Tuesday, 7 February 2017

Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

_*Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya."*_ (HR Muslim No: 66) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.  Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.  Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.  Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran.

5.  Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatannya, menyebabkan jirannya mendapat mudarat dan musibah.

08hb Februari  2017
11hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

TANDA KEBAHAGIAN MUSLIM ~ Hadith

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Tanda Kebahagiaan Muslim*

وعن نافع بن الحارث رضي اللّه عنه قال: قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم : "مِن سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِم: المَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ".

_*Dari Nafi bin Abdul Harith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Diantara kebahagiaan seorang Muslim adalah memiliki tempat tinggal yang luas, tetangga yang baik, kenderaan yang menyenangkan*_ (HR Musdad No: 2420) Status: Sahih dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah (282)

*Pengajaran:*

Setiap orang ingin kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Antara tanda kebahagiaan Muslim apabila ia memiliki:

1.  Tempat tinggal yang di dalamnya hati menjadi tenang dan lapang (rumahku syurgaku)

2.  Jiran yang baik, sentiasa mengingatkan dengan takwa,  tidak menyakitkan malah sentiasa bermanfaat kepada jiran yang lain.

3.  Kenderaan yang menyenangkan serta mensejahterakan (tidak membeban dan menyusahkan tuannya)


07hb Februari  2017
10hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

Monday, 6 February 2017

LECITHIN UNTUK OTAK

Lecithin  diekstrak daripada kacang soya organik non gmo.

1 kapsul mengandungi  520mg lecithin soya.☇ Termasuk 80mg kolin, 48mg inositol. ☇Lecithin pada asalnya dihasilkan oleh tubuh.

Tapi oleh sebab terdapat banyak gangguan dari segi luaran (contohnya radikal bebas) sehingga memerlukan kita mengambil lecithin daripada sumber makanan atau suplemen.

Lecithin yg dirembeskan oleh tubuh akan hasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Menarik kan perkataan Acetylcoline tu.

 Jom kita amek tau serba sikit apa dia.

Acetylcholine adalah *neurotransmitter* yang merupakan bahan kimia yang memindahkan impuls saraf di seluruh ruang antara sel-sel saraf.

Acetylcholine didapati dalam sistem saraf pusat dan periferi.

Ia membantu ingatan, dan penghantaran mesej saraf antara
motor-otot, dan beberapa kelenjar lain.

Didapati org yg ada penyakit  Alzheimers mempunyai jumlah acetylcholine yang rendah dalam otak mereka.



Vitamin Mak Ayah


•••••••••••••••••

Mak ayah kita segan nak meminta- minta dengan anak. Sebagai anak kena la faham dan rajin-rajin bertanya. Tapi mak ayah ni kau tanya pun jawapan dia semua okay je. Tak mahu susahkan anak-anak.

Kisahnya tadi saya readykan vitamin-vitamin yang mak ayah selalu ambik.

"Kolagen mak ada lagi?"

"Hmm habis dah. Lama dah habis"

"Laaa kenapa tak bagitahu?"

"Kau bagi yang lain-lain tu dah mahal. Tambah lagi kolagen tu lagi mahal jadinya"

"Mak..kalau sakit lagi mahal. Lain kali kasitau ye kalau dah abis"

Jenis- jenis vitamin semua serbuk dan liquid. Orang tua ni tak suka telan-telan pil. Yang Omega Guard tu khas ayah saya punya.

Dulu dia suka COQ. Tapi sejak dah tak ada ganti dengan Omega Guard.

"Ayah ambik Omega Guard dah tak rasa sempit dada ni"

Selagi dapat berbakti dengan ibu bapa berbaktilah. Tak kisah cara apa sekalipun.

Semoga mak ayah terus sihat dan boleh beribadat selalu. Insyaallah.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Order & Consultation :
Adah 012-3618431
Fitri 017-3129349

Sunday, 5 February 2017

AUTISME? HYPERACTIVE?

Cubalah VIVIX! ;-)

AUTISME adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial.

Penghidap autisme boleh dikenalpasti seawal usia 1 hingga 3 tahun berdasarkan carta perkembangan kanak-kanak (Buku Kesihatan Anak).

Dari segi perkembangan fizikal, mereka sama seperti kanak-kanak normal. Namun, mereka sebenarnya menghadapi satu kondisi lain di mana mereka 'terperangkap dalam dunia mereka' sendiri dan ini yang menyebabkan gangguan perkembangan sosial mereka.

Antara ciri-ciri Autisme :
✩ tiada tindak balas mata (eye contact)
✩ tiada tindak balas senyuman
✩ lebih gemar dan selesa bermain sendirian
✩ berulangkali menyebut perkataan yang sama.
✩ tidak suka @ mengelak untuk dipeluk!
✩ lebih cenderung meminati cahaya, bunyi dan pergerakan
✩ obses kepada permainan atau alat tertentu sahaja
✩ lebih suka guna isyarat berbanding perkataan
✩ suka mengamuk, menghentak-hentakkan kepala
✩ lambat bercakap
✩ gangguan pencernaan

Huhu...dulu masa Ainin berumur 3 tahun, nyaris dia dikategorikan sebagai autism. Ainin suka mengamuk @ tantrum tak tentu masa, malah Ainin jugak lambat bercakap! Disamping itu, Ainin juga mengalami masalah buang air besar.

Semasa pemeriksaan kesihatan untuk usianya 3 tahun, Ainin dirujuk kepada Speech Therapist (memandangkan Ainin langsung taknak buka mulut ketika Doktor tanya beberapa soalan)....

Alhamdulillah... balik je dari berjumpa pakar tersebut, Ainin bercakap dengan lancar :-) hahahhahah... macam magik kan!! Suspen betullah si Ainin ni!

Tapi.....

Jika anda punyai kenalan yang menghidap Autisme di peringkat remaja dan dewasa, sila cadangakan kepada penjaganya untuk berikhtiar dengan VIVIX.

VIVIX mengandungi emodin untuk mengatur sistem usus yang sempurna. So untuk anda yang menghadapi masalah penghadaman dan pencernaan, VIVIX adalah jawapannya! Terutama kepada penghidap Autisme.

Vivix menggalakkan pembentukan baru mitokondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel. Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Tetapi apabila kecekapannya menurun, fungsi sel juga menurun. Maka, seorang Autisme perlukan VIVIX bagi meningkatkan kecekapan sel-sel dalam tubuh dan sel otaknya untuk saling berhubung.

#autisme
#autism

UBAT atau SUPLIMEN ~ apa pilihan anda?

========================

✩ Selepas Tuhan.... doktor adalah orang yang paling kita  hormat, percaya dan memang tak boleh nak argue ;-) betul dak? Hahhaha...

Apa sahaja yang doktor bagitau, kita terima dengan penuh pasrah. Huhuhu.... sebab tu kita kena dapatkan nasihat doktor mengenai tahap kesihatan kita. Tak boleh main agak-agak je!

Lepas tu barulah kita ikhtiarkan jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat dan amalkan suplimen.

So, VIVIX ni bukan UBAT! Ia adalah suplimen :-)

"Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..." begitu jugalah kesan VIVIX ni...

✩ Walaupun ia terbukti dapat menyihatkan orang lain, tapi tak bermakna ia PASTI menyembuhkan diri kita. Sebab? VIVIX ini vitamin.... bukannya ubat ;-)

✩ VIVIX adalah vitamin...ia bukan ubat! Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, tapi ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal!

✩ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) TIDAK pernah 'endorse & approve' untuk digunakan di mana-mana hospital atau klinik. Sebabnya??? VIVIX adalah vitamin yang menyihatkan, bukan ubat untuk merawat ;-)

So? Apa pilihan korang sekarang? :-)

Ingat! VIVIX adalah Suplimen. Ia BUKAN ubat!

Jom bersuplimen! ;-)

Order & Consultation:
AdahFitri
012-3618431
017-3129349

#liveamazing
#tsunamishaklee
#turbovivix
#promosiVIVIX

Beli 2 diskaun 5% + keahlian
Beli 6 percuma 1 + keahlian

Saturday, 4 February 2017

BAHAYA MEROYAN

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan. Memang ngeri gila tengok gambar mayat kanak-kanak tersebut. Doktor ini tampil menerangkan 3 peringkat meroyan yang para suami wajib tahu!  

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang kita panggil meroyan.

1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur

2. Pospartum depression

Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3.Pospartum Psychosis

Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty di Indonesia yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri kita!

PERMATA HATI..... (1)

AISYAH HUMAIRAH.BT AHMAD FITRI

Dilahirkan pada 04 MAC 2011 do Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas 'check ' 3 hari 2 malam di Wad Prenatal. Huhu....

Bagiku, ia pengalaman yang mengerikan!!!!

Karakter Aisyah?

Hmm....ala-ala perfectionist pon ada jugak gaya dia ni..huhu... nak buat sesuatu, mesti teratur... sebijik la perangai ayah dia :-D hahahah

Tapi aku perasan, minat Aisyah lebih kepada seni lukis. Kalau dia mewarna,.memang kemas dan tekun!!! Dan.daya imaginasi Aisyah tinggi!  Dan mengujakan!

Aisyah boleh lukis sesuatu yang budak seusia dia tak terlintas pon untuk.lukis macam tu.

Masa umur Aisyah hampir baru masuk 2 tahun, kami.belikan dia mainan lego... Aisyah mampu membina sebijik robot !!!! Aku memang terkejut tengok.hasil tangan si.kecik tu masa tu!! Huhuhu

Dan lagi, apabila nak susun mainan, cara Aisyah selesaikan masalah.ialah dengan cara dia keluarkan semua mainan tu, kemudian, dia asingkan.ikut saiz. Wow!!!

Kami belikan Aisyah jigsaw puzzle. Aisyah mampu susun.ikut bentuk.dengan betul hanya selepas.sekali.ajar je!!! Allahu Akbar!!

Terima kasih Allah. Kau kurniakan kami permata yang pintar :-)

Bila dah mula.sekolah.ni, asyik berlariiiiii saje!! Huhuhu.... aku kena latih Aisyah untuk larian lah ni..Hahaha....

Thursday, 2 February 2017

KEPENTINGAN KALSIUM


Bismillahirrahmanirrahim...

KALSIUM.... Penting ke??

Yup! Ia penting sangat. Sebab kekurangan kalsium akan effect banyak body functions.

1. Kekurangan kalsium di peringkat bayi ~ pucat dan kurus.

2. Kekurangan kalsium di peringkat pertengahan usia ~ diserang pelbagai penyakit.

3. Kekurangan kalsium di peringkat pembesaran ~ badan kecil dan lemah.

4. Kekurangan kalsium di peringkat menopause ~ pengecutan pada usia tua.

5. Kekurangan kalsium di peringkat kehamilan ~ ibu dan anak berisiko tinggi.

6. Kekurangan kalsium di peringkat usia tua ~ darah kotor dan gigi longgar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BLOOD SERUM CALCIUM DEFICIENCY

1. Kulit membran mukus

Reaksi alergik berulangan ~ gatal-gatal di kulit, kerap menghidap selsema, bersin, alergik terhadal alkohol dan makanan laut, ruam.

2. Cecair dalam badan

Perembesan dalaman tidak normal ~ tercetusnya penyakit penuaan seperti kencing manis.

3. Otot

Kemerosotan fungsi otot seperti kekejangan otot, kesakitan otot, perkembangan otot tidak sempurna, dan sakit bahu.

4. Sistem saraf

Saraf mudah terangsang seperti kesejukan di tangan dan kaki, sakit saraf, gelisah, tidak mudah lena dan mudah marah.

5. Gigi & tulang

Kemerosotan gigi dan tulang seperti gigi berlubang, kesakitan dalam keadaan sejuk atau masam, tulang rapuh, badan rendah (uikkk!! Aku terasa kot hihi...), serta kehilangan jasad tulang.

6. Jantung, salur darah

Kelemahan otot jantung seperti debaran jantung, nadi perlahan, mudah mengah, salur darah keras, tekanan darah tinggi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

KEPERLUAN KALSIUM MENGIKUT UMUR

♡ usia kurang dari 1 tahun  ~ 210 - 270mg kalsium diperlukan.

♡ 1 hingga 3 tahun ~ 500mg kalsium diperlukan.

♡ 4 hingga 8 tahun ~ 800mg kalsium diperlukan.

♡ 9 hingga 18 tahun ~ 1300mg kalsium diperlukan.

♡ 19 hingga 50 tahun ~ 1000mg kalsium diperlukan.

♡ 51 tahun ke atas ~ 1200mg kalsium diperlukan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

So ada kajian klinikal bahawa kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12jam diambil.

Kalau kita ambil sebelum tidur..
jam 10 malam.. kita bangun jam 6 pagi esok pun dah boleh rasa cergasnya badan kita.

Sebab kalsium dah diserap. Dah bantu muscle kita relax selama 8jam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

KENAPA MESTI PILIH OSTEMATRIX SHAKLEE?????

OSTEMATRIX SHAKLEE mengandungi 1000mg kalsium.....400mg magnesium....600IU Vitamin D3.

#korangtahutak

Kalsium TANPA Magnesium = SEMBELIT

Kalsium DENGAN Magnesium = LAWAS

Magnesium membantu melegakan otot usus dan mewujudkan pergerakan otot usus yang lebih baik dan lancar.

Magnesium menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan penyingkiran daripada badan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok. Info tambahan.

Tulang adalah bank kalsium.
Serapan kalsium kepada tulang bermula dari bayi sehinggalah umur 30.

Lepas pada tu tulang takkan serap kalsium lagi.

Tulang akan gunakan kalsium dari sumber makanan yg diambil utk daily function.

Kalau tak ambil dari makanan.. body akan mintak.kalsium dari tulang.

Kalau body mintak terlalu banyak kalsium dari tulang.. tulang akan kurang padat.

Bila tulang kurang padat.. risiko osteoporosis sgt tinggi.

Risiko mudah patah tulang pun sangat tinggi.

Wednesday, 1 February 2017

KAIFIYAT SURAH YASIIIN....

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Sila kongsikan, semoga kitani sama2 dpt manfaat..😃

HADITH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran*

كَم مِن جَارٍ مُتَعَلِّقٍ بِجَارِهِ يَومَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ: يَارَبِّ هَذَاأَغْلِقُ بَابَهُ دُونِي فَمَنَعَ مَعْرُوفَهُ

_*Berapa ramai orang di hari kiamat (nasibnya) bergantung pada tetangganya yang lain, (tetangganya itu) berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku”*_ (HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status : Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.

*Pengajaran:*

1.  Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.

2.  Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Antaranya menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Memberi bantuan kepada yang memerlukan.

3.  Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.

Jangan biarkan jiran kita tanpa disantuni dan bersendiri.

02hb Februari  2017
05hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...