Tuesday, 16 May 2017

USAHALAH SEHABIS DAYA....

Ada 5 perkara yang kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Monday, 15 May 2017

GANJARAN BERGANDA UNTUK GURU

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

_*Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."*_ (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar,  ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

*Guru Pembina Negara Rahmah*

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

*SELAMAT HARI GURU*

16hb Mei  2017
19hb Syaban 1438H

KHASIAT KURMA...

*Sekadar perkongsian ilmu.*

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
.
_Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan._😊😊

Thursday, 11 May 2017

TENTANG GULA

Mari kita belajar tentang Gula : Maklumat Gula

BAHAYA GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN

Gula hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasaskan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.

Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa. Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia

: BAHAYA GULA

APAKAH SEBENARNYA GULA?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh manusia. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan.

ADAKAH BADAN KITA MEMERLUKAN GULA ?

Tidak perlu langsung ! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.

APAKAH KESAN JIKA AMBIL GULA BERLEBIHAN?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menggangu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal
4. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
5. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menggangu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan kadar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin di kalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut
23. Merosakkan gigi
24. Penyumbang utama obesiti (kegemukkan)
25. Penyebab lelah
26. Penyebab artritis
27. Penyebab bengkak saluran usus di kalangan pesakit gastrik
28. Pembentukan batu dalam ginjal
29. Penyebab pembentukan batu karang 
30. Penyebab sakit jantung iskemik
31. Penyebab sakit apendiks
32. Penyebab sakit gusi
33. Penyebab air liur jadi berasid
34. Penyumbang kepada osteoporosis
35. Mengurangkan hormon tumbesaran
36. Meningkatkan kadar kolesterol dalam badan
37. Meningkatkan tekanan darah sistolik
38. Penyumbang utama kepada sakit kencing manis
39. Penyebab keracunan darah semasa hamil
40. Penyebab rabun jauh

KENAPA SESETENGAH MAKANAN YANG SENARAI BAHAN-BAHANNYA TIADA DITULIS GULA TAPI MASIH MANIS?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti: Glukosa, Fruktosa, Laktosa Maltosa, Sukrosa, Sirap Glukosa, Sirap Maple, Molases, Sirap Hitam, Sirap Kencana, Dektrosa & Sorbitol

BERAPA BANYAK GULA YANG ADA DALAM MAKANAN & MINUMAN?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40gm - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalut madu 220gm - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh

KENAPA MALAYSIA DILETAKKAN SEBAGAI PENGGUNA GULA TERBANYAK DI DUNIA?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya ke Piala Dunia, namun kita masih dikenali di peringkat dunia. Rakyat negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit kencing manis yang paling ramai di dunia. Bangga? Kita sebenarnya dalam diam-diam diancam. Lihatlah orang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Cuba fikirkan pemanis apa yang mereka gunakan?? Banyak minuman seperti teh jepun dan teh cina diminum tawar...untuk menjaga kesihatan. Orang negara kita langsung tidak mengambil peduli dengan penjagaan kesihatan. Berhati-hatilah...

PORTUGUESE MAN-OF-WAR

Jauhkan Diri, Jika Ternampak Objek Ini Di Pantai

Sekali pandang, objek yang kelihatan berwarna keungu-unguan ini kelihatan comel dan tidak berbahaya. Namun, sekiranya disentuh, hospital merupakan destinasi pertama anda selepas itu.

Dikenali sebagai Portuguese Man-Of-War. Ia tergolong dalam keluarga obor-obor yang mempunyai sesungut dan mempunyai sebanyak 30 kaki.

Sebenarnya, haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut! Ia lebih berbahaya daripada obor-obor. Sudah banyak tanda-tanda amaran yang telah diletakkan di pantai untuk mengelakkan anda daripada memegang mahupun memijak haiwan ini.

Walaupun haiwan ini cantik, bersinar dan lembut, jika anda terkena sengatan Man-Of-War ini, ia boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan akhir sekali menjurus kepada kematian.

Sekiranya anda telah disengat oleh haiwan ini, jangan buang air di kawasan pantai berkenaan kerana ia akan membuat keadaan anda lebih teruk. Anda dinasihati supaya bergegas ke klinik atau dapatkan rawatan secepat mungkin sejurus terkena sengatan haiwan ini.

Maklumkan juga pada keluarga dan rakan sekiranya mereka melihat gelembung ungu mahupun biru terapung di perairan laut semasa mereka berada di pantai kerana ia adalah haiwan yang sama.

Wednesday, 10 May 2017

Malam Nisfu Syaaban

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ، عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ"

_*Dari Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan*_ (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang syirik dan bermusuhan sesama mereka.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Dari 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670)

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus.

*Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.*

11hb Mei  2017
14hb Syaban 1438H

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE #193 : SUAMI HILANG, PULANG SELEPAS 6 BULAN

Soalan:

Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

Jawapan:

Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)

Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap[1]

Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya”[2] Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.[3]

Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.” [4]

Tempoh Mafqud Dalam Mazhab

Tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya.

Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.

Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:

امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ

“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)

Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:

1. Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.

2. Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Menurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak istrinya atau sesamanya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari.[5] Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Malik bin Anas, dan Ahmad.

Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.[6]

Kedua: Mazhab Hanafi

Dalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia.

Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.[7]

Ketiga: Mazhab Maliki

Dalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.

Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.[8]

Keempat: Mazhab Hanbali

Bagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:

1. Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.
2. Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.

Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya.[9] Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.[10]

Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di Malaysia

Seksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.

Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:

إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ

“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”

(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[11]

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H

_________

[1] Ibn Manzur, Lisan al-'Arab

[2] Al-Syafie. Al-Umm, 6/182.

[3] Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin, 6/34.

[4] Mustaffa al-Khan et.al. Al-Fiqh al-Manhaji. 2/331; Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, m. 784-785.

[5] Ibn Hajar al-Haitami. Tuhfat al-Muhtaj, 2/253-254

[6] Al-Khatib Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj, 3/38; Sulaiman bin Muhammad bin Umar. Hasyiah al-Bujairimi, 3/260.

[7] Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarkhsi. Al-Mabsut, 11/ 37-38; ‘Ala al-Din Abi Bakar bin

Mas’ud al-Kasani. Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 5/289 & Ibn Nujaim.  Al-Bahr al-Raiq, 5/178.

[8] Al-Asbahi, Imam Malik bin Anas, t.th, Al-Mudawwanah al-Kubra, Beirut: Dar al-Kutb

al-Ilmiyyah, jld.2, hlm 30-31, Al-Tarabalsi, t.th, jld. 4, hlm.152-161 & Al-Dusuki,

Muhammad Arifah, Hasyiah al-Dusuki ala Syarh al-Kabir, Beirut; Dar al-Fikr, jld.2,

hlm 479.

[9] Al-Buhuti. Kasyfa al-Qina’ An Matan al-Qina’, 4/515.

[10] Muhammad Toha Abu al-Ula Khalifah, Ahkam al Mawarith: Dirasah Tatbiqiyyah, hlm. 542

[11] Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124.

Pautan ke laman web PMWP: https://goo.gl/OXFFrm

Saturday, 6 May 2017

Terima Kasih ALLAH Kerana Kembalikan Ceria Mak..... Diabetes Mak turun...

Kisah #diabetes Mak bermula pada musim panas 2016. 

Mak kerap minum ABC. Sedapnye Kan panas-panas 'baham' ABC @ Cendol @ ais kepal 😘😘😘 manis Dan sejuk bersatu!!
Lebih kurang sebulan lepas tu, Mak kerap lesu dan lebih memilih untuk berbaring dan tidur je jika Mak takde apa-apa kerja yang nak dibuat.....
Mak kerap haus....Kerap membuang air kecil.... 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
#GejalaDiabetes 

sering buang air kecil di malam hari, sering merasa haus, cepat merasa lapar, berat badan turun dengan cepat, merasa lemah dan gampang kelelahan, sering kesemutan di kaki dan tangan, penglihatan kabur, sering infeksi, keputihan, luka atau memar yang sukar sembuh (gangren), bisul, kulit kering atau gatal-gatal. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 

Pada suatu hari, Mak buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Chini.
Mak terkejut sangat apabila nurse yang buat pemeriksaan untuk ujian gula dalam darah Mak bagitau, kencing manis Mak 'tak boleh baca'!
Maksudnya? Gula terlalu tinggi la Kan?
Mak diminta ke makmal untuk ujian saringan yang kedua. Keputusannya tetap sama! Tiada figure!
Dua hari kemudian, Mak datang lagi ke klinik untuk pemeriksaan darah. Kali ini bacaan gula dalam darah Mak ialah 22 😱😱😱 Mak terkejut sangat!
Mak telefon aku. Mak ceritakan semuanya. Kedengaran suara Mak agak sedih.
.
.
.
Beberapa minggu kemudian, Mak bagitau aku yang Mak amalkan minuman jus produk Forever Living. Maaf, aku tak pernah tahu produk kesihatan lain selain Shaklee..Huhuhu...
Mak sanggup habiskan 10 botol jus tersebut dengan Kos RM 80 sebotol. Dalam masa sebulan duit belanja bulan tersebut Mak peruntukkan hanya untuk minuman tersebut. Gula Mak menurun. Alhamdulillah...
Sebenarnya, dalam masa yang sama, aku berikan juga Mak VIVIX. Habis jus Forever Living itu, barulah Mak sambung minum VIVIX. Hmmm... Tidak mengapa.. janji Mak minum 😘 

Beberapa bulan kemudian.... 

Bacaan gula dalam darah Mak semakin menurun 💗💗💗💗
Mak kembali cergas seperti dahulu, Dan mula buat kuih-muih untuk jualan. 

Beberapa bulan selepas Mak disahkan 'lega' daripada #diabetes , Mak mintak aku belikan Alfalfa dan Lecithin.
Maka bermulalah hidup Mak dengan amalan suplimen 😘 Mak suka Alfalfa sebab ia macam #jamu warna hijau-hijau gitu 😂 Mak suka jugak Lecithin 😘 Mak kata, Lecithin buat proses pembuangan tinja lebih baik dan perut Mak lebih kempis!!! Wowwwww!!!


Sejak Mak makan Alfalfa dan Lecithin, Mak makin ligat buat kuih-muih 😨😨😨 

Aduhhhhh Makkk...Untuk apelah semua tu... Tapi Mak kata, saja nak cari duit lebih.. daripada duduk saja-saja... Oh Mak.... 😰😰😰😰 

Beberapa bulan kemudian....

Mak call...Mak bagitau yang Mak baru balik dari Klinik, buat pemeriksaan kesihatan. Kedengaran suara Mak tak ceria 😨😨 

Mak kata, tekanan darah Mak Naik 180/90 🙇🙇🙇🙇 Mashaaa ALLAH!!! 

Mak letih ke? 
Mak jawab : tak cukup tidur agaknya...Pagi-pagi bangun jam 4 untuk masak kuih ketayap Dan goreng karipap. 

Makkkk.... 

Mak makan tak?
Mak jawab: takde selera nak makan bila tengah hari..makan gitu-gitu je... 
Makkk..... 
😣😣😣😣😣😣😣

Sejak itu, Mak lebih banyak berbaring daripada buat kerja-kerja lain... 

Hujung Mac (cuti sekolah) lalu, aku dan adik (Ella) yang bertugas sebagai staff nurse tu balik ke kampung untuk tengok sendiri keadaan Mak. 

Ella pulang dengan membawa segala peralatan untuk ujian darah kencing manis. Setiap pagi, sepanjang Ella di kampung, dialah yang uruskan penjagaan Mak. 

Sebelum itu aku dah bekalkan Mak setabung ESP sebagai meal replacement jika Mak tak lalu nak makan nasik. Setiap pagi Mak bancuh ESP bersama oat dan cicah roti wholegrain atau biskut Jacobs. 

Selama seminggu Ella berada di rumah, bacaan gula Mak masih sama, sekitar 27 hingga 22 (kejap Naik, kejap turun). 

Hujung minggu Tu aku pula balik kampung. Aku bawakkan OSTEMATRIX dan B COMPLEX. 

Ostematrix Mak telan sebelum tidur, B COMPLEX Mak ambil selepas makan berat. Tujuannya supaya Mak lebih bertenaga untuk bergerak cergas. Kerana B Complex bertindak menukarkan karbohidrat kepada TENAGA.

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Beberapa minggu Mak amalkan B Complex, ESP, dan OSTEMATRIX, Mak call aku.
Suara Mak kedengaran ceria 😀 

Mak kata : Long, gula Mak dah 7, Long! Alhamdulillah...
😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱 

Mak kata, Mak mudah berpeluh sekarang. Rasa sedap sikit badan, tekanan darah pun dah turun (130/78). Lega rasanya 😘
Pastu Mak kata, dah takde rasa lesu-lesu asyik nak baring je macam sebelumnya. Ahhhh...Leganya Kak Long ni Mak 💗💗💗
Hmm... Mak happy sangat sebab minggu depan penerbangan umrah Mak dan Abah pada 11 Mei 😍😍
Semoga Mak Abah baik-baik aje sepanjang berada di Tanah Suci. Aamiiin....

Gembira rasa hati aku 🌸🌸🌸🌸
Bacaan kencing manis Mak dah turun lagi 😍😍 dari 27>22>17>11>7 😘😘😘😘😘
Minggu depan Mak dan Abah nak menunaikan umrah. Moga sihat-sihat hendaknya ketika pergi, sepanjang di sana Dan hingga kembali ke tanahair 😘😘 

Mak dah amalkan VIVIX, B Complex , ESP , Ostematrix , Lecithin , Alfalfa , Carotomax 🌸

#diabetes
#shakleeeffects
#liveamazing
#diariustazah
#sihatceria bersama AdahFitri 😎

Tuesday, 2 May 2017

Tanda peranakan perempuan sudah jatuh

Masalah peranakan jatuh adalah sangat membahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari

Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan disebabkan kelasakan mereka.

Pramugari dan atlet yang masih anak dara pun ada yang dah jatuh. Ini kerana pramugari perlu angkat barang berat di kabin dan atlet yang melompat-lompat pula peranakan mereka mudah jatuh.

Tahukah anda peranakan jatuh adalah antara punca utama perempuan sukar hamil. Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku disebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

Antara Simptom peranakan jatuh

1. Rasa berat disekitar kawasan ari ari.
2. Rasa ada benda yang sedang bergayut.
3. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar di kawasan pembukaan faraj.
4, Senang terkencing bila bersin dan batuk.
5. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk atau bersin.
6. Kencing rasa tidak lawas. Selepas baru keluar tandas masih lagi rasa nak terkencing. Bila diteran tak ada apa yangg keluar pula.
7. Terasa senak,sakit apabila bersetubuh bersama suami.
8. Sakit pinggang, seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari ari.
9. Waktu petang terutama lepas asar rasa nak demam dan seram sejuk.
10. Sejuk anggota kaki dan tangan.
11. Anggota peha dan betis rasa kebas-kebas.

Jika Anda Mengalami Simptom di Atas

Disini Terdapat 2 cara Untuk Anda Kesan Peranakan/Rahim Jatuh

CARA KESAN PERANAKAN JATUH 1

KEDUDUKAN BARING

Letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa daripada bahagian bawah pusat bermakna peranakan telah jatuh dan perlu diurut untuk dinaikkan semula.

KEDUDUKAN MENCANGKUNG

Semasa duduk mencangkong cuba masukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek yang berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli.

Sekiranya ibu dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok samada ada daging terkeluar.

CARA KESAN PERANAKAN JATUH 2

baring lurus. jangan gunakan bantal.
sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun terutama dibahagian bawah pusat.
gosok minyak ke seluruh bahagian perut perlahan-lahan.
mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan menghala ke tengah.
urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
bernafas seperti biasa.
Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. kemungkinan besar, penaranakan anda jatuh.

Selamat mencuba.

Monday, 1 May 2017

FIDYAH

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1.    Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2.    Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3.    Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4.    Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5.    Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

Via: Jakim

Multilevel marketing terbaik adalah SHAKLEE

Dulu... 

Aku paling bengang bila orang ajak join MLM a.k.a Multilevel marketing 😣 

Mana tak marah, kita 'dikehendaki' melabur sejumlah Wang untuk dapatkan APA reward entah, aku pun tak faham sangat masa Tu. Dan memang taknak faham pun! Hahahah... 

Asal ada sahaja kawan-kawan Yang ajak keluar minum, kusangka nak mengeratkan silaturahim yang terputus, rupanya berudang di sebalik kasut!! Hampeh betul! 

Bila aku enggan, bermakna tamatlah perhubungan kami di situ. 

Ada seorang kawan aku, bagi pinjam RM 2000 kepaa si dia ini, kononnya dapat macam-macam lah... Malangnya, dah dapat duit, hilang lesap tanpa khabar berita pula si peminjam Wang itu. Huhuhu... 


Sekarang.... 😘😘😘 

Mula-mula sign up KEAHLIAN SHAKLEE dengan kakak iparku, barulah aku faham sistem 'downline-upline-sideline' 💗 


Kami mengamalkan sistem 'kau buat, kau dapat' dalam konsep 'piramid'. Bermula daripada itu, aku belajar untuk bina 'piramid' Mlm aku sendiri😎 dengan tunjuk-ajar daripada Master-master SHAKLEE. 


Kenapa aku kata SHAKLEE ini adalah Multilevel marketing terbaik? 


Jawapannya adalah.....SHAKLEE ialah:

🌸 Multilevel marketing Yang tak perlu buat bank loan semata-mata nak beli stok.

🌸 Multilevel marketing Yang saya kena bekerja bersungguh-sungguh untuk capai target sendiri.

🌸 Multilevel marketing Yang tak perlu 'paksa-paksa' orang semata-mata nak dijadikan downline😨😨😨😨

🌸 Multilevel marketing Yang manyak UNTUNG maaa.... Ko target sale berapa juta RM ko nak pada bulan Tu, pastu ko sendiri buat sungguh-sungguh!! Dan, KOMPEM ko sendiri Yang dapat 👍👍😎 tak perlu 'kena Ada downline' dulu baru ko dapat bonus. Tak! Shaklee tak macam Tu 😎😎😎😎😘

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...