Saturday, 11 February 2017

TIPS ELAK MEROYAN

JAGA PEMAKANAN itu PENTING untuk kurangkan simtom MEROYAN selepas Bersalin  😘
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Beberapa hari lalu, aku ada kongsikan tentang kejadian meroyan kepada ibu selepas melahirkan anak.

Hmm.....salah satu faktor meroyan ni adalah kurang penjagaan dari segi pemakanan.

Tiap Kali selepas aku melahirkan anak, Mak aku kerap berpesan, " Long, jaga makan. Jangan biarkan perut kosong! Makan nasik yang baru dimasak, jangan makan nasik sejuk (yang dimasak semalam)...." dan banyak lagi pesanan-pesanan Mak berkaitan pemakanan sepanjang tempoh berpantang 😄

By the way, aku memang suka berpantang cara Mak😘

Tapi.... aku hairan 😐 kenapa ramai ibu-ibu yang baru melahirkan memandang enteng perihal pemakanan ni?

Tolong lah kasihan kepada tubuh anda!!!!!

Alhamdulillah.... berkat ikut kata Mak, aku cergas sentiasa walaupun dalam keadaan hamil 😘😘😘 syukur sangat!!!

Makan makanan bernutrisi sepanjang tempoh berpantang ni sebenarnya, amat amat amat membantu dalam mendapatkan manfaat kesihatan berpanjangan selepas melahirkan anak 😘

Okey, aku nak brcerita sini, aku berpantang sendiri selepas melahirkan anak ke-3 dengan bantuan suami (10 hari pertama) dan Mak (14hari berikutnya)... selepas tempoh itu, aku uruskan diriku dan baby Faqih sendirian hingga habis pantang.

Selain makan ikut nasihat Mak, aku juga add-on Supplement untuk support nutrisi pemakanan aku. Maka, barulah "Mak Tang" segar-bugar je kan walaupun kaki bersarung stokin tebal dan berbengkung 😘😘😘😘😘

#berpantang
#thegreatmommy

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dapatkan  SET BERPANTANG SHAKLEE dengan keahlian percuma 😘

Order & Consultation:
AdahFitri
012-3618431
017-3129349

Thursday, 9 February 2017

Anak Pelindung Api Neraka

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Anak Pelindung Api Neraka*

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

_*Dari 'Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka baginda bersabda: "Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini (mengurus anak-anak perempuannya), maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya".*_ (HR Bukhari No: 1329) Status Hadis: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Kewajipan ibu dan bapa ialah menyediakan keperluan asas harian anak-anak seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

2.  Ibu bapa sewajarnya mengurus keperluan anak-anak dan mengutamakan dengan mendahulukan mereka walaupun ibu bapa terpaksa mengikat perut.

3.  Anak-anak yang dididahulukan keperluannya oleh ibu bapa ( anak-anak perempuan)  akan menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

10hb Februari  2017
13hb Jamadil Awal 1438H

*Copy & paste

HADITH Ganjaran Membantu Ibu Tunggal & Orang Miskin

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Ganjaran Membantu Ibu Tunggal & Orang Miskin*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ

_*Dari Abu Hurairah ia berkata; Nabi SAW  bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau  yang berpuasa di siang harinya."*_ (HR Bukhari No: 4934) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim dituntut agar berbuat baik kepada sesama makhluk.

2.  Antara perbuatan baik yang dilakukan ialah membantu golongan ibu tunggal yang lemah dan perlukan bantuan serta orang-orang miskin.

3.  Orang yang membantu ibu tunggal dan orang miskin yang serba kekurangan, ganjarannya seumpama orang yang berjihad dijalan Allah atau yang melakukan qiamullail di malam hari dan berpuasa sunat di siang hari.

4. Pelbagai bentuk bantuan yang boleh dihulurkan seperti barangan dapur, pembiayaan sekolah anak-anak, peluang pekerjaan, memberi nasihat dan dorongan serta lain-lain.

Marilah kita bertolong bantu mewujudkan negara yang rahmah.

09hb Februari  2017
12hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

Wednesday, 8 February 2017

KELEBIHAN BERSEDEKAH

_Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?_

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

_*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*_

_*Satu*_
 _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_

RAGAM SAHABAT.....

_*Ada sahabat...* dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian._

_*Ada sahabat...* dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁_

_*Ada sahabat...* dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu._

_*Ada sahabat...* dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna._

_*Ada sahabat...* dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺_

_Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau._

TIPS AGAR ESOK LEBIH BAIK....

UBAH TABIAT LAMA.....

Sebarang perubahan kecil tetap akan memberi impak yang lebih besar bahkan lebih baik semudah pengurusan waktu tour 😋

JANGAN MENUNGGU MASA.....

Elakkan berharap masa yang terbaik akan tiba kerana kemungkinan masa yang dinantikan itu tidak akan berlaku. Berusahalah untuk mengadakan masa tambahan.

JANA MASA!!

Salah satu punca yang mengakibatkan penggunaan masa kurang berkesan adalah fenomena cerutan dalam keseluruhan rantaian nilai aktiviti dan rutin kehidupan seharian.

Jadi, teliti kembali penggunaan masa. Tentu ada yang bertindih bahkan tidak diperlukan. Barangkali ada tugasan yang boleh digabungkan dalam unit yang sama.

AUDIT MASA!

Layari FB , tonton television ketika minda sedang kosong. Ini dapat membantu mengurangkan berlakunya pembaziran masa.

JAUHI SIKAP BERTANGGUH.

Situasi di luar jangkaan yang boleh menyebabkan rancangan atau pelaksanaan pada hari tersebut tersasar boleh berlaku. So, sentiasa pastikan setiap perkara yang dirancang, mempunyai 'dateline'😎

JADI PERSONALITI BAHARU SETIAP HARI 😎

Gunakan setiap aspek kekuatan diri. Dorong diri untuk pelajari kemahiran baharu setiap hari walaupun ia hanya perkara remeh. Dengan cabaran itu, kita akan sentiasa ada misi untuk tambahbaik mutu masa.

*MajalahAlUstaz

Tuesday, 7 February 2017

MERENTAS DESA MSS SELANGOR 2017

Berlalulah sudah Kejohanan Merentas Desa MSS Selangor 2017 pada 7hb February 2017 di Taman Botani Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam...

Tahniah, team KLANG!!! Johan Negeri 2017. Yuhuuuu!!!

UstazahCeria bertugas sebagai Hakim Penamat pulak kali ni... huhu berpinar bijik mata menengokkan nombor bip.peserta. udohler kaler nombornya. Patutnya, warnakan background le ikut kategori...huhu..kan senang....

Apa pun, selesau tugas Merentas Desa, kembali ke sekolah untuk latihan acara Lontar Peluru pulak!


Hakim Penamat di garisan penamat.



Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

_*Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya."*_ (HR Muslim No: 66) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.  Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.  Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.  Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran.

5.  Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatannya, menyebabkan jirannya mendapat mudarat dan musibah.

08hb Februari  2017
11hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

TANDA KEBAHAGIAN MUSLIM ~ Hadith

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Tanda Kebahagiaan Muslim*

وعن نافع بن الحارث رضي اللّه عنه قال: قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم : "مِن سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِم: المَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ".

_*Dari Nafi bin Abdul Harith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Diantara kebahagiaan seorang Muslim adalah memiliki tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, kenderaan yang menyenangkan*_ (HR Musdad No: 2420) Status: Sahih dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah (282)

*Pengajaran:*

Setiap orang ingin kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Antara tanda kebahagiaan Muslim apabila ia memiliki:

1.  Tempat tinggal yang di dalamnya hati menjadi tenang dan lapang (rumahku syurgaku)

2.  Jiran yang baik, sentiasa mengingatkan dengan takwa,  tidak menyakitkan malah sentiasa bermanfaat kepada jiran yang lain.

3.  Kenderaan yang menyenangkan serta mensejahterakan (tidak membeban dan menyusahkan tuannya)


07hb Februari  2017
10hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

Monday, 6 February 2017

LECITHIN UNTUK OTAK

Lecithin  diekstrak daripada kacang soya organik non gmo.

1 kapsul mengandungi  520mg lecithin soya.☇ Termasuk 80mg kolin, 48mg inositol. ☇Lecithin pada asalnya dihasilkan oleh tubuh.

Tapi oleh sebab terdapat banyak gangguan dari segi luaran (contohnya radikal bebas) sehingga memerlukan kita mengambil lecithin daripada sumber makanan atau suplemen.

Lecithin yg dirembeskan oleh tubuh akan hasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Menarik kan perkataan Acetylcoline tu.

 Jom kita amek tau serba sikit apa dia.

Acetylcholine adalah *neurotransmitter* yang merupakan bahan kimia yang memindahkan impuls saraf di seluruh ruang antara sel-sel saraf.

Acetylcholine didapati dalam sistem saraf pusat dan periferi.

Ia membantu ingatan, dan penghantaran mesej saraf antara
motor-otot, dan beberapa kelenjar lain.

Didapati org yg ada penyakit  Alzheimers mempunyai jumlah acetylcholine yang rendah dalam otak mereka.



Vitamin Mak Ayah


•••••••••••••••••

Mak ayah kita segan nak meminta- minta dengan anak. Sebagai anak kena la faham dan rajin-rajin bertanya. Tapi mak ayah ni kau tanya pun jawapan dia semua okay je. Tak mahu susahkan anak-anak.

Kisahnya tadi saya readykan vitamin-vitamin yang mak ayah selalu ambik.

"Kolagen mak ada lagi?"

"Hmm habis dah. Lama dah habis"

"Laaa kenapa tak bagitahu?"

"Kau bagi yang lain-lain tu dah mahal. Tambah lagi kolagen tu lagi mahal jadinya"

"Mak..kalau sakit lagi mahal. Lain kali kasitau ye kalau dah abis"

Jenis- jenis vitamin semua serbuk dan liquid. Orang tua ni tak suka telan-telan pil. Yang Omega Guard tu khas ayah saya punya.

Dulu dia suka COQ. Tapi sejak dah tak ada ganti dengan Omega Guard.

"Ayah ambik Omega Guard dah tak rasa sempit dada ni"

Selagi dapat berbakti dengan ibu bapa berbaktilah. Tak kisah cara apa sekalipun.

Semoga mak ayah terus sihat dan boleh beribadat selalu. Insyaallah.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Order & Consultation :
Adah 012-3618431
Fitri 017-3129349

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...