Wednesday, 4 October 2017

MEMBINA TRAVEL VB & JADIKANNYA REALITI

Vision Board - tak kira rupa macamana pun, adalah medium paling powerful utk capai gol/taget kita dlm apa2 benda pun

Tujuan VB adalah utk kita nampak clear apa sbnrnya yg kita nk capai. Kalau taruk dlm otak je (imagine je tp tak tulis) maka hasil dia pun imagine je lah

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

Org yg ada VB takkan rasa lemau sbb dia sentiasa ada VB yg akan ingatkan dia, apa taget dia.

Org yg ada VB tp masih lemau, maknanya dia bukan buat VB tp buat hiasan dinding.

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

STEP2 wat VB TRAVEL:

1. Mesti ada NIAT

Niat ni adalah intention dlm hati kita. Bkn takat mulut je. Mulut boleh cakap, jari boleh tulis “saya suka sgt travel” “saya teringin naik cruise med” tapi niat dlm hati yg menentukan samada kita bebetul nak&teringin atau sekadar di bibir saja....

Takde org bole tau niat kita melainkan kita sdr. Oleh itu jujur dgn diri sendiri. Jgn mulut je cakap “saya nak pegi London tahun depan” tp dlm hati “takdela nak pegi pun... dah seme org ckp psl travel aku pun taknak kalah” atau cakap sbb “takmo kena kick dr grup”

Hat dlm hati tu la yg kita dapat...

Kalau sbb taknak malu, mmg la tak dpt malu..taknak kena kick, mmg tak kena kick, tp hakikatnya, apa yg kita dapat????

So stick pada niat. Niatkanlah nak travel, nak tgk kebesaran Allah, nak buka minda, nak jd org berjiwa besar, nak jd hamba yg lebih kusyuk hatinya, nak jd insan lebih baik.... dgn travel keluar dr rutin harian kita

Niat ni akan setkan kita nyer RAS, utk otak kita fokus pd apa yg kita niatkan

Kalau takat cakap mulut, RAS kita tak activate, tahun depan dh lupa dah.... duit tabung pun dh habis korek wat menda lain

2. Tentukan apa sebenarnya tujuan kita wat VB tu

Nak travel sbb pe? Nak holiday vacation rileks2 ke? Nak rasa pengalaman baru ke? Nak tengok alam semulajadi ke? Nak tgk cara hidup org lain ke? Apa2 je

Fikirkan ttg apa taget travel kita tu.

Jgn duk fikir nak jejalan shoping perabis duit je. Takat nak shoping masuk web Shaklee2U pun boleh shopping.

Boleh je travel sbb nk shopping tp carila benda lain juga yg kita takkan dapat kalo shopping online.

Tujuan kita travel ni penting utk kita decide ke mana kita nakgi
Kalau takde tujuan, tgk ikut tiket mana murah je... kita cuma mgkn dpt laaa cop pasport...tgk tpt org... tp mgkn xdpt sebanyak kalo kita ada tujuan

Thats why sy salu ckp, bajet biar last sekali. Jgn letak bajet dulu. Kalo letak bajet dulu, kita dapat ‘PEGI’ je tp intinya kita xdpt. Rugilah. Bkn hari2 bole travel

3. BRAINSTORM...

Dah tau dh ape tujuan kita nak travel... then otak kita dh mula fokus. Dh takde cacamarba ikut mana tempat org uplod cantik “ehh, nakgi la nakgi la” pastu last2 xtau mana satu nakgi dulu

So then start la tgk2 kat mana yg bg pengalamana ikut ape yg kita dah setkan. Skg ni senang, ramai org dh yg travel, macam2 style, google je or join mana2 group travel & tgk lah mana yg bg excitement ikut ape yg kita dah set tu

4. Part paling best.... CARI GAMBAR!!

Google lah mana2 gambar yg menunjukkan tempat yg kita nakgi. Tak kira lah kat Malaysia ke obersi ke plant Marikh ke

5. Susun gambar, edit, letak target date
Susun kat powerpoint ye

6. Save as JPEG & setkan as wallpaper desktop!

Siap VB travel
😁
& set jugak utk wallpaper hp/wassap/teleg etc
Boleh dh buat skg

Friday, 29 September 2017

JOM BACA AL-QURAN

Luar biasa bagi yang membaca Al-qur'an 📖

👤Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya manusia yang tidak cepat tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

👤Berkata Al-imam Qurtubi:

"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

👤Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, karena sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

👤Berkata Ibnu Solah:

"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

👤Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.

Allah berfirman:
"ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebahagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya". 📖

```Bila anda Cinta pada Alqur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Alqur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..```

```Sumber Bahagian Dakwah, Jakim...```

Wednesday, 27 September 2017

JOM PUASA SUNAT

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)*

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

_*Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan.*_ (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam)  dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada hari Sabtu 30hb Sept. dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada hari Ahad 1hb Okt. Moga Allah akan mengampukani dosa-dosa kita setahun yang lalu.

*Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?*

 
28hb Sept  2017
07hb Muharam 1439H

*copypaste*

JOM PUASA!

بسم الله الرحمن الرحيم

أسبوع مهم جداااااا للصيام...شهر محرم
Seminggu ini penting untk berpuasa...bulan muharram

Pekan yang sangat penting untuk berpuasa di Bulan Muharram
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

👈 الخميس 8 ترفع الاعمال
Kamis, 8 Muharram / 28 September :
Puasa hari kamis, Hari diangkatnya amalan manusia

👈 الجمعه 9 تاسوعاء
Jumat, 9 Muharram / 29 September:
Puasa Tasu'a

👈 السبت 10 عاشوراء - كفارة سنه
Sabtu, 10 Muharram / 30 September :
Puasa Asyura, menghapus dosa setahun lalu

👈 الاحد 11 يلي عاشوراء - يفضل
Ahad, 11 Muharram / 1 Oktober :
Puasa yang mengikuti puasa asyura: lebih afdhal

👈 الاثنين 12 ترفع فيه الاعمال
Senin, 12 Muharram / 2 oktober:
Puasa hari senin, hari diangkatnya amalan

👈 الثلاثاء 13 اول ايام البيض
Selasa, 13 Muharram / 3 Oktober:
Hari pertama puasa ayyamul bidh

👈 الأربعاء 14 ثاني ايام البيض
Rabu, 14 Muharram / 4 Oktober:
Hari kedua puasa ayyamul bidh

👈 الخميس 15 ثالث ايام البيض
Kamis, 15 Muharram / 5 Oktober:
Hari ketiga puasa ayyamul bidh

💕 اين المنافسين على باب الريان
Dimana orang yang ingin dipanggil dari pintu ArRayyan??

🌸 انشرها فلا تدري من يصوم بسببك
Sebarkanlah, kau tidak akan tahu siapa yang akan berpuasa disebabkan olehmu

*SIMPOSIUM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 2017 @KYS @27 OKTOBER 2017*

Sesi Ucaptama 1

*MEMUGAR (baiki) KECEMERLANGAN GURU MURABBI MENDEPANI GENERASI ABAD 21 oleh PROF DATO DR AB HALIM BIN TAMURI_ REKTOR KUIS*

✅Kene terima hakikat diri sendiri sebagai ustaz dan ustazah.

✅Generasi kini berbeza dan mencabar yang memerlukan kepelbagaian kaedah mengajar.

✅Kerja sebagai GPI n GBA ini merupakan amanah Allah bagi menyemarakkan kerja sebagai daie.

✅Kini Sistem pendidikan formal mengambil fungsi keluarga kerana masa di sekolah yang lama.

✅ kini, Perkembangan Kemajuan teknologi menyebabkan fungsi keluarga diserahkan kepada pendidik.

✅Sekolah dan institusi pendidikan dilihat sebagai tempat memberikan kemahiran dan pembangunan moral dan sosial dalam kata lain mengambil fungsi keluarga.

✅Generasi alpha@21- sek ren

✅Generasi 21 ciri2nya adalah games culture, multitasking, online social, multimedia learning dan online media searching.

✅Jangan rasa kecil hati dengan kelakuan anak murid kerana mereka adalah mad'u kita.

✅Guru perlu menjaga hubungannya dengan Allah antaranya dengan banyakkan bersedekah.
Rezeki itu luas dan pelbagai cara.

✅sirah disingkap bahawa, Nabi muhammad berumur 55 tahun bekerja di medan perang. Kita pulak berkira2 untuk bersara.

✅ *P&P Pendidikan Islam berbanding penghayatan Islam adalah sangat berkait.*
Kajian oleh Prof Dr Ab Halim Tamuri

✅ *Pelajar percaya tujuan sebenar menuntut ilmu dalam islam TAPI atas desakan peperiksaan dan untuk pekerjaan MAKA penghayatan akhlak dlam ilmu kurang diberi perhatian.*
Kajian oleh Dr Mahfuzah Mohamad Zabidi

✅Metodologi PdPc perlu disemak bagi memastikan murid menyukai pendidikan islam dan bahasa Arab.

✅Konsep 5 م

MUDARRIS.MUADDIB.MURABBI.MURSYID.MUALLIM

✅Apa yang perlu ada pada guru:
🍓Personaliti Guru
🍓Motivasi dalam PDPC
🍓Pelbagai kemahiran
🍓Ilmu pengetahuan
🍓Pengetahuan kandungan mata pelajaran

sekian catatan oleh 9⃣

Tuesday, 26 September 2017

JAGAILAH HATI....

Organ hati atau Liver merupakan organ terpenting dlm fungsi anatomi tubuh ,mempunyai tugasan yg pelbagai dlm melengkapi struktur sirkulasi tubuh.
Antara fungsi organ hati ialah:-

-sistem immune tubuh,
-menjana darah
-membantu sistem pencernaan

Kegagalan menjaga organ hati akan merisikokan pada gejala yg merbahaya pd tubuh

-hepatitis
-jaundice
-cirrhosis
-kanser hati

Bagaimana utk menjaga organ hati..??

...dgn cara menjaga makanan yg benar2 bersih, .
...Mengurangkan makanan/ minuman Segera/berkolestrol
..bersenam mengikut kesesuaian

Pengamalan perawatan akupunktur & bekam adalah satu ikhtiar yg integrasi bagi Mengurangkan pd risiko2 penyakit hati seperti yg diatas.

Ada beberapa titik istimewa yg telah dikaji sejak ribuan tahun dahulu dlm ikhtiar menangani simptom ini.
Perawatan yg bersifat alami ini diakui sbg komplimentari bg rawatan yg sedia ada...SIHAT, HOLISTIK, ALAMI

*CopyPaste* daripada Admin BEKAM SUNNAH.

Sunday, 24 September 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Solat Sunat Tahiyatul Masjid Sebelum Duduk*

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

_*Dari Abu Qatadah As Salami, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk."*_ (HR Bukhari No: 425) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran*

1.  Masjid adalah rumah Allah yang perlu dipelihara adab dan tatalaku ketika memasukinya.

2.  Pastikan kita memelihara hak masjid apabila kita memasuki masjid iaitu melakukan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk.

3.  Rasulullah SAW pernah ketika sedang berkhutbah, mengarahkan seorang sahabat yang masih belum solat sunat tahayatul masjid untuk melakukannya.

*Peliharalah hak masjid dengan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid setiap kali mengunjunginya.*

 
24hb Sept  2017
03hb Muharam 1439H

Tuesday, 19 September 2017

JOM DETOKS CARA SHAKLEE

« TOKSIN »

Sebenarnya dalam badan kita ni ada banyak TOKSIN !!

Apa kena mengena toksin dengan kesihatan kita? Okey, sila jawab persoalan ni :

1. Makan macam2 suplemen tapi jerawat tetap tumbuh. Tak serasi dengan produk ke?

2. Dah diet macam2 cara tapi tak kurus2 pun!

3. Badan aku ok je...makan apa je takde hal, tak gemuk pon.

4. Apasal asik ngantuk dan lesu je eh? Macam takde mood je.

Sebenarnya, setiap persoalan di atas tu jawapannya sama je : PERLU DETOKS!

=====================================

DETOKS ITU PENTING!!!!

1. Untuk singkirkan toksin dalam tubuh, kita perlu detoks dengan cara yang betul.

2. Setelah tubuh berjaya didetokskan dan toksin pon dah takde, barulah tubuh dalam menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

3. Memudahkan penyerapan nutrisi dengan lebih baik dan berkesan. So baru lah dapat kondisi tubuh yg diidamkan.

4. Tubuh lebih segar, ringan dan bertenaga. 

Jom DETOKS!!!

#liveamazing
#sihatceria
#detoxshakleeway

Monday, 18 September 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Dibangkitkan Bersama Qarun, Firaun, Hamman dan Ubay bin Khalaf*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا فَقَالَ مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

_*Dari Abdullah bin Amru, dari Nabi SAW; bahawasanya suatu hari baginda pernah menyebutkan mengenai solat seraya bersabda: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Firaun, Hamman dan Ubay bin Khalaf.”*_ (HR Ahmad No: 6288) Status: Isnad Hasan

*Pengajaran:*

1.  Orang Islam yang memelihara solat semasa hidup, solat akan membantunya:

a.  Solat menjadi cahaya yang menerangi kehidupannya
b.  Solat akan menjadi pembelanya
c.  Solat akan menjadi  penyelamat pada di hari kiamat

2.  Orang Islam yang tidak menjaga solat, ia tidak akan mendapat cahaya, pembela dan penyelamat di hari kiamat.

3.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan harta akan dihimpunkan bersama Qarun

4.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan kekuasaaan akan dihimpunkan bersama Firaun

5.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan pentadbiran  akan dihimpunkan bersama Hamman

6.  Orang yang meninggalkan solat kerana sibuk dengan urusan perniagaan akan dihimpunkan bersama Ubai bin Khalaf (pembesar Quraisy yang kaya, aktif mengejek dan menghina Rasulullah dengan kekayaannya).

*Ayuh pelihara solat kita agar dilaksanakan di awal waktu dan disempurna rukun dan sunatnya*

 
19hb Sept  2017
28hb Zulhijjah 1438H

Saturday, 16 September 2017

Rupanya Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari

Dan Ia Mampu Rawat 1001 Penyakit..
Rupanya Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari....

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajam’.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut.

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni .

SET CANTIK SHAKLEE ~ Kisah Kak Jay

Radiant 4 - Set Terbaik Untuk Kesihatan Dalaman Wanita.
Cantik Di Dalam Cantik Di Luar!

Kak J asalnya ambil Esp, Vitamin C dan GLA untuk beberapa masalah kesihatan. Kak J ni ada gastrik, mudah tak sihat (selsema/demam) dan paling utama kak J ada masalah period pain dan period tak regular.

Konsisten dengan ESP, gastrik nya yang berpuluh tahun tak menyerang lagi. Kalau dulu panadol memang standby kat rumah kini Vitamin C je yang diambil kalau nak selsema @ kurang sihat. Memang imun makin baik bila amalkan Vitamin C.

Paling beliau suka ialah GLA untuk masalah kewanitaan nya. Hubungan seksual pun improve sebab gla bukan sekadar untuk menormalkan kitaran hormon tapi bantu melembabkan kulit dan bertindak sebagai pelincir pada wanita.

Collagen pula baru baru je beliau ambil bersama Ostematrix sebab masalah osteoponia. Walaupun ambil untuk tulang, kesan terawal dirasai ialah kulit memang makin anjal dan gebu.

#CantikDiDalamBerseriDiLuar

=================================

Dapatkan set #theradiant4 ini bagi membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

PENGEDAR SAH SHAKLEE (Kapar/Klang) : 012-3618431/017-3129349

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...