Sunday, 28 May 2017

WAKTU MUSTAJAB UNTUK DOA: SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada waktu yg mustajab utk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu
1. berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Mekkah & Madinah, satu jam sblm azan maghrib org2 sudah menadahkan tangan ke langit berdoa utk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mereka berdoa dgn syahdu penuh keyakinan, hingga air mata mengalir deras..
Ya, berdoa meminta kpd Allah yg Maha Kaya...

Kesilapan yg dilakukan kaum muslimin kita disini yaitu mengsia2kan waktu yg sangat mustajab ini dgn kesibukan menyiapkan hidangan berbuka menjelang azan maghrib..!!!

Kemudian kita berkumpul menghadapi hidangan berbuka, dan kita sudah merasa cukup dgn hanya membaca "Allahumalakasumtu... atau dzahaba zhoma'u....", pdhal hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur..

Setelah kita lebih memahaminya, hendaknya minit ke 10 ~ 15 seblm azan maghrib (dlm keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dgn didahului puji2an kpd Allah dan bershalawat atas Nabi),

Manfaatkanlah waktu kita sahabat, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat jelang buka.

Berdo'alah utk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita, negara kita....

Musuh2 Islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mereka berdo'a kpd Rabb nya disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka membuat tipu daya untuk melalaikannya dgn program2 TV & media lainnya di waktu2 yg mustajab yaitu: menjelang berbuka dan menjelang sahur (2/3 malam).
sehingga ummat ini, mereka makan-minum, berpuasa, namun tak sempat utk berdoa.

*Copy&Paste

Saturday, 27 May 2017

Persiapan Ramadan..

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa :-

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan..

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu...

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air...

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah...

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender...

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah...

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya..

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda..

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan...

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir..

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit...

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam..

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah...

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan...

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa..

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami..

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam..

bulan Ramadhan ni, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.

BAHAGIAN DAKWAH JAKIM..

Friday, 26 May 2017

HATI BAHAGIA & HAJAT TERCAPAI

Salah satu cara hati bahagia & tercapai hajat ialah dgn mendoakan orang lain.

Dulu saya kalau nak marah orang,
saya geram, doakan yg bukan2.
Biar mati kena langgar lori 😂

Tapi sejak saya faham tentang konsep doa yg diaminkan malaikat, saya tukar.

Kepada yg melukakan hati saya, saya doakan dosa2nya diampunkan, hajatnya tercapai, diberi hidayah, hidupnya bahagia dan sejahtera dunia akhirat.

Kenapa?

(1) Kita akan lebih #bahagia bila mendoakan orang lain. Walaupun org tu mencederakan hati kita. Ia lebih baik drp menanggung sakit hati mengenangkan mereka.

(2) Apa yg kita #doakan pd orang, malaikat aminkan dan berdoa pula agar kita pun dapat doa yg sama yg kita pinta buat mereka. Kalau kita mintak doa agar orang tu mati dilanggar lori entah2 kita dulu yg kena langgar lori 😭 naudzubillahi min zalik.

(3) #Syaitan suka bila kita #bermusuh tp #sengsara bila kita #bersilaturrahim.

(4) Bila kita doakan #kebahagiaan orang yg melukakan kita, mudah2an doa kita #makbul, dia sibuk dgn kebahagiaannya & tak kacau kita lagi dah.

(5) Kerana kita pun bukannya tak buat salah dgn orang lain.... Mungkin banyak benda yg kita tak perasan tapi melukakan dan mengguris hati orang lain. Jgn ingat kita baik/mulia sangat hahaha.

Cubalah. Doakan orang2 yg pernah melukakan hati kita (termasuk saya la kalau ada, hehe).

Doakan kebahagian mereka, diberi hidayah, kejayaan, makbul hajat... mula2 mungkin kita rasa sukar. So unfair kan? Tp yg pasti kita akan rasa betapa manisnya perasaan itu.

Saya doakan kita semua tercapai segala yg dihajati. Mudah-mudahan Allah redho & suka dgn apa yang kita kerjakan. #Aamiin

Salam 1 Ramadan & Selamat ber puasa semua Muslimin & Muslimat...
#Ramadan almubarrak
#BacktoBasic

KURUS DAN FIT

" Eh Min, kuruslah!"
" Min, kurusssss!!! Tapi kurus Yang best!" 
" Wahhhhh Min! Kurusnya ko sekarang!" 
" Dulu kurus juga, tapi sekarang ni nampak macam Segar je kau, Min ." 


Heheheh... 
Itulah antara beberapa ayat Yang saya sempat 'catch up' pada pendengaran saya sepanjang berada di Majlis Persaraan GPK HEM SKBJ, Pn.Rosni Md Nor semalam ... 

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, saya sebenarnya "SLIM & FIT" 😘 Yeayyyy!!! Hihihi.... 

By the way, 

Saya memang mengambil beberapa suplimen bagi memastikan tubuh saya terus Dan kekal cergas sepanjang masa kerana saya seorang ibu Yang bekerja Dan menyusukan anak. 

Antara suplimen yang saya amalkan : 

1. VIVIX

Resveratrol dalam VIVIX membantu pengecutan saiz tisu adipos.

Adipose tissue adalah lemak. Kalau lemak bawah kulit. Kita panggil SUBCUTANEOUS ADIPOSE TISSUE. Atau subcutaneous fat pun boleh, Sama ja.

Bahan-bahan dalam VIVIX membantu pengecutan lemak-lemak tersebut.

2. CINCH TEA MIX

Merangsang tenaga segera Dan membantu meningkatkan paras metabolisme serta Membantu pembakaran kalori 4 Kali ganda bagi membakar lemak-lemak berlebihan.

3. LECITHIN + OMEGA

Lecithin bertindak memecahkan lemak-lemak menjadi lebih kecil bagi memudahkan pembakaran oleh minyak ikan omega-3 Omega Guard.

4. ALFALFA

Ia adalah ejen detok Yang membantu proses detok secara menyeluruh. Saya pernah mengalami masalah pembuangan najis. Kerap sembelit.

Namun sejak mengamalkan Alfalfa, saya lebih mudah membuang Dan Yang paling ketara, tubuh rasa lebih ringan.

Pada mulanya, saya mengamalkan Alfalfa adalah untuk tujuan penyusuan. ALFALFA mengandungi Vitamin K yang membantu mengurangkan masalah jaundis bayi, serta galactagogue yang membantu penghasilan Susu badan.

So, anda mahu tingkatkan tahap kesihatan yang lebih baik?

Hubungi UstazahCeria
012-3618431/017-3129349

atau

FB Aminah Syuhadah

Atau Follow

IG @aminahsyuhadah

Thursday, 25 May 2017

CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH

Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

SEMOGA BERMANFAAT...
.

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.


4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG
1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.“Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALLAH sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu  KEAMPUNAN DOSA , DITAMBAH REZKI JIKA BERSEDEKAH dan BEBAS DARI NERAKA. Juga berdoalah semoga sama2 kita bertemu dgn Lailatul Qadar , satu malam yg lebih baik dr seribu bulan.

Boleh dijadikan panduan utk sahabat² semua ikut kesesuaian waktu masing².
*Selamat merancang amalan Ramadan Kareem*💐
Moga diberi Allah swt kekuatan utk istiqamah melaksanakan sebaik2nya. Allahuma Aameenn....

Wednesday, 24 May 2017

TERUSKAN BERSUPLIMEN WALAUPUN BERPUASA

Meniti hari..Detik demi Detik....

Beberapa hari je lagi Kan Ramadan menjelma 🌼🌼🌼🌼

Tak sabar nak bertarawikh sebenarnya... Sebab dalam bulan RAMADAN je amalan sunat tarawikh ni dilakukan....So, kenalah raikan dengan perasaan menggebu 😍😍

By the way,

Seperti tahun-tahun lalu, Kami sekeluarga semestinya meneruskan pengambilan suplimen bagi memastikan ibadah berjalan dengan lancar khususnya dalam bulan Ramadan 😎

Biasanya Kami bersahur dengan #energytea iaitu CINCH TEA MIX Shaklee ni. So pagi-pagi memandu ke tempat kerja, taklah mengantuk tersengguk-sengguk 😝😝😝😝

Berbuka puasa dengan PERFORMANCE DRINK sejuk, aummmmm...Memang awesome! Terutamanya anak-anak kita 😝ahakksss!!! Rasa-rasa orennya Yang menyegarkan...Aahhhhh..... 😘😘😘😘

OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD Tu Bantu sendi-sendi ni OK-OK je semasa tarawikh. Kan kena buat 20 rakaat tarawikh.. takkanlah nak buat 8 rakaat je...Hihihi...

Okey,

Jom bersuplimen Dan #sihatceria bersama AdahFitri 😎 012-3618431

#puasa
#diariustazah

PADA USIA 50-an....

Fudhail bin Iyadh salah seorang shabat Nabi berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya: *"Bermakna sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Buat yang terbaik dalam usia berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu. Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"*

Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur yang sudah mencecah 50 tahun:

*🌿Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat*

*🌿Jangan melampau dalam berhias, bersolek dan berpakaian*

*🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal*

*🌿Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*

*🌿Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian*

*🌿Banyakkan berdoa mengharapkan keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah*

*🌿Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada waktu pagi dan petang*

*🌿Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*

*🌿Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta*

*🌿Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*

*🌿Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*

*🌿Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*

*🌿Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*

*🌿Bereskan segala hutang yang sedia ada dn jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain*

Semoga manfaat untuk semua walaupun anda belum lagi 50 tahun.
🌸💓🌸💓🌸💓🌸💓🌸

Tuesday, 23 May 2017

THE BEST BUSINESS LEADER EVER

Assalamualaikum semua..

Saya Aminah Syuhadah, salah seorang ahli TuRBO, saya ingin mengembangkan lagi business saya dengan mencari protege baru.

Kenapa mesti memilih saya?

☑️ Saya akan membantu anda untuk sama2 berjaya dalam business Shaklee dari ZERO TO HERO

☑️ Anda dapat join group bisnes yang aktif dalam TuRBO yang akan guide anda berbusiness

☑️ Saya akan share tips dan pengalaman saya sebagai pengguna shaklee selama 6 tahun ini

Jom sertai saya. Kita bina & kembangkan empayar kita bersama

#SihatCeria bersama ....
AdahFitri
012-3618431

CARA SAYA TANGANI STRESS

Makanan seperti semangkuk oat panas, sebenarnya meningkatkan tahap serotonin iaitu sejenis kimia dalam otak yang boleh memberikan suatu perasaan tenang dan menghilangkan kesan tekanan.

Sayur-sayuran mentah rangup juga dapat membantu mengawal tekanan dalam satu cara yang mekanikal. Mengunyah saderi atau lobak merah dapat membebaskan ketegangan ketika mengunyahnya.

Cara ini dapat membebaskan rahang daripada terketap dengan aktiviti mengunyah sayuran mentah yang berkhasiat dan tidak menggemukkan.

Selain coklat dan oat, karbohidrat kompleks mampu mendesak otak untuk menghasilkan lebih serotonin.

Untuk mendapatkan bekalan bahan kimia yang memberi nikmat kelegaan dalam otak kita, saya mencadangkan agar anda mengambil makanan berkarbohidrat penuh yang lebih lambat dihadam jadi anda tidak akan cepat berasa lapar.

Pilihan-pilihan yang baik untuk makanan yang mengandungi karbohidrat penuh adalah termasuk bijirin sarapan gandum penuh, roti gandum penuh dan pasta.

Karbohidrat-karbohidrat kompleks dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan keadaan ini juga akan dapat menyeimbangkan anda ketika tertekan.

Menikmati buah-buahan yang kaya vitamin C juga dapat mengurangkan stres. Kajian mencadangkan vitamin C boleh mengurangkan hormon-hormon tekanan dan memperkukuhkan sistem imun.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan kepada orang yang ada tekanan darah tinggi mendapati sebelum mereka berhadapan dengan stres, tekanan darah dan tahap-tahap kortisol (satu hormon stres) mereka kembali normal dengan lebih cepat selepas mereka mengambil vitamin C.

Jadi banyak buah-buah dan sayuran yang kaya vitamin C boleh anda ambil jika anda berhadapan dengan stres.

Pasti anda tahu makanan apa yang paling disukai oleh Popeye? Sudah semestinya bayam. Sayur bayam mempunyai kandungan magnesium yang tinggi.

Jumlah magnesium yang terlalu kecil dalam badan boleh mencetuskan sakit kepala, keletihan dan akan mengakibatkan tekanan.

Mengambil satu cawan bayam akan menambah jumlah magnesium. Jika anda tidak menggemari bayam cubalah ambil hidangan kacang soya atau ikan salmon yang juga mempunyai kandungan magnesium yang tinggi.

Sayur-sayuran berdaun hijau merupakan satu sumber makanan yang kaya magnesium.

Kacang pistasio serta kacang-kacang lain juga mengandungi lemak sihat. Makan segenggam kacang pistasio, walnut atau badam setiap hari boleh membantu mengurangkan kolesterol anda, mengurangkan keradangan dalam arteri jantung, mengurangkan risiko kencing manis dan melindungi anda menentang tekanan.

Baiklah jangan jadikan alasan stres untuk anda mengambil makanan dengan tidak terkawal. Cubalah kawal stres anda dan jika anda berasa stres cuba sediakan hidangan saya ini untuk melegakan tekanan itu.

Sunday, 21 May 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Pelihara Hak Muslim Tanggungjawab Muslim*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَخُونُهُ وَلَا يَكْذِبُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْضُهُ وَمَالُهُ وَدَمُهُ التَّقْوَى هَا هُنَا بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْتَقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

_*Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seorang muslim itu saudara bagi seorang muslim, dia tidak mengkhianatinya, tidak berdusta kepadanya juga tidak boleh merendahkannya. Seorang muslim itu haram atas muslim lainnya untuk mengganggu kehormatannya, hartanya dan tidak pula menumpahkan darahnya. Takwa itu berada di sini (dada), cukuplah dalam hati seseorang itu ada keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim."*_ (HR Tirmizi No: 1850) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain

2.  Seorang Muslim perlu menjaga hak Muslim yang lain dengan:

a.  Tidak mengkhianatinya
b.  Tidak berdusta kepadanya
c.  Tidak merendahkannya.

3.  Seorang muslim itu haram  memperlakukan sesuatu yang buruk keatas muslim yang lain:

a.  Mengganggu kehormatannya
b.  Merosakkan hartanya
c.  Menumpahkan darahnya.

4.  Takwa itu sesuatu yang terhunjam di dada

5.  Apabila seorang Muslim menghina saudara muslim yang lain, bererti di dalam hatinya ada keburukan

*Marilah kita memelihara hak saudara Muslim yang menjadi tanggungjawab kita.*

21hb Mei  2017
24hb Syaban 1438H

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

*Nafkah kepada Keluarga Adalah Sedekah*

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً

_*Dari Abu Mas'ud Al-Anshari RA maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah."*_ (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Tanggungjawab seorang lelaki Muslim adalah menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak.

2.  Wajib bagi seorang suami memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:

كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت

“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status:  Sahih

3.  Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah

22hb Mei 2017
26hb Syaban 1438H

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...