Friday, 15 September 2017

MENGAPAKAH PERLU MENYEBUT DAN MENULIS PERKATAAN ALLAHU ATAU ALLAH HU?

Saya perhatikan gejala ini semakin berkembang, sama ada dalam percakapan mahupun dalam penulisan di media massa,  seperti facebook, whatsapp dan lain-lain.

PERKATAAN ALLAHU.

Sekiranya dinilai dari sudut bahasa,  penggunaan perkataan Allahu dianggap salah dan tidak tepat dalam konteks ayat bahasa Melayu, seperti contoh:

1) Allahu, sungguh lebat hujan turun pada hari ini.
2) Peristiwa kebakaran itu amat menyedihkan kami semua. Allah hu.
3) Allah hu,  masih terkenang-kenang wajah arwah ibu.

Perkataan Allahu hanya boleh disebut dalam bahasa Arab jika perkataan Allah disambut dengan perkataan lain, seperti contoh (Allahullazi khalaqas samawat):

الله الذي خلق سماوات.

Atau perkataan Allah berpasangan (frasa)  dengan perkataan lain,  seperti contoh (Allahu akbaru kabira walhamdulillahi kastira) :

الله اكبر والحمد الله كثيرا.

hu dalam perkataan Allahu dibunyikan kerana huruf ha (ه) dibariskan dengan baris hadapan (dhommah - َُ - ).

Perkara ini hanya dibolehkan dalam bahasa Arab sahaja. Untuk bahasa Melayu, penutur atau penulis hanya perlu menyebut atau menulis Allah sahaja.

PERKATAAN ALLAH HU.

Perkataan Allah hu jika disebut menggambarkan satu perkataan,  tetapi jika dilihat pada ejaan ia terdiri daripada dua perkataan, iaitu Allah (الله) dan hu (هو). Allah hu (الله هو) bermaksud Allah dia.

Apakah tujuan menyebut Allah dia?

Sekiranya hendak menyebut Dia Allah,  bunyi dan ejaannya adalah seperti berikut (Huwa Allah/huwallah):

هو الله.
Maka,  tidak wajar dan tidak relevan kita mengungkapkan kata Allahu atau Allah hu dalam ujaran atau tulisan kita.

Perkataan Allah sudah mantap, tidak perlu ditambah dhommah dibelakangnya,  melainkan jika kita bertutur dengan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.

IMPLIKASI.

Sekiranya gejala ini tidak dibendung, akan rosak bahasa Melayu dan bahasa Arab. Lama-kelamaan semua perkataan pinjaman bahasa Arab akan ditambah dengan baris dhommah,  seperti contoh;  nabiyu,  ibadahu,  ar-Rahmanu, solatu, niatu,  zakatu,  hajiyu dan sebagainya.

Menggambarkan ketidakupayaan umat Islam di Malaysia menguasai bahasa al-Quran,  yakni bahasa Arab.

....

Saya bukan seorang ahli bahasa Arab,  tetapi saya telah mempelajari bahasa Arab secara formal lebih daripada 5 tahun. Maknanya, saya mempunyai asas ilmu bahasa Arab.

Oleh itu,  sekiranya terdapat kesalahan fakta dalam tulisan ini, saya memohon saudara dan saudari yang ahli dalam bahasa Arab membuat teguran dan komen.

=================================
*CopyPaste daripada Dr Zuhair Zainal*

Wednesday, 13 September 2017

THE RADIANT 4 ~ Ketahui 4 Nutrien Penting untuk Kulit Cantik Berseri dari Dalam.

  

#CantikDiDalamBerseriDiLuar

Whooaaaaa!!! tagline pun dah super-duper mengancam, buat hati tak sabar nak mencuba set The Radiant 4 ini 😚😛 

Pernah tak korang tertanya-tanya, macam mana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Orang-orang ini turut memberikan aura yang positif dan sihat kepada mereka yang memandangnya 😍 Sebenarnya, apa yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan menawan ni?

Orait, saya akan kongsikan dengan anda kenapa 4 vitamin ini diperlukan bagi mendapatkan kecantikan dalaman dan keserian luaran. heheheh.... 

1. PROTEIN untuk memBINA kulit yang sihat

Tubuh kita dihasilkan daripada protein. Maka untuk mendapatkan kulit yang sihat juga kita perlukan protein yang mencukupi. Protein penting untuk fungsi kulit yang optimum. Protein penting untuk menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat, kerana secara langsung, protein terlibat dalam pemulihan dan pembaikan sel dan tisu kulit. Protein juga penting untuk menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit. Protein penting dalam menyokong pengeluaran asid amino 'glutation' yang membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. 

Sumber : Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012). 

==============================================
 
2. Tingkatkan keANJALAN kulit dengan KOLAGEN. 

Kolagen merupakan struktur penting kulit kita. Kolagen mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. 

Korang tahu tak? Sebenarnya, tubuh kita boleh menghasilkan sendiri kolagen ni, tetapi, ketika usia kita memasuki angka 20, kolagen menurun! Maka, kita sepatutnya mengambil kolagen sebagai suplemen ketika berusia 20 tahun!! huaaaa...dah terlambat ke???? 

Apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan oleh tubuh semakin berkurangan. Ini pastinya mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

So, pakar-pakar kulit menasihatkan agar kita mula mengambil kolagen hari ini untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, mengurangkan kedutan dan memudarkan parut!

Sumber : 1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429. 

=========================================================

3. PERLINDUNGAN antioksida dengan VITAMIN C. 

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menggalakkan penghasilan kulit yang sihat. Ia meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (pencemaran, stress). 

Tetapi, 
tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C malah kita perlukan makanan yang mengandungi sumber vitamin C sebagai suplemen. 

Pengambilan vitamin C membantu mengurangkan kedutan serta melegakan kulit yang kering dan kasar. 

Sumber : Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231. 

Pengambilan vitamin C juga bertujuan untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit, membantu menyembuhkan luka akibat keradangan seperti jerawat dan mempertahankan kulit daripada radikal bebas. 

Sumber : Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.,
Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288. 

==============================================

4. Kekalkan KELEMBAPAN kulit dengan GLA.  

Kulit yang sihat sebenarnya bergantung kepada jumlah asid lemak yang ada pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA) . 

Asid lemak GLA ini penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kulit yang bersisik yang disebabkan oleh keradangan pada kulit. Justeru, GLA juga baik untuk mengurangkan keradangan.

Sumber : Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.  
 
 Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.

Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
 
 ===========================================

Ok guys!! penat dah menulis sini hahahh... So, apa tunggu lagi? Dapatkan set #TheRadiant4 hari ini daripada SID anda yang berdekatan atau terus daripada SAYA sendiri, AdahFitri @ Ustazah Ceria di talian 012-3618431. 

Harga untuk set ini hanya RM686.90 termasuk GST.
 

Tuesday, 12 September 2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH


- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan. 

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan daripada bos atau pelanggan kita. Tetapi daripada Allah S.W.T.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah S.W.T Redhai.

#LIKE and #SHARE untuk kebaikan bersama😋

Thursday, 7 September 2017

TAHUN KESEDIHAN

*DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTRI TERCINTA RASULULLAH*

Siti Khadijah adalah istri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

KAIN KAFAN DARI ALLAH

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.

Karena itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu karena dua orang yang dicintainya yaitu istrinya Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah.

Tulisan Ustadz Zainul Hakim pada WA group Masjid Al Istiqomah.

Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.

Jika antum mau share niatkanlah dengan baik mudah-mudahan bisa jadi obat bagi masalah antum dan kita semua.

Share by.
https://tinyurl.com/Gabung-AQ

JANGAN TERHENTI.. ambil peluang kebaikan dg share.

#copypaste

Wednesday, 6 September 2017

HADIAH UNTUK AISYAH

Memandangkan Along dah boleh membaca dengan lancar, maka ibu belanjalah awak 😝😝 pilih Lah buku-buku yang awak suka.

Ibu teringat saat ibu seusia Aisyah Humairah.... Terbaring atas Surat khabar, baca satu-persatu tulisan di dada akhbar tersebut 😄😄😄

Kini,
Giliran awak pulak 👍 setiap kali awak Buka buku, adik-adik sibuk berkerumun nak dengar Dan tengok gambar buku yang awak baca 😘

Pemandangan dan pengalaman yang ibu Dan ayah takkan dapat ulangi apabila awak dah dewasa nanti..... Angah Ainin dan #boboyot Faqih mungkin takkan sama macam awak, Aisyah Humairah 🌹🌹🌹🌹

#diariaisyah
#diariustazah

INILAH YANG SAYA AMALKAN UNTUK KEKAL CERGAS

Semalam yang seharian....

#PEKDISboling
#PerkampunganIlmuTahun6
#SolatHajatPerdanaUPSR

Badan letih, ya ampuunnnnn!!! Balik ke rumah jam 9 malam. Tidurkan #boboyot dulu, baru ibu pergi mandi. Huhuhuhu...Busuknye???Hahahha..

Dah lama tak merembat, maka badan terasa lenguhnya. Hahahaha...

Usai fardhu Isyak, telan 4 biji ostematrix Dan 1 biji B complex. Terus layan novel kegemaran, hinggalah Mata terpejam 😝 sedar-sedar je dah pukul 4 pagi, sebab Faqih merengek Dan muntah-muntah. Selesai uruskan Faqih, dating sat dengan Dia 🌹🌹🌹

Badan rasa sangat ok👍 maka ibadah pun khusyuk. Alhamdulillah....

Umur menginjak 30, badan dah tak support kalsium, kolagen Dan protein. Maka perlukan suplemen untuk kekal bertenaga Dan cergas!

Kalsium perlu untuk pengecutan otot yang sempurna. Kerap kekejangan otot itu tandanya tubuh kurang kalsium dan mengakibatkan otot lambat mengecut! 

#calcium
#diariustazah

=================================
Sedang mencari sesuatu untuk kekalkan kecergasan? UstazahCeria ada jawapannya 😘

Hubungi terus ke talian +6012-3618431 atau +6017-3129349.

Sunday, 3 September 2017

THE SUPER POWER SI BAWANG PUTIH

Assalamualaikum wbt
Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek didapur kita itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang☺

================================

RESEPI UBAT JANTUNG DAN YG BERKAITAN DENGAN NAFAS SELURUH TUBUH.
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu

CARA-CARA

3 ulas bawang putih di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dgn satu sudu besar Madu.

🍃Dgn menggunakan sudu plastik yg agak besar secara perlahan gaul campuran bawang putih dan madu. Seloknya ambil semasa perut kosong, In Sha Allah dlm masa 7 hari akan ada kesan yg ketara pada tubuh kita.

🍃🍃Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri yg tersumbat disebabkan penebalan pada dinding saraf pembuluh darah

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dlm badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

12.  Membantucbersihkan darah

🍃🍃🍃Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.
🍃🍃🍃🍃Ambil dosage ini 2 kali pagi dan mlm keatas kes kronik dan hanya sekali waktu pagi utk penjagaan kesihatan.

Sila kongsikan ke group lain...Dna👌😊

*CopyPaste*

Saturday, 2 September 2017

CHARLIE CHAPLIN

Ini CHAPLIN.

Ia satu-satunya kucing jantan di rumah ini 😋 memandangkan dia sekor je jantan, asyik 'miauuu...Miauuuuu....' je sepanjang hari 😣 entah ape yang dia mahu😏

Orang ke dapur, dia ade... Dan '...Miauuuuu..Miauuuuu...' orang melepak kat depan, dia pun ade....'.. Miauuuuu....Miauuuuu....' rimas betul 😣😣😣 nyaring suara dia mengiau! Macam jantan miang pun ye jugak!!! Kikikiki...

Emmm...
Entah2, Chaplin sedang mendoakan keberkatan kami sekeluarga 🌹🌹 terima Kasih , Chaplin! 😘

===================================

Semasa zaman sekolah,
Aku pernah digelar 'ummu hurairah' kerana sifat penyayang Aku yang amat sangat kepada kucing. Hihihihi...Hatta kucing kurap tepi dapur Dewan makan Asrama Tu pun Aku boleh pegang Dan usap-usap.

Tapi...
Sejak Ada anak, Aku dah jarang belai-belai kucing. Bimbang anak2 terkena lelah atau batuk2. Huhuhu... Nak main kucing, balik kampung Lah.

Kami sekeluarga amat menyukai & menyayangi Haiwan comel ini 💓💓 hinggakan adik Aku yang bongsu Tu amik jurusan veterinary semata-mata nak merawat binatang 😖😖😖 sedih mak Aku Masa dia kabo nak jadi doktor Haiwan 😂😂😂 ingatkan boleh ler menumpang tuah anak bertitle 'DOKTOR', apakan daya,doktor Haiwan pun takpe dohhhh... Hahha...

Belum habis study lagi, tapi abang sepupu kami yang sulong dah offer dia bekeja dengan abalong, jadi doktor lembu Dan kambing dia😝😝😝😝😝

Jadilah seperti kucing : penyayang dan disayangi 😍😍😍

#selfremind
#villa503
#diariustazah

DOA HARIAN ~ 2

: ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Hari Ahad
Selamat Hari Raya AidilAdha
Hari Tasrik 2

3 Sept 2017     
12  Zulhijjah 1438H      
               
‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
  
Ya Allah rahmatilah kami dlm setiap pekerjaan dan urusan serta jauhkanlah kami dari segala bencana yg turun dari langit dan yg melata dibumi dgn perlindungan Mu.
                            
Ya Allah terimalah amal ibadah yg kami telah lakukan disepanjang hidup kami.

Ya Allah mudah-mudahan segala amal soleh yg kami lakukan ini menjadi amalan kekal kami  dan menjadi bekal kami ke akhirat nanti.

Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Mahax Pemaaf,  Engkau mencintai kemaafan,  maafkanlah kami.
X
Ya Allah,  Ya Rabbi,  berilah kami sihat sejahtera,  jauhkan kami drpd malapetaka,  bencana dan penyakit.

Ya Allah  jauhkan kami drpd seksa kubur,  seksa neraka,  fitnah hidup dan mati.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yg telah Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkan kpd kami ketakwaan dan persahabatan dgn orang2 yg baik dgn pertolongan-Mu.

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dlm kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dgn keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dgn kasih sayangMu.

Ya Allah kurniakan kpd kami sifat malu yg dgnnya kami dpt mentaati segala perintah Mu  dan dpt menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut menjuruskankan kami ke syurgaMu.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yg kami sayangi.

Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yg sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan dan terlepas dari segala kesulitan.

Ya Allah jadikanlah kami org yg tidak pernah lupa utk bersyukur kpd Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.

Ya Allah bantulah kami utk mentaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dgn kurnia pertolongan-Mu.

Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kpd kami apa yg bermanfaat bg kami.

Ya Allah dengan kitab-Mu, legakan dada kami, dgn bacaannya, ringankan beban kami.

Ya Allah dekatkan kami dgn semua org yg menjadi kerinduan kami.

Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pdkami, pd seluruh sisa umur kami, seperti Engkau tlh berbuat baik pd umur kami dimasa yg telah lalu.ُ

َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .           
                                         
‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمينن

Friday, 1 September 2017

DOA HARIAN ~ 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi Sabtu
Selamat Hari Raya Eud Adha
Hari Tasrik 1
2 Sep  2017 bersamaan
11 Zulhijjah1438H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W., ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Ya Allah selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yg merupakan ujian yg berat.

Ya Allah bantulah kami dan  rahmatilah kami semua dan berilah kami rezeki  dgn jannahMu.

Ya Allah jadikanlah kami bersyukur dgn apa yg kami ada dan jgnlah kami risau dgn apa yg bukan milik kami.

Ya Allah berilah kami rezeki yg bukan sahaja wang ringgit tetap juga umor yg berkat, nikmat kesihatan yg dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkanlah iman dan agama kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami di hari ini, bukakanlah pintu2 rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah, sekiranya kami keluar dari landasan`Mu, berikanlah kami petunjuk`Mu yg lurus dan yg haq.

Yaa Allah semoga kami akan menjadi diri yg mukmin, yg soleh dan dekatkanlah hati kami pd`Mu.

Yaa Allah Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan  pendengaran kami.

Yaa Allah ikhlaskanlah hati kami dlm mengharungi bahtera kehidupan ini kerana sesungguhnya hanya kepada`Mu-lah kami berserah diri.

Ya Allah seandainya saatnya tiba bagi Engkau memanggil kami utk kembali ke sisi`Mu, matikanlah kami dlm keadaan beriman dan bertaqwa kepada`Mu.

Ya Allah segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`Mu. Terimalah amalan kami hari ini dgn keredhaan `Mu. Hanya. Engkaulah yg menilai semua perbuatan kami .

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu dan kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas dan kewajipan kami.

Ya Allah hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dlm menjalankan kewajipan kami.

Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun  beribadah keranaMu sbg habuan akhirat kami Ya Allah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami..

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

‎آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين.

BAHAYA_MELAHAP_DAGING_QURBAN

LApabila tibanya Hari Raya Aidiladha, maka akan berlakulah ibadat qurban hingga hari2 Tasyrik. Lembu, kambing, kibas, unta akan berlumba2 disembelih oleh umat Islam bagi merebut pahala.

Daging2 ini kesemuanya adalah daging merah (red meat). Daging merah adalah daging yg berwarna merah ketika mentah. Ia merah kerana mempunyai kandungan myoglobin yang tinggi di dalam dagingnya.

Malangnya, daging merah diketahui mempunyai risiko menaikkan tahap kolestrol dalam badan akibat kandungan lemak tepunya yang tinggi. Ini seterusnya meningkatkan masalah jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain. Kaitan antara pemakanan daging merah dan penyakit kardiovaskular adalah menghampiri tahap mutawatir dalam ilmu sains perubatan berdasarkan hasil kajian berskala raksasa yg dilakukan oleh para saintis seluruh dunia.

Justeru itu, apakah pemakanan daging merah perlu dielakkan sama sekali? Daging merah mempunyai kandungan zat besi dan protein yang tinggi yang semestinya mempunyai manfaat pada badan juga.

Namun sumber protein boleh juga diperolehi dalam daging putih (white meat) seperti daging ayam dan ikan serta kekacang. Daging ayam dan ikan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah dan oleh itu kandungan kolestrolnya juga adalah minima. Malah sesetengah ikan mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di dalam musim Qurban sekarang ini, apakah daging2 qurban perlu dielakkan sama sekali?
Bukankah ia menyelisihi sunnah?
Sebenarnya, kunci bagi persoalan ini adalah terletak pada petua para ulamak, "makanlah sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang". Islam menyuruh kita mengamalkan konsep wasatiyyah yakni bersederhana. Apa jua makanan jika dimakan pada kuantiti yg berlebihan sudah semestinya membawa mudarat dan menjadi racun kepada badan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam;

اَلْمُؤْمِنُ يَأكُلُ فِي مِعً وَاحِدٍ، وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِيْ سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

"Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus"

[HR Al-Bukhari (no. 5393), Muslim (no. 2060] dan yang lainnya dari Sahabat Ibnu Umar, juga terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Abu Musa.

Hadis ini tidak menunjukkan pada jumlah usus yang tujuh pada orang kafir namun adalah permisalan (majaz) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Qaadhi Iyadh (yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (XXIII/24), cet. Daar Ibnu Haitsam) bahawa hadis ini untuk menggambarkan bahawa orang kafir itu makan dan minumnya banyak, sedangkan orang mukmin adalah sederhana dalam makan dan minum. Lihat lengkapnya di Fathul Baari (IX/536-540)]

Oleh itu, apakah kuantiti pemakanan daging merah yg selamat dan sederhana bagi kita semua?

Jawapan bagi persoalan ini dijawab oleh Allah sendiri di dalam Al Quran.

“فسألو اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون” – (Al-Anbiya, 21:7)

Yg bermaksud, "Bertanyalah kpd yg mengetahui (ahli dlm sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”

Sudah semestinya bagi menjawab perkara ini mestilah terdiri daripada para doktor, pakar pemakanan dan para saintis yg mengkajinya secara mendalam.

Maka rumusan rekomendasi kuantiti dan cara pemakanan daging merah yg selamat adalah seperti berikut:

1. Total pemakanan daging tanpa lemak (lean meat), atau ayam (tanpa kulit) berkadaran saiz dua kotak mancis untuk hidangan makan tengahari dan makan malam sehari.

2. Ambil ikan (terutamanya yg kaya dengan omega 3 sekurang2nya 2 kali setiap minggu).

3. Ambil juga sumber protein lain seperti telur dan susu rendah lemak, protein dari sumber tumbuhan seperti tauhu, kekacang yang juga kaya dengan protein dan serat dalam hidangan seharian.

4. Pilih potongan bahagian daging yang kurang lemak tepu (lean cut meats) seperti daging batang pinang. Kebanyakan daging jenis ini (lean cuts) mempunyai perkataan "loin" padanya seperti sirloin, terderloin, rounds dan sebagainya.

5. Buang seberapa banyak lemak apabila memotong dan memasak daging. Juga buang lemak yg cair selepas memasak.

6. Elakkan mengambil organ dalaman seperti hati,limpa, otak yang tinggi kandungan kolesterolnya.

7.  Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang (grill), menyalai (broil), merenih (stew) dan kurangkan penggunaan minyak semasa memasak. 

8.  Bekukan atau sejukkan sup/stew daging sebentar di dalam peti untuk memastikan lemaknya membeku di bahagian atas. Keluarkan lemak yang mengeras  sebelum dipanaskan untuk dihidangkan.
Tips lain - lalukan senduk besi berisi ais batu di permukaan sup atau stew tadi. Lemak di permukaan sup tadi akan melekat di bahagian bawah senduk besi tadi. Lapkan minyak tadi dengan tisu atau basuh dengan air senduk tadi.

Jadi, berpada-padalah dalam mengambil daging qurban. Pandangan bahawa daging qurban adalah daging yg berkat dan kemudian melahap dan membahamnya tak hingat dunia adalah merupakan antara sebab paling kerap pesakit berjumpa kami di katil hospital setelah berhari raya.

Kongsikan jika  bermanfaat.

Nota: Rekomendasi pemakanan dipetik dan diolah dari American Heart Association (AHA).

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Perubatan Kecemasan M3*

dan

*Puan Ruqayyah Muhd*
*Pegawai Dietetik M3*

Medical Mythbusters Malaysia

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...