Thursday, 16 February 2017

CINTA DI PANTAI PENGKALAN BALAK

#FamilyDay pertama keluarga belah incik suami 😘

Seronok!!!!! Tapi sayang......Kami ahli yang tiba paling akhir iaitu petang Sabtu 😞😞😞😞

Manyak lugi woooo.....Sebab tak dapat join segala macam aktiviti menarik yang pihak urusetia sediakan...Sob sob sob.....

Moga akan ada family gathering berikutnya pada tahun-tahun mendatang 😍😍😍😍😍

By the way,
Pantai Pengkalan Balak adalah pantai barat Malaysia yang paling best yang pernah aku pergi 😘😘😘😘😘

Pantainya cantik, sangatlah sesuai untuk aktiviti mandi-manda terutamanya yang ada anak-anak kecil. Huhuhu.... Tapi, pantai sini kebiasaannya ada banyak obor-obor!!!😓😓😓😓 Mujurlah tak bertemu dengan 'mereka' sedang berenang-renang bersama 😝😝

Seronok tengok video dorang naik banana boat. Aku dan air, tak leh bersatu!!! Hahhaha aku lebih rela panjat gunung atau tempat tinggi berbanding permainan air 😖

Family gathering belah aku dah sokmo buat. Hahhaha... Almaklumlah, Kami belaka duk kawasan sekitar je..Kami yang anak-anak ni je yang duk luar Kuantan.

Terima kasih ye kepada seluruh ahli keluarga Encik Ahmad fitri yang menjayakan aktiviti ini 😘😘😘

Wednesday, 15 February 2017

PERLU KE MAKAN SUPPLEMENT?

Perlu ke Vitamin ni? Muda-muda, sihat-sihat ni perlu jugak ke ambil vitamin? Bukan ke Vitamin ni untuk Orang yang sakit je?

😉😊😉😊😉😊😉😊😉😊😉😊😉😊😉

Pertama sekali, kena FAHAM dan INGAT , VITAMIN adalah BUKAN ubat!

Kita makan ubat SEMASA sakit... tapi kita makan Vitamin SEBELUM sakit. Dan kalau boleh, malah sebaiknya SEBELUM bibit-bibit sakit itu menjelma 😘

Okey, jelas?  😉

Alaaa....macam TAKAFUL la.... kita ambil macam-macam TAKAFUL , bayar sampai beratus-ratus setiap bulan tu, SEBELUM sakit kan? Tapi bila dah sakit baru nak amik TAKAFUL , mesti kena reject, kan? Hahahhahahahah....

Begitulah jugak dengan VITAMIN ni... tapi bezanya vitamin ni, masa sakit pon masih boleh diteruskan makannya 😍

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jom bersuplimen!

Hubungi UstazahCeria untuk daftar sebagai ahli bagi mendapatkan vitamin dengan harga 20% lebih murah dari pasaran.

012-3618431
012-3618431
012-3618431

Tuesday, 14 February 2017

DIRI KITA ADALAH CERMINAN ORANG LAIN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Jadilah Cermin Mukmin Lain*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ

_*Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda: "Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain; ia membantu saudaranya ketika kehilangan (ikut menanggung kesusahannya) serta menjaganya (membelanya) dari belakang."*_ (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.  Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahwa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya.

2.  Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang.

3.  Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain.

4.   Seorang mukmin akan saling bertolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi.

Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain.

15hb Februari  2017
18hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

KENAPA WAJIB KONSISTEN MAKAN SHAKLEE?

Shaklee adalah suplemen yang terdiri dari zat2 nutrien yg sepatutnya kita boleh dapat dari makanan kita. Tapi sayang sangat sebab zat makanan kita makin hari makin berkurangan. Dari satu Landmark Study yang dijalankan oleh University of Texas yg diterbitkan pada thn  2004 membuktikan bahawa zat2 daripada buah dan sayur semakin berkurangan.

Sudahlah zat asalnya sudah kurang, bila dipetik dan disimpan ia makin kurang, apa lagi bila dimasak. Akhirnya, apa yang tinggal kalau bukan hampas?

Apabila tubuh kurang nutrisi, kita mungkin nampak sihat tapi badan tak tahan.  Jadi kita mudah diserang sakit, elergik, stress, asyik down, dan senagainya.

Jadi kat sini peranan Shaklee utk menenuhi lopong2 nutrisi tadi, dengan syarat:-

1. makan mesti jaga.
2. Mesti bersenam & aktiviti fizikal
3. Hubungan dgn Tuhan

Shaklee tidak dicipta dr bahan2 yg diwujudkan di lab, sebaliknya dr bahan2 semulajadi dari alam. Ia membawa enerji alam ke dalam diri kita. Bezanya Shaklee dgn sayur ialah Shaklee terdiri dari nutrien yang pekat dan padat untuk keperluan tubuh (tapi still wajib makan sayur ye!).

Jadi bila kita makan Shaklee, fikirkanlah ia adalah buah dan sayur2 yang telah dipermudahkan bentuknya untuk ditelan. Kalau tidak, sanggupkah kita makan 9 mangkuk sayur untuk makan tengahari? Itu belum lagi 7 biji oren, 5 ekor ikan dan sebagainya. Of course kita pun tak mampu nak makan banyak sangat.

Oleh itu kita makan secukup sekadar kenyang, dan kita topup nutrisi dgn Shaklee. Kembalikan segalanya pada Allah, atas usaha kita jaga kesihatan mudah-mudahan kita makin sihat, kuat dan cantik.

Master Lyna
iReach Family

Monday, 13 February 2017

Menyayangi Binatang Mendapat Keampunan dan Pahala

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Menyayangi Binatang Mendapat Keampunan dan Pahala*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

_*Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Pada suatu ketika ada seorang laki-laki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemui sebuah perigi, lalu dia turun kedalam perigi itu untuk minum. Setelah keluar dari perigi, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya; Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang aku alami. Lalu dia turun kembali ke dalam perigi, kemudian dia menceduk air dengan kasutnya, dibawanya ke atas dan diberikan kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.' Para sahabat bertanya; 'Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami apabila menyayangi haiwan ini? ' Jawab Rasulullah SAW: 'Menyayangi setiap makhluk hidup adalah berpahala.'*_ (HR Muslim No: 4162) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Berbuat baik kepada sesama makhluk adalah dituntut sama ada kepada  manusia mahupun binatang.

2.  Memberi makan atau minum kepada binatang juga merupakan amal solleh yang mendapat ganjaran pahala.

3.  Mukmin yang memberi minum kepada binatang yang kehausan, akan diampunkan dosanya oleh Allah.

Marilah kita berbuat baik dengan saling bantu membantu ke arah mewujudkan  kehidupan yang dirahmati tanpa mengira bangsa, agama mahupun makhluk lain.

14hb Februari  2017
17hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

Sunday, 12 February 2017

Berterima Kasih Pada Manusia Bersyukur Kepada Allah

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berterima Kasih Pada Manusia Bersyukur Kepada Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah." (HR Tirmizi No: 1877) Status hadis : Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Satu daripada sifat terpuji ialah mengucapkan terima kasih di atas pemberian serta pertolongan orang lain terhadap kita ...Jazakallahu khairan.

2.  Orang yang kebiasaannya tidak berterima kasih terhadap kebaikan orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka niscaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah  dan tidak bersyukur kepada-Nya.

3.  Allah tidak menerima syukurnya seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya jika seorang hamba tidak berterima kasih kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

Ucaplah terima kasih ...jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) di atas kebaikan dan pertolongan orang lain kepada kita. Moga kita menjadi orang yang bersyukur.

*Copy&Paste

Berterima Kasih Pada Manusia Bersyukur Kepada Allah

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berterima Kasih Pada Manusia Bersyukur Kepada Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah." (HR Tirmizi No: 1877) Status hadis : Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Satu daripada sifat terpuji ialah mengucapkan terima kasih di atas pemberian serta pertolongan orang lain terhadap kita ...Jazakallahu khairan.

2.  Orang yang kebiasaannya tidak berterima kasih terhadap kebaikan orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka niscaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah  dan tidak bersyukur kepada-Nya.

3.  Allah tidak menerima syukurnya seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya jika seorang hamba tidak berterima kasih kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

Ucaplah terima kasih ...jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) di atas kebaikan dan pertolongan orang lain kepada kita. Moga kita menjadi orang yang bersyukur.

*Copy&Paste

BENIH JUGA HITAM

Kisah benar di Amerika Syarikat. Ada seorang wanita kulit putih yang hendak melakukan perjalanan bersama seorang anaknya yg berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berkulit hitam.

Oleh kerana anaknya belum pernah melihat orang kulit hitam sebelum itu, maka hatinya sangat ketakutan dan bertanya kepada ibunya:

“Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?”

Pemandu negro itu tersentak lalu berasa sangat sedih mendengarnya...

Saat itu pula, ibu berkata kepada anaknya:
“Tidak nakk... Pakcik ini bukan orang jahat, dia adalah orang yang sangat baik.”

Anaknya terdiam sejenak, lalu bertanya lagi:

“Kalau dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yg hina sehingga kulitnya begitu hitam?”

Mendengar perkataan anak itu, mata pemandu negro itu berkaca2 menahan sebak, namun dia ingin juga tahu bagaimana wanita itu menjawab pertanyaan tersebut.

Ibu ini menjawab:

“Dia adalah lelaki yg sangat baik, juga tak pernah buat jahat. Bukankah bunga2 yang indah di kebun rumah kita ada yg berwarna merah, putih, kuning & warna lainnya?”

“Benar bu!”

“Bukankah keindahan bunga2 itu bermula dengan biji benihnya yg berwarna hitam?”

Anak ini berfikir sejenak, “Benar bu! Semuanya berwarna hitam.”

“Benih hitam itu yg memekarkan bunga2 berwarna-warni yang indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga, bukankah begitu anakku?”

“Benar bu!”

Anak ini seakan tiba2 tersedar dan berkata:

“Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat! Terima kasih pakcik! Pakcik telah membuat dunia menjadi penuh warna-warni, saya akan berdoa untuk pakcik.”

Anak ini lalu mulai kumat-kamit berdoa, lalu pemandu kulit hitam ini tidak dapat lagi menahan diri utk mengalirkan air mata.

Penjelasan yang bijak, mampu memberi kesan dan membuat pengertian yang mendalam.

Bijaksanakah kita dalam memberikan penjelasan2 terhadap orang2 yang ada di sekeliling kita.
Sehingga perkataan2 yg keluar dari mulut kita mampu menenangkan dan mendamaikan suasana, tak ada lagi saling curiga mencurigai.
Renungkanlah....
Semoga bermanafaat 😊

*bagaimana kita harus menjaga lisan agar tidak menyakiti orang lain (termasuklah dalam status dan komen di media sosial)*
*kerana ramai insan yang masuk neraka asbab dari keburukan lisannya*

😊😊😊😊😊😊

AMBIL TAHU.....

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
Jangan jemu saling mengingatkan😊

Saturday, 11 February 2017

Buat baik berpada-pada

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Balaslah Kebaikan Dengan kebaikan*

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُكَافِئْ بِهِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَلْيَذْكُرْهُ فَمَنْ ذَكَرَهُ فَقَدْ شَكَرَهُ وَمَنْ تَشَبَّعَ بِمَا لَمْ يَنَلْ فَهُوَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ

_*Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang mendapatkan kebaikan maka balaslah dengan kebaikan yang serupa, dan barangsiapa yang tidak mampu maka sebutlah (semacam terima kasih) kebaikan tersebut. Barangsiapa yang menyebutnya (membicarakannya) sungguh ia telah bersyukur dan barangsiapa yang membangga-banggakan diri dengan (menggunakan) sesuatu yang ia tidak berikan maka ia seperti orang yang memakai pakaian keburukan."*_ (HR Ahmad No: 23452) Status : Sahih dalam al-Adab al-Mufrad (215)

*Pengajaran:*

1.  Antara akhlak seorang Muslim apabila menerima kebaikan seperti pemberian atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.

2.  Jika kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.

3.  Ucapan  “terima kasih” yang terbaik diungkapkan ialah kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Dari Usamah bin Zaid r.a bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan “jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan

Moga Allah memperbaiki akhlak kita. Jazakallahu khairan pada yang membaca.

12hb Februari  2017
15hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan*

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

_*Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya."*_ (HR Bukhari No: 4801) Status Hadis: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita

2.  Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit, sama ada besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..

3.  Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.

4.  Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.

Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin.

11hb Februari  2017
14hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...