah sebagai wanita yang memiliki paras vitamin D yang tinggi dipercayai mengalami proses penuaan yang lebih perlahan berbanding dengan mereka yang memiliki paras vitamin D yang rendah.

Setakat ini panjang telomere leukosit (leukocyte telomere length, LTL) dijadikan sebagai peramal penyakit-penyakit berkaitan penuaan. Panjang telomere didapati menjadi semakin pendek dengan peningkatan umur.

Namun jika seseorang sedang mengalami inflamasi kronik, saiz telomere dikatakan menjadi pendek pada kadar yang pantas. Ia berlaku kerana tindakan tubuh terhadap inflamasi meningkatkan penggantian leukosit.

Paras vitamin D dikatakan berkurangan dengan pertambahan umur. Sebaliknya paras C-reactive protein (CRP) semakin bertambah. Kedua-dua hakikat atau keadaan ini dipercayai menyebabkan seseorang mudah terdedah kepada penyakit-penyakit autoimiun, multiple sclerosis dan rheumatoid arthritis.

Vitamin D3 yang disintesis daripada pancaran ultra-violet cahaya matahari sebenarnya ialah penghalang berkuasa terhadap tindakan yang mencetus inflamasi.

Dengan mengurangkan kadar inflamasi, maka penggantian leukosit dapat dihentikan. Keadaan ini membentuk tindak-batas rantaian efektif dalam membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Saturday, 25 February 2017

TIPS ELAK LUPA DAN NYANYUK

*Luar biasa bagi yang membaca Al-qur'an*

Berkata Ibnul Qudamah: "sangat dimakruhkan orang yang mengkhatamkan Al-qur'an lebih dari 40 hari".

Berkata Imam Qurtubi: "40 hari adalah waktu bagi orang -orang yang punya kelemahan membaca Al-qur'an dan orang memiliki banyak kesibukan".

Adakah di antara kita dalam sebulan atau 40 hari mengkhatamkan Al-qur'an..??

Jika kita memang orang yang berakal akan bergetarlah jiwa ini (karena kelalaian).

*di antara kebaikan Al-qur'an bahwa Allah akan memberkahi pembaca dan penghafalnya*

Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak nyanyuk adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".
Dalam redaksi lain
"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, karena sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:
"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:
"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah: "tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesehatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.
Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar memberikan taufiqNya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-Qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada AlQur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Alqur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..

*Copy&Paste

Friday, 24 February 2017

TINGKATKAN DAYA INGATAN

Susah belajar ??

Lemah daya ingatan???

OK, ustazah nak bagi tips yang pernah diajar oleh guru-guru ustazah dulu Dan ustazah dah praktikkan. 😘😘

1. BERPUASA

Hmmm...Dah lama rasanya ustazah tak berpuasa sunat 😔 last time rajin puasa sunat, ketika sebelum melahirkan Aisyah 6 tahun lalu. Huhuhu....

BERPUASA ni sebenarnya membantu penghasilan sel-sel bqhqtu dalam tubuh. Ulamak terdahulu amalan mereka ialah berpuasa.. apabila kita berpuasa, automatically kita menjaga hati Dan nafsu. Apabila hati Dan nafsu dipelihara, maka mudah lah untuk ilmu itu masuk tersemat di hati Dan minda 😍😍😍

2. SOLAT

Salah 1 rukun solat adalah SUJUD. Dalam tubuh kita, adalah 1 saraf yang tidak boleh dialiri dengan darah melainkan dengan cara menundukkan kepala ke tempat yang paling rendah dari jantung (SUJUD).

Jantung tidak mampu mengepam darah hingga sampai ke otak. Justeru, caranya hanyalah dengan SUJUD.

Apabila darah beroksigen telah sampai ke otak, mka lebih mudah untuk kita 'catch up' ilmu yang dipelajari 😍

So? Rajin-rajinlah bersujud terutamanya di sepertiga malam 😘😘

3. SENAMAN MINDA

Camna tu???

Menghafal ayat-ayat suci AlQuran 😋

Ini memang ustazah sendiri akui!!! Huhuhu....Kena stat menghafal semula ni 😐

4. SARAPAN

Jangan sesekali tinggalkan SARAPAN pagi anda!!! Jika anda BERPUASA, jangan abaikan sahur ok 😋

Makan pada awal pagi dapat membantu mengelakkan otak menjadi LEMAU dan tubuh menjadi LESU!!!

Rata-rata murid ustazah datang ke sekolah dalam keadaan perut kosong 😔😔😔😔 belum pukul 9 pagi, dah menguap berkali-kali Dan tersengguk-sengguk!!! 😖😖😖😖😖😖

Tolong ye ibubapa, kesiannya anak kita.....

5. MAKAN KEKACANG

Kekacang seperti badam Amat baik untuk tingkatkan kecerdasan minda. Begitu juga dengan soya.

Dulu zaman ustazah sekolah menengah, para pelajar yang di'target' sebagai pembawa 10A dalam SPM, dorang diberi minum air soya setiap Kali pada waktu rehat.

Maka, lekatlah gelaran kepada mereka sebagai BUDAK SOYA 😂😂😂😂😂😂😂

6. SUPPLEMENT

Ambillah makanan tambahan sebagai pelengkap Nutrisi kepada pemakanan harian kita @ anak-anak yang tak berapa nak berkhasiat tu 😉

Okeh, stop sini dulu. Selamat malam 😆😆😆😆
Selamat beramal 😘😘😘😘

#tipstingkatkandayaingatan
#liveamazing

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Order & Consultation:

UstazahCeria
012-3618431
017-3129349

Thursday, 23 February 2017

GHINA AN-NAFSI

Assalamualaikum
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Orang Yang Kaya Hati

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Kekayaan hakiki tidak diukur dengan pemilikan harta yang banyak.

2.  Orang yang kaya adalah mereka yang memiliki hati yang mulia, terpuji dan dermawan.

3.  Orang yang kaya hati adalah mereka yang berakhlak mulia dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah, sesama manusia  juga dengan makhluk yang lain.

4. Peliharalah akhlak kita. Hiasilah dengan akhlak terpuji. Moga hati kita bersih dari sifat buruk dan keji.

Jadikanlah diri kita seorang yang kaya dengan akhlak terpuji.

*Copy&Paste

Wednesday, 22 February 2017

RASULULLAH SAW PENYEMPURNA AKHLAK MULIA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Akhlak Timbangan Paling Berat Di akhirat*

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ شَيْءٍ يُوضَعُ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلَاةِ

_*Dari Abu Darda ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan solat."*_ (HR Tirmizi No: 1926) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. Darinya akan melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan.

2.  Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.

3.  Timbangan ganjaran yang paling berat pada seseorang di akhirat nanti adalah akhlak yang baik.

4.  Kedudukan orang yang memiliki akhlak yang baik menyamai darjat orang yang berpuasa dan bersolat.

5.  Tidak bermanfaat solat dan puasa jika tidak disertai dengan akhlak terpuji.

*Suburkanlah akhlak terpuji dalam diri kita agar ia menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.*

22hb Februari  2017
25hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...