Tuesday, 21 February 2017

TAWAKKALTU 'ALALLAH ~ KepadaMu Ya Allah aku berserah

Rabu
25 Jamadil Awal 1438H
22 Feb 17

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hadis Rasulullah SAW

CUKUPLAH ALLAH TEMPAT KITA MENYERAH

Riwayat:  Tirmizi dan katanya : Hadis ini Hasan
   
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW , “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah)”.

Tazkirah

PASTINYA KHABAR YANG SANGAT MENGEMBIRAKAN BAGI MEREKA YANG BERAMAL SOLEH

         Firman Allah SWT

فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٌ مَّآ أُخۡفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٍ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Surah As-Sajdah ayat 17

*Copy&Paste

PENYEBAB KANSER, CYST & FIBROID

Kalau orang kata jangan minum ESP sebab SOYA, boleh sebabkan KANSER, CYST, FIBROID.. mama orang pertama yang BANGKANG!

Ketegaq (stubborn)! 😆

Sebab mama sendiri dulu, ada OVARIAN CYST, 7cm tau! Doktor tak boleh nak operate buang cyst tu sebab mama PREGNANT (early pregnancy). Kena sabar tunggu sampai 12 minggu baru boleh operate. Doktor bagitau risiko cyst boleh pecah dan sebabkan infection pada peranakan atau ovari boleh berpusing.

SCARY tau! Memang TAKDE UBAT atau SOLUSI untuk mama masa tu. Memang tawakkal (berdoa) dan teruskan ambek SET MENGANDUNG SHAKLEE, termasuk ESP.

Alhamdulillah sebelum minggu ke 12, cyst mama dah KECUT SEPENUHNYA. Tak perlu operate pun.

Baru ni, ada orang bertanya pada Dr Bruce Daggy masa LANDMARK STUDY ROAD TOUR tu. Kesan SOYA (ESP) yang mengandungi PHYTOESTROGEN  dan punca KANSER. Dia kata, sepanjang research dia memang TAKDE BUKTI (founding) pun.

Lagipun katanya PHYTOESTROGEN (yang ada dalam ESP) itu LEMAH, tak SEKUAT seperti ESTROGEN yang ada dalam badan manusia. Dan boleh sebabkan lelaki jadi lembut atau menjadi punca kanser. Yang ni memang SCIENTICALLY PROVEN.

Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka), daripada BENIH sampai PENGELUARANNYA.

ESP ni dihasilkan sejak 1951. Produk 50tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang MATI SEBAB KANSER sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin SIHAT dan BEBAS KANSER.

Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan AIR (bukan alkohol), diproses dengan suhu rendah.

Jadi ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.

Isoflavones ni sangat membantu merendahkan paras KOLESTEROL, OSTEOPOROSIS & SAKIT JANTUNG.

Genistein ni yang mengekang pertumbuhan dan perebakan KANSER, ia memusnahkan radikal bebas dalam badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel KANSER. Dannn.. sangat baik untuk UTERUS, OVARI & PROSTAT.

Jadi lepas dah rasa sendiri dan jadi TESTIMONI ESP, memang mama tak faham kenapa orang cakap ESP bahaya. Oklah, Dr Bruce Daggy cakap, tak boleh percaya testimoni je. Kena ada research. And yesss, CLINICALLY PROVEN to be safe too!

Jangan risau lah naa.. tapi mama tak tau la soya lain, mama cerita ni soya ESP lah. 😊

(Alamak kan dah panjang! 😅 Thanks sebab baca sampai habis. Memang banyak FAKTA nak share supaya korang faham)

#TsunamiShaklee
#shakleeeffect
#liveamazing

Credit to Hanisah Mansor

DENGAR NI, ANAK-ANAKKU...

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;
2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan
10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

Monday, 20 February 2017

BERDUSTA UNTUK MENJADIKAN ORANGBTERTAWA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Berdusta Untuk Menjadikan Orang Tertawa*

عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

_*Dari Bahz bin Hakim katanya, telah mengkhabarkan kepada ku dari ayahku, ia mendengar Rasulullah bersabda: Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya. Kecelakaan untuknya.”*_ (HR Abu Daud No: 4338) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Elakkan guruan yang di dalamnya ada unsur berdusta, mengumpat, menghina  juga meremehkan orang lain hanya kerana ingin menghiburkan orang atau menyebabkan orang  tertawa.

2.  Celakalah orang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain yang menyebabkan orang lain tertawa, sama ada melalui pertuturan, lakonan, lukisan, gambar juga tulisan yang didalamnya mengandungi pembohongan, penghinaan juga meremehkan orang lain.

3. Celakalah orang yang sengaja melakukan pendustaan terhadap sesuatu hanya kerana ingin orang lain yang mendengar atau membaca tertawa.

4.  Orang yang beriman tidak akan berbicara serta melakukan sesuatu melainkan yang benar dan baik.

Jadilah kita Mukmin yang benar lagi baik dalam perbuatan dan pertuturan.

21hb Februari  2017
24hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

Saturday, 18 February 2017

LECITHIN UNTUK TUBUH KITA

LECITHIN membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan daripada serangan virus, germs dan bakteria.

Sebenarnya, struktur LECITHIN itu sendiri melindungi sel dari teroksida! 😱

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

LECITHIN SEBAGAI MAKANAN OTAK DAN SARAF

Ia membantu sel otak berkembang. Ini penting dalam transmisi saraf impulse dalam otak dan memainkan peranan penting dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory).

LECITHIN dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease.

Malah, sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg LECITHIN sehari untuk memulihkan sistem ingatan 😱😱😱😱 so anda yang nak ambil LECITHIN untuk otak, eloklah ambik megadose LECITHIN shaklee ni 😘😘😘😘 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

LECITHIN ialah asid lemak perlu yang penting dalam PENJAGAAN PARU-PARU. Ia boleh mencairkan mukus dan mencegah iritasi. 

So, bagi anda yang ade masalah batuk berpanjangan atau berkaitan PARU-PARU, sila ambil LECITHIN. 

😘😍😘😍😘😍😘😍😘😍😘😍😘😍😘😍😘 


Order  & Consultation: 

UstazahCeria 012-3618431



Friday, 17 February 2017

Diri Kita sebagai Penyebab Kebaikan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Permudahkan dan Jangan Menyukarkan*

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

_*Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh).*_ (HR Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.

2.  Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.

3.  Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

4.  Gunakanlah metod yang pelbagai dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.

5.  Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin diajar.

Marilah kita permudahkan menyampaikan ilmu mengikut garis panduan syarak.

Elakkan sesuatu yang menyukarkan sehingga menjadi penyebab orang menjauhkan diri untuk beramal.

17hb Februari  2017
20hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

DIDIK MURID, JANGANLAH MARAH-MARAH....

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Permudahkan dan Jangan Marah*

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

_*Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW, bersabda: Ajarilah (orang lain) dan mudahkanlah serta jangan mempersulit, jika salah seorang diantara kalian marah maka hendaklah dia diam.*_ (HR Ahmad No: 2029)  Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Dalam kita mengajar dan mendidik orang lain, perlu menggunakan cara yang mudah untuk mereka fahami sesuai dengan tahap umur dan latar belakang pendidikan seseorang.

2.  Mendidik dan membimbing yang berkesan perlu dengan lemah lembut dan sifat penyayang.

3.  Bersabar dengan karenah orang yang dididik dan yang diajar.

4.  Jauhi sifat marah kepada orang lain. Jika timbul sifat marah dalam diri, perbanyak bersabar dan DIAM itu lebih baik.

16hb Februari  2017
19hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

MANFAAT LECITHIN

LECITHIN bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.

Ia sangat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti TEKANAN DARAH TINGGI , STROK , SAKIT JANTUNG dan pengerasan arteri.

Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan sebegini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

NAK KURUS? Amalkanlah LECITHIN 😅

Ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil) . LECITHIN mampu membakar lemak dengan lebih cepat apabila disertakan dengan SENAMAN dan aktiviti OLAHRAGA 😘😘😘

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

LECITHIN memainkan peranan utama dalam PENYERAPAN ZAT penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Jika LECITHIN tidak mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses PENYERAPAN.

Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia daripada persekolahan yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides dan sebagainya, semuanya menyenangkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat.

Maka...
Ambillah LECITHIN 😘 proses ini akan menjadi lebih mudah!

Hmmm...Patutlah kurang rasa lapar!!!! Hehehe

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Order & Consultation:
012.3618431
012.3618431
UstazahCeria😎

Thursday, 16 February 2017

MUDAHKANLAH URUSAN ORANG...NESCAYA KAMU AKAN DIPERMUDAHKAN

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan dan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh). (HR Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.

2.  Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.

3.  Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

4.  Gunakanlah metod yang pelbagai dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.

5.  Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin diajar.

Marilah kita permudahkan menyampaikan ilmu mengikut garis panduan syarak. Elakkan sesuatu yang menyukarkan sehingga menjadi penyebab orang menjauhkan diri untuk beramal.

MUDAHKANLAH URUSAN ORANG...NESCAYA KAMU AKAN DIPERMUDAHKAN

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan dan Jangan Menyukarkan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: permudahlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari (menjauh). (HR Bukhari No: 67) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia cenderung kepada perkara yang mudah jika dilakukan serta mengembirakan ketika melaksanakan.

2.  Dalam kita mendidik, gunakanlah hikmah dan kebijaksanaan yang boleh menyebabkan orang lain gembira dan suka melakukannya.

3.  Lemah lembut dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran), agar dapat diterima dengan baik oleh orang lain.

4.  Gunakanlah metod yang pelbagai dan menarik serta bertahap dalam mengajarkan ilmu, kerana segala sesuatu yang dimulakan dengan yang mudah, ia akan dapat memikat hati dan menambah rasa cinta terhadap ilmu yang akan dipelajari.

5.  Janganlah kita menjadi penyebab orang lain jauh dari kebaikan yang ingin diajar.

Marilah kita permudahkan menyampaikan ilmu mengikut garis panduan syarak. Elakkan sesuatu yang menyukarkan sehingga menjadi penyebab orang menjauhkan diri untuk beramal.

DOA NABI-NABI


🅾  Bismillaah,
.. Kumpulan do'a-do'a nabi kita di dalam al-qur'an.
آدم
🔲Doa Nabi Adam
"ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين"
[QS. Al A'raf : 23]
نوح
🔲Doa Nabi Nuh
"رب اغفر لي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمناً وللمؤمنين والمؤمنات ولاتزد الظالمين إلا تبارا"
[QS. Nuuh : 28]
هود
🔲Doa Nabi Hud
"إني توكلت على الله ربي وربكم ما من دآبة إلا هو آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم"
[QS. Hud : 56]
أبراهيم
🔲Doa Nabi Ibrahim
"رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء ".
[QS. Ibrahim : 40]
"ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم"
[QS. Al Baqarah : 127-128]
يوسف
🔲Doa Nabi Yusuf
"فاطر السموات والأرض أنت وليي في الدنيا والآخرة توفني مسلما وألحقني بالصالحين"
[QS. Yusuf : 101]
شعيب
🔲Doa Nabi Syu'aib
"وسع ربنا كل شيء علما على الله توكلنا ربنا أفتح بيننا وبين قومنا بالحق وأنت خير الفاتحين"
[QS. Al A'raf : 89]
موسى
🔲Doa Nabi Musa
"رب بما أنعمت علي فلن أكون ظهيرا للمجرمين
[QS. Al Qashash : 18]
رب اشرح لي صدري ويسر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"
[QS. Thahaa : 25-28]
سليمان
🔲Doa Nabi Sulaiman
"رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى والدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأدخلني برحمتك في عبادك الصالحين"
[QS. Al Ahqaf : 15]
أيـــوب
🔲Doa Nabi Ayyub
"رب أنى مسني الضر وأنت أرحم الراحمين"
[QS. Al Anbiyaa' : 83]
يونـس
🔲Doa Nabi Yunus
"لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين"
[QS. Al Anbiyaa' : 87]
يعقوب
🔲Doa Nabi Ya'qub
"انما أشكو بثي وحزني إلى الله"
[QS. Yusuf : 86]
محمـد صلى الله عليه وسلم
🔲Doa Nabi Muhammad
"ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنه وقنا عذاب النار"
[QS. Al Baqarah : 201]
:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.
أدعيه حلـوِْوه مـَُِنٍّ القرآن الكريم
..💐  Doa2 indah yang terdapat di dalam Al Quran
تريد ذرية صالحة:
🌷 Doa agar mendapatkan keturunan yang sholih
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
[QS. Ali Imran : 38]
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
[QS. Al Anbiyaa : 89]
خائف يزوغ قلبك:
🌷 Doa agar hati tidak dicondongkan kpd Kesesatan
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب
[QS. Ali Imraan : 8]
تريد الشهادة:
🌷 Doa agar mendapatkan Syahid
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
[QS. Ali Imran : 53]
شايل هم كبير:
🌷 Doa menghilangkan kegundahan yang besar
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
[QS. At Taubah : 129]
تريد تحافظ على الصلاة أنت وذريتك:
🌷 Doa agar bisa menjaga sholat
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
[QS. Ibrahim : 40]
تريد زوجتك وعيالك مسخرين لك:
🌷 Doa agar istri & anak menjadi penyejuk mata
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[QS. Al Furqon : 74]
بيت مبارك لك فيه:
🌷 Doa agar rumah kita diberkahi
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِين
[QS. Al Mu'minuun : 29]
تبعد الشياطين عنك:
🌷 Doa agar kita dijauhkan dari tipu daya setan
رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
[QS. Al Mu'minuun : 97]
خائف من عذاب جهنم:
🌷 Doa ketika takut siksaan Jahannam
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
[QS. Al Furqon : 65]
خائف من الله لا يقبل عملك
🌷 Doa ketika takut amal kita tidak diterima
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّك أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
[QS. Al Baqarah : 127]
حزين بحياتك:
🌷 Doa ketika bersedih dalam hidup
إنما أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّه
[QS. Yusuf : 86]
لا تحرم غيرك من احلى الأدعيهالقرآنيه
Jangan menghalangi saudaramu dari manisnya doa2 di dalam Al Quran ini
نصيحة : استمر في ارسالھا لعلها تكون لك صدقة جارية
Nasihat : teruskanlah pesanan ini kpd saudara2 kita, semoga kelak akan menjadi sedekah jariah bagi kita semua
〰〰〰 :)

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...