Thursday 2 August 2018

KURSUS MANIKAYU PEMIMPIN PERINGKAT 3(1)

KURSUS MANIKAYU PEMIMPIN PENGAKAP PERINGKAT 3(1)



Alhamdulillah... Ustazah Ceria berjaya melepasi satu lagi episod sebagai Pemimpin Pengakap Kanak-kanak.


Lega rasa hati Ustazah Ceria sebab berjaya juga ke peringkat 3(1) ni walaupun dalam keadaan perut sedang membesar. Memang Ustazah Ceria memohon sangat-sangat keizinan dan pengertian suami untuk menghabiskan Manikayu pada tahun ini jugak, setelah 2 tahun Ustazah Ceria merehatkan diri. hihihihih...











HARI PERTAMA : 27 Julai 2018

Tiba di SK Assam Jawa, Kuala Selangor lebih kurang jam 3.15 petang... lepak-lepak dulu...sementara tunggu kawan-kawan lain tiba... Kemudian, kami diminta membuat pendaftaran dan pembayaran kursus di dewan terbuka. Usai pendaftaran, kami dibenarkan keluar sebentar untuk mengisi perut memandangkan makan malam untuk hari pertama ini, bahan mentah untuk masakan belum dapat disediakan oleh QM Kursus.


So Ustazah Ceria and the gang pon cepat-cepat stat enjin kereta, bergerak menuju ke warung Cendol Bakar yang famous di Kuala Selangor tu. kononnya....hihihihi....


Balik daripada mengisi perut, kami lihat banyak dah khemah didirikan. Hallamakkkk!!! Cepat-cepat turun dari kereta, terus keluarkan peralatan-peralatan perkhemahan terutamanya khemah.


Khemah zaman la ni senang sangat nak pasang. Budak umur 6 tahun pun boleh buat, inikan pulak Ustazah Ceria. heheehhehe... tadaaaaa!!! siap!!!!


...........


Selesai masukkan barang keperluan sendiri dalam khemah, terus gerak pegi surau sekolah tu untuk Solat Maghrib. Aktiviti pertama bermula selepas solat Maghrib.








Selesai slot 1, kami diarahkan pula untuk menyiapkan gajet untuk tugasan 'Kraf Perkhemahan' yang sepatutnya dilaksanakan pada petang tadi. huhuhuhu... udahler jam dah pukul 12.15 tengah malam.... mata mengantuk, makyong ni lagi la mengantuk, letih!!!! huwaaaaaaa.....


Nak tak nak, memang kena gagahkan dirilah....tambahan pulak, Ketua Sekawan kami ni bersemangat sungguh nak bina gajet dia. aduhaiiiiii....


......

Malam itu, tugasan kami ditemani oleh cahaya kelam bulan yang gerhana.... hikmahnya, dapatlah Usatzah Ceria dan kawan-kawan menyaksikan sendiri Gerhana Bulan penuh buat pertama kalinya. Mashaa Allah!!!


Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan angka 4.00 pagi!!!! Berjaya siapkan 5 gajet je. Terus masing-masing masuk khemah dan tidur.....




..................................

HARI KEDUA : 28 Julai 2018


Tiba-tiba, Ustazah Ceria terkejut dengar wisel yang panjang! Alamakkk dah pukul berapa ni?


Dah 6.30 pagi rupanya! Solat Subuh pun belum! kalut pulak ketua unit dah panggil untuk perbarisan pagi. Cepat-cepat pegi toilet, gosok gigi, ambil wudhuk, solat Subuh dalam khemah je! Terus gegas keluar ke dataran. Phewwwwww......


Tamat perbarisan, kami diberi masa 15 minit je untuk bersarapan dan bersiap bagi pemeriksaan tapak perkhemahan dan gajet yang dibina semalam. Allahhhhhh.... sempatlah capai sebuku roti dan kaya, kemudian kami makan bersama di tepi gaket yang kami bina sementara menanti kedatangan rombongan Pesuruhjaya untuk pemeriksaan khemah.



....

ISTIADAT LAUNG AGUNG PKK


Pagi dimulakan dengan Istiadat Laung Agung sebagai simbol perjumpaan rasmi Pengakap. Bagi Pengakap Kanak-kanak (PKK), ia sedikit berbeza dengan Pengakap Remaja (PR).

1. Akela panggil 'pekkk' (1x) dengan nyaring dan jelas. Semua PKK diam dan beri perhatian.
2. Akela panggil 'pek..pek..pek' ..... PKK menyahut dengan menyebut 'pekkkkkkkk....' dan mengerumuni Akela.
3. Akela mendepakan tangan, PKK membina bulatan mengelilingi Akela.
4. Akela jatuhkan tangannya. PKK melepaskan tangan sekawan.
5. Akela mendepakan tangan sekali lagi. PKK menjingkitkan kaki.
6. Akela menjatuhkan tangannya, semua PKK duduk mendekam. dan berkata : Akela, kita buat habis baik!
7. Akela mencabar seseorang. Yang dicabar berdiri dan sebut : Kamu buat habis baik!
8. Segera disambut oleh PKK lain sambil berdiri : Kami buat habis baik!
9. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu Pengakap Malaysia.
10. Akela melaporkan kepada Pemimpin mengenai bilangan semua sekawan PKK.
11. Pemimpin memberikan ucapan.
12. Akela menghadap semula Pemimpin dan mengucapkan terima kasih. Akela memberi arahan "keluar....baris!"
13. Menjalankan aktiviti.


......


Seterusnya,
Istiadat Melantik Ahli Baru dan Istiadat Meningkat Naik.



Sebelum tengah hari, kami masuk ke kelas untuk kuliah Lencana Kepandaian PKK untuk Keris Perak.







Usai aktiviti di kelas....



Tibalah masa untuk memasak dan makan tengah hari!!! yeahhhhh!!!! lapar giler wehhh...sebab petang semalam makan cendol je semangkuk. Malam tadi tak makan apa-apa. Pagi ni hanya makan 2 keping roti je.


Jom memasak!!!

Yummmm.... walaupun ringkas je menu kami, tapi ketika ini, dalam keadaan begini, lauk macam nilah yang paling sedap kami rasakan. hahahaha.... sup sayur kubis dan telur dadar.


......................

Aktiviti di sebelah petang....

LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK (Aktiviti Berpengkalan).


1. Ikatan dan Simpulan (Simpul Manuk, Buku Sila, Bunga Geti).
2. Pertolongan Cemas (Anduh)
3. Kecekapan (Melipat dan menaikkan bendera)
4. Kecekapan (Mendirikan dan membuka khemah)
5. Kecekapan (Asas Kawad Kaki)
6. Kesetiaan (Jata Negara, Jata Negeri)
7. Kesetiaan (Laung Agung)
8.








Banyak kegunaan Skaf Pengakap ni. hihihi....


No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...