Saturday 27 October 2018

ADAB-ADAB KETIKA MELANCONG

ADAB-ADAB KETIKA MELANCONG

*MELANCONG*
•••••••••••••••••••••
Allah ingatkan kita supaya berjalan di muka bumi dan perhatikan akibat org² yg berdosa(yg mengingkari suruhan rasul).
Berjalan di muka bumi bermakna merehatkan jiwa dan mengambil iktibar pada tempat² yg kita lawati.

KELEBIHAN MELANCONG:

1)Kita dapat meningkat kasih sayang sesama keluarga.
2)Lebih mengenali hati budi sesama kita.
3)Dapat merehatkan jiwa dan minda.

KETIKA MUSAFIR AKAN NAMPAK PERANGAI SEBENAR KAWAN² ATAU AHLI KELUARGA KITA.

ADA ORG PERGI MELANCONG TAPI MENGABAIKAN KELUARGA?

Memang ada org macam ni.
Suka melancong tapi yuran sekolah anak tak bayar,rumah sewa tertunggak.
Apa sahaja perbuatan mesti utamakan yg lebih utama dan jadilah org yg bertanggungjawab.
Ada org bawa isteri pergi melancong tapi nafkah isteri tak beri.
Nafkah isteri wajib diberi walaupun selalu bawa isteri melancong.

BOLEHKAH MELANCONG TEMPAT² IBADAT AGAMA LAIN?

Contohnya kuil.... gereja...
Boleh melancong di tempat~tempat ibadat agama lain.
Menghayati sejarah.
Dan pemandu pelancong itu lebih baik org islam dan boleh memberi tarbiah.

SEKIRANNYA JIKA MELANCONG PADA NEGARA BUKAN ISLAM DAN TAK ADA MAKANAN HALAL,BAGAIMANA USTAZ?

Cari travel yg patuh syariat.
Mereka akan bawa kita ke tempat makan yg halal.
Dan boleh juga bawa periuk sendiri dan masak beramai~ramai.
Rezeki membentuk hati.

KETIKA SAYA PERGI UMRAH,SAYA PERGI MELANCONG DULU BARU BUAT UMRAH,BOLEHKAH USTAZ?

Memang ada sesetengah travel yg pergi melancong dulu.
Ini tidaklah menjadi masalah.
Ini adalah ziarah yg dapat manfaat dan menginsafkan diri kita.

MANA YG LEBIH UTAMA MELANCONG DULU ATAU BAYAR HUTANG?

Kena selesaikan HUTANG dulu.
Bayar hutang adalah WAJIB dan melancong hukumnya adalah HARUS.

APAKAH PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG?

1)Tahu hukum hakam muamalat(cara berintraksi)
2)Memelihara akidah(walaupun kita berada di negara bukan islam carilah masjid utk solat)
3)Jaga solat.
4)Makan yg halal.
5)Jauhkan tempat maksiat.
6)Banyakkan berdoa.

Boleh melancong ke laut mati dan ambillah iktibar.
Yg pastinya makin melancong makin dekat dgn Allah.

SEORANG ISLAM YG  KAYA RAYA PERGI MELANCONG DULU DAN PERGI HAJI KEMUDIAN,APA HUKUM JIKA DIA TAK SEMPAT NAK PERGI HAJI?

Melancong hukumnya harus.
Menunaikan haji dan umrah adalah wajib.
Jika sengaja membelakangkan Allah,takut² Allah murka.

#jommelancong
#jomtravel
#diariustazah
#sihatceria

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...